EXTREME MUSCLES!

OWWWWWWWYEEAAAAAAAHHHHHHHHHH!
LET SEE WHAT WE GOT HERE!
WE'LL SEE MORE MUSCLES, MORE, MORE AND MORE!

YEAAAH! I'M A MONSTER! I KNEW IT!
OH MY GOAT! CAN ANYONE PULL HIS NERVES??
YEAH! OUR FAVOURITE ARTIST EVER!
DONE? I'M TIRED STANDING HERE AND WAITING FOR PEOPLE CATCH MY PICS!
OWH~ HEAAVY NIGHT LAST NIGHT?
YEAH! IT'S LOOK PERFECT!
WHAT ARE YOU STARING FOR?
I'LL KEEP BUILD AND BUILD MY MUSCLE!


HERE SOME VIDS THAT GONNA SHOW YOU MORE MUSCLE!
YEAH! WATCH IT!
THIS IS MUSCLE TIME!
YEAH!


Photobucket

TRAUMA PICAGARI!


ASSALAMUALAIKUM!
Apa khabar hari ini? Sihat?
Saya doakan anda sentiasa berada dalam keadaan sihat di samping keluarga tercinta~
Prinsip hidup saya, jadilah manusia yang bermanfaat untuk manusia lain~
Tapi, jika kamu tak bermanfaat sekalipun, janganlah jadi manusia yang suka menyusahkan orang lain~
Jangan jadi manusia yang tak bermanfaat dan suka menyusahkan orang okay~


Sesungguhnya penyakit dan kesusahan datang dari Allah S.W.T~
Saya tahu anda setuju~ KAN? KAN?? KAN???
Tapi, kita sebagai manusia kita boleh berdoa dan membuat pencegahan dari segala penyakit dan kesusahan~

Contohnya, anda tahu kalo anda lepak kat kolam buaya, anda berisiko mati jadi "DINNER" geng-geng buaya tuh~
(Sori, contoh agak keterlaluan~ Saya main bedal je~ kah! kah! kah!)
So, elakkanlah lepak kat kolam buaya tuh~
Banyak lagik tempat lepak kan, ada taman-taman indah~
Bawak awek anda lepak sekali dan lakukan aksi-aksi merbahaya~
Boleh saya skodeng dan rakam aksi-aksi anda, pastu saya tunjuk kat mak bapak anda~
Kalo bukan islam, saya tak kisah sangatlah~ Itu hal mereka dengan Tuhan mereka~
Tapi, Kebanyakan yang lepak sana minah-minah tudung kot~
"MINAH-MINAH ZAMAN SEKARANG RAMAI TAK PAKAI OTAK... BANGANG!!"
Bodoh! anak tak sedar diuntung!

ALAMAK!!
Kita dah lari dari tajuk utamalah~
Saya sebenarnya nak kongsi pasal NYAMUK pembawa virus DENGGI neyh~


Haaaa~ Inilah serba sedikit rupa bentuk muka dia~
Ada siapa-siapa tak pernah tengok muka nyamuk?
Kah! Kah! Kah!
Ketok kepala korang kalo tak penah!!

Begini ceritanya~
(Sambil duduk memegang lengan yang kena picagari baru-baru tadi~)
Saya nak bagitahu, saya kat mana-mana tempat pun, kalau hadirnya sang nyamuk, saya memang akan menjadi mangsa pertama dan saya juga orang pertama yang menyedari kehadiran mereka~
Saya sendiri pun tak tahu kenapa~
Mungkin darah saya sikit dan EXCLUSIVE kot!
HA! HA! HA!

Kebiasaannya, masa-masa MAGHRIB je saya tutup tingkap dan bakar LINGKARAN NYAMUK~
Tapi, mengikut kajian saya, Walaupun ada lingkaran nyamuk, nyamuk yang ada kat dalam bilik tuh relaks je kot~
Yea la~ Nyamuk bandar~ Dah bermutasi kot!! 
Tak macam nyamuk kampung, walaupun anda kena gigit seratus kali, takde lah sampai kena denggi kan~

Berbalik kepada cerita kita~
Member aku sorang tuh lah punya pasal, Aku cakap jangan bukak tingkap~
Haaa~ Keras kepala~
"Bukak sikit, Biar angin masuk, Nyamuk takkan terbang sampai tingkat dua~"
Dia bijak sangat kan?
Aku dah kajilah semua bahlul~
Aku memang sangat benci manusia bajet pandai~
Ini DENGGI bai~ Boleh bawak maut, kalo aku mati macam mana?
Fikir jugaklah tentang keluarga orang lain~
Haaaa~ Selepas insiden tingkap terbuka tuh~
Malam tuh jugak aku terbangun dan memang nyamuk hadir masa tuh~
Esok hari, Kepala aku sakit seolah-olah migrane~

Tapi, aku tak ambil kira sangatlah~
Aku pegilah kelas~
Masuk kelas, kena aircond, Makk aii~ Sejuk sangat~ Rasa macam sampai ke tulang woah!~
Itu okay lagi, dapat control lagi~
Tapi, masa kitorang pergi masjid kampus untuk menunaikan solat zuhur, Masa tuh la paling teruk~
Sebijik macam PARKINSON aku menggigil tau~
Kalo ada awek tengok time tuh, jatuh saham aku~
MWAKAKAKAKA!
Balik-balik rumah je, aku terus tidur berbungkus dengan kameja dan jeans sekali dan siap pakai jaket dan berselimut~
(Berapa banyak DAN daaaa~ Kih! Kih! Kih!)
Macam kat gunung KINABALU rasanya~

Okay-okay~ Dah masuk lima hari  saya demam, Demam neyh main-main je~
Kejap ada, kejap takde, Buat saya Bengang der~
So, saya putuskan hari ini untuk check darah~

Aku pun pergilah~
Dipendekkan cerita, sampailah giliran aku untuk ambil darah~
"Woah~ Besarnya urat adik, akak cocok, adik tahan yea~ Sakit sikit je~"
Nurse yang aku rasa dah kahwin berkata demikian dan picit-picit lengan aku seolah-olah massage~
"Wow! Sedapnya nurse! Lagi, lagi, lagi! lama dah aku tak kena picit! Mak aku je lah rajin picit aku!"
Kataku dalam hati~ Sambil melihat jarum memasuki urat nadiku~
"Sakit tak adik?"
"tak la~ (Cover bai~)"
"Alamak, darah adik malu nak keluarlah~ Meh sebelah lagi, akak nak cucuk sana plak, darah sini tak cukup~"
"Adeyh~ matilah aku~ Ya Tuhanku~"
Dah la aku pernah kena picagari masa kat bangku sekolah je~
Memang traumalah aku~
"Alamak, sini pun malu jugak nak keluarlah adik~"
"OOOOMYYYYGOOOOAAATTTT!! (Bisik hatiku~)"
"Takpe, akak try pulak kat tepi dia neyh~"
Memang betul-betul ngerilah~ Nasib baik dapat cover~ Takde air mata keluar~
HA! HA! HA!

Selepas hantar darah ke makmal, Doktor bertugas pun memanggilku~
"Mazeer! Hensemboi! Pergi kaunter A check tekanan darah!"
Garangnyer~
 Kih! Kih! Kih! Nasib baik doktor wanita tuh nampak kiut walaupun kelihatan sudah berusia~

"Adoi bang, tak pe ke kena PUMP? Tak sakit bekas picagari neyh?"
"Ala, Relakslah dik! Kamu mesti bleh tahan punya! Kamu kan lelaki, mesti boleh tahan~ Lelaki kan kuat~ Kalo tak kuat jangan jadi lelaki~"
Segannya aku~
Masa tuh pandangan aku dah kabur-kabur dan nampak gelap je~
Adakah aku akan pengsan?
Sesungguhnya aku tak perbah pengsan seumur hidup aku~
"Dah, bagi kat doktor!"
"Amcam bang? Normal atau abnormal?"
"Normal lah, jangan risau, darah kamu kurang keluar sebab kamu kurang minum air~"

Doktor pun menanya diriku yang membuat mata garfield masa tuh (Ntah jadi ke tak~)~
"Apa yang kamu rasa?"
"Sakit sendi sikit, biji mata sakit kalo nak jeling-jeling, rasa sejuk, demam dah berlanjutan~"
"Ini ada list saya bagi, kalau ada simptom-simptom macam neyh, cepat-cepat pergi hospital tau~"
"Lagi satu, esok kamu kena datang sini lagi~ Kena amek darah sekali lagi~ Denggi takde ubat, kamu minum air banyak-banyak je tau!"
"Kamu neyh ada tanda-tanda denggi tau~"
"Oraite, trimas doc! (Jawabku sambil berlalu~)"

Haaaa~
Tengok, disebabkan kawan macam haram dan pengotor, aku yang kena akibatnya~
Kalau korang yang kena, takpe, korang deserve that!~
Ini, orang lain pulak yang kena~
Tidakkah itu satu penganiayaan namanya?

Aku taklah nak salahkan sesiapa sangat~
Aku tahu penyakit tuh datang dari Allah~
Kehadiran penyakit tuh adalah untuk menguji aku~
Tapi, pleaselah~
Aku nak suasana rumah sewa neyh sentiasa bersih~
Asyik aku je kena kemas?
Hotak korang! KORANG PIKIR AKU BIBIK KE??
Walaupun aku kemas bilik aku je, Tapi, lipas-lipas dari luar tuh mesti masuk sini jugak~
So, semua tempat kena bersihlah~
Aku tak tahu nak cakap apa~
Semoga esok kena cocok sekali je ngan picagari tuh~
Mati aku kalo dua tiga kali lagik~
Pengsan aku kat situ~
Wakakakakakakakakaka!

Photobucket

POLICEWOMAN EQUIPMENT NOWADAYS!

YOU GONNA SUPRISED!
YES! THIS IS THEIR SHOES PRESENT TODAY!
HE! HE! HE!


LOOKS LIKE CAR BUMPER RIGHT? HAHAHA!
ALSO HAS ALARM AND MOST IMPORTANT IS "POLICE" WORDS THERE~

MADE EXCLUSIVELY!
 USE VERY-VERY SPECIAL LEATHER!
TIPU~ TIPU~ TIPU~
NENO~ NENO~ NENO~
WHAT SOUND IS THAT??
RUN CRIMINAL, RUN!
POLICE IS COMING!!
HA! HA! HA!
LOOKS LIKE 100% POLICE CAR WITHOUT WHEELS~
WOAH!
SO SPECIAL!


Photobucket

My Aidil Adha Story

Assalamualaikum!
Selamat menyambut Hari Raya Haji!
HeHeHe!
Masih belum terlambat kan?
Tujuan post ini adalah~~~
Jeng! Jeng! Jeng!
Saya nak kongsikan sedikit kisah mengenai raya saya~
Tak kisah la, Raya Haji ke, Raya Puasa ke, dua-dua sekali la!
Bleh kan??
HeHeHe!

Masuk bulan neyh, dah setahun 4 bulan saya berada di perantauan~
Raya? Raya Haji dah dua kali tak balik kampung~
 Raya puasa tahun lalu tak balik dan raya puasa tahun neyh, alhamdulillah dapat balik~
Memang sangat meriah raya di kampung kan~
Tak macam di perantauan~
Raya puasa tahun lalu, saya beraya rumah member saya kat perak~
Nice tuh memang nice la~
Tapi, masih tak seindah raya kat kampung~
Oh, Tawau! Oh, Sabah!
Bumi kelahiranku!

Raya Haji??
Dua tahun tak balik~
Dan nak tau apa yang saya lakukan tahun lalu dan kini?
Still sama~
Duduk terperap dalam bilik dan muka, jangan cakap lah!
Macam muka ZOMBIE pun ada!
Aku sendiri pun takut!
WaKaKaKaKa!
Napa takut? Ye la~ Mana tau saya makan diri sendiri kan~ Siapa tahu? Kih3!

Okay2, kembali ke tujuan asal~
Begini ceritanya~
Anda rasa, mana yang lebih baik?
1.Tak dapat balik beraya ke kampung halaman dan beraya di perantauan?? Tak kisah la, duduk terperap jadik zombie atau pun tumpang beraya kat umah member~
~ATAU~
2.Dapat balik! Yes! Yes! Tapi terlepas FLIGHT??
Anda rasa, mana yang lebih baik???

Okay, ini yang saya nak kongsikan~
Akibat terlewat BOOK tiket, saya terpaksa balik raya ke-2~ HuHuHu!
Pagi itu, semangat berkobar3 nak balik~
Bertolak awal konon nak sampai awal~
Kah! Kah! Kah!
Barang apa semua dah siap packing~
Jom balik! Bisik hati aku~
Hari itu, entah kenapa gatal pulak otak aku nak menaiki train untuk ke  LCCT~
Bajet konon nak tengok suasana raya kat SHAH ALAM sebelum balik kampung la~

Di pendekkan cerita, setelah menaiki teksi, sampailah kat stesen TRAIN Bt.3~
(ACTUALLY, AKU DA SURVEY CONDITION MASA RAYA PERTAMA~ MASA TUH AKU GI PAHANG BERAYA KAT UMAH MEMBER AKU~ KEADAAN LALU LINTAS TERMASUK KESESAKAN TRAIN TAK LAH TERUK SANGAT~ MASIH DALAM KEADAAN TERKAWAL~)
Masuklah si perantau ke dalam TRAIN dan apa yang sangat mengejutkan, keadaan sebijik macam ikan sardin~ EH, TAK! Macam ikan tuna mampat kot!
Bapak ngeri time tuh~ Langsung takde space nak STRETCH sendi-sendi neyh~
Ku pandang kiri, ku pandang kanan, ku pandang depan dan belakangku, MAKKK OOOII!! 
Semua Mat Bangla~ Mabuk aku mereka kerjakan~
Okay-okay, lupakan tentang itu~

TRAIN pun menyusur dengan lajunya~ (YE KE LAJU??)
Takde lajunya, dengan keadaan muatan yang seakan-akan berlebihan, TRAIN terhenti 5-6 kali di perjalanan~
Masa yang diambil untuk setiap hentian ada yang mencecah 10minit~
(Bukan henti kat stesen tau~ Kat tengah jalan~)
Dipendek-pendekkan lagi cerita, sampailah kat KL SENTRAL~
Tiba-tiba rasa lapar, aku duduk makan kat restoran makanan segera yang dikenali ramai kat situ~
Setelah habis menjamah makanan dengan lahapnya, aku menaiki bas untuk ke LCCT~

Masa tuh, lalu lintas memang sesak~
Dalam perjalanan, aku tertidur~
Sedar-sedar je, dah sampai rupanya~
Kih! Kih! Kih!
Masuklah untuk CHECK-IN~
Masa tuh, tengok jam, dah tinggal dalam 45 minit nak berlepas~
Punya lah aku TERKEJUT!!!!
Dengan segeranya, aku masuk CHECK IN~
Masa tuh ada terumpa seorang budak sekampung aku dan member-member dia (member-member dia konon hantar dia la~ Ha! Ha! Ha!)~
Peduli pasal tuh!
Okay, aku pun tanya la mamat OPERATER melayu ntah apa nama dia~ LANTAK LA~

"Bang, saya nak check in!"
"Dengan muka garang, Bak tiket!"
Aku tersenyum sambil memberikan tiket~
Abang bermuka garang kemudian berkata,
"Beg dah tak leh masuk KARGO! Beg kat tanga tak leh lebih 5KG!"
"Eh, takkan lah! So, mana saya nak letak beg besar saya neyh?"
"Call la mana2 member suh datang amek!"
ARRRRGGGHHH!! Masak aku! Member-member aku time tuh suma dah blah balek cuti!!!
Abang si muka garang tuh memang muka nak kena penyepak je~
Langsung tak bagitau aku tentang DROP LUGGAGE~
Aku pun call sana, call sini, ada yang tak sambut, ada yang sambut tapi mereka duduk lepak jauh plak!~

Time tuh arus muka aku dah berubah!
Ntah apa je perasaan yang berbaur time tuh~
Kemudian, aku terjumpa mamat india seakan-akan penyambut tetamu yang cadangkan aku untuk DROP LUGGAGE~
Aku pun pergilah dengan segeranya untuk DROP LUGGAGE aku~
"RM38 dek!"
"Trimas kak! Sambil menghulurkan duit~"
Seingat aku masa tuh aku berlari untuk ke pintu gerbang FLIGHT~
mamat india tadi masih berdiri tegak di situ dan menyuruhku cepat dan kata-katanya seolah-olah memberi semangat kepadaku~
Sampai kat gerbang, dah takde orang~
Seolah-olah separuh jiwaku dah mati time tuh~
Aku bagaikan tak merasakan denyutan pada nadi dan jantungku~

Masa tuh, aku tanya plak mamat kat situ~
"Bang, amcam neyh? Dah Belepas ke?"
"ya dek!"
"ARRRRGGGGHHH!!" 
Aku menepuk dahi sambil bertanya~
"So, amcam ngan tiket saya neyh?"
"Adik tanya OPERATOR kat sana okay!"
Aku pun bergegasa mendapatkan operator melayu yang muka macam hantu tuh~
Serius, kalo korang tengok pun, korang rasa nak SEPAK3 je~

"Bang, amcam neyh, dah terlepas dah!"
Tanyaku sambil membuat muka lebih rendah dari 1 sen~
"baliklah! Tunggu apa lagi!"
Jawabnya ngan muka selamba~
"Tak leh REDEEM ke bang?"
Tanyaku lagi dengan nada sedikit sebak~
"Dah tak leh, kamu balik je!"
Memang sangat sedih time tuh~
Tapi, aku lelaki, aku harus menahan dan aku takkan menunjukkan kesedihanku di depan orang lain~
"Tolonglah bang bagitau kot-kot ada cara nak REDEEM! Neyh saya 1st time nak balik beraya kat kampung neyh~"
Kemudian, dia tak melayanku~
Dia sibuk melayan mereka-mereka yang lain~
Masa tuh terdapat ramai orang yang senasib dengankuyang tertinggal FLIGHT mereka~
Air mata mereka berlinangan sambil menelefon keluarga mereka~
Tak kiralah melayu, cina dan india serta FOREIGN, empangan air mata mereka semua pecah~
Aku masuh dapat menahan sebak di dada time tuh~

Sejam aku duduk termanggu di tepi jalanan~
Kemudian aku duduk lepak di surau yang tiada orang ketika itu~
Hatiku berbisik~
"Apa aku nak buat sekarang neyh?"
"Aduh! kalo family tahu, masak aku!"
"Sedihnyaaaaaa~~"

Aku memberanikan diri menelefon mak~
"Assalamualaikum, makkk......."
"Kenapa nak? Mau belepas sudah kah?"
(Kata ibu dengan slang Tawau yang pekat~)
"Ndak mak, tetinggal sudah..."
Kataku berbaur nada kesal~
"APA?!! Nak.. Ko kan.. Melampau ba ko sama mak......"
"Bukan ba mak, betul-betul ba ndak saya sangka-sangka lalu lintas sesak......"
"Mak sudah masak makanan kegemaranmu neyh! Kueh-kueh kegemaranmu neyh! Banyak untuk kau! Siapa mau kasi habis neyh......????"
Kata-kata makku dengan nada tangisannya seakan-akan jarum yang sangat halus menusuk dalam ke jantungku~
Tanpa ku sedari, masa tuh, air mata aku mengalir dengan derasnya~
Tak pernah dalam sejarah hidupku aku menangis teresak-esak seteruk itu~
"Mak, maaf yaa.. Kita jumpa tahun depan jak la yaa..."
"Nak, melampau ba ko sama mak, sudah la tahun lalu ko ndak balik...."
Kemudian, aku menutup telefon dan mengesat air mata yang deras mengalir~
Sungguh, hampir sejam air mata itu tak henti mengalir~

Kemudian, ayahku menelefonku dan hanya berkata dua ayat~
"tetinggal?"
"macam mana boleh?"
Dan terus menutup telefon~
Tak pernah dalam sejarah hidupku beliau meletak telefon dengan tiba-tiba~
Aku dengan automatiknya menangis lagi~
Ntah la kenapa~
Memang sangat menusuk~
Adikku, abangku dan kakakku semua sibuk menelefonku~

"Ko stay situ! Bapa belikan kau tiket baru!"
Ah, alangkah gembiranya aku ketika itu~
"Tapi, FLIGHT seterusnya, besok pukul 9.30 pagi!"
"FLIGHT malam ndak da, petang tadi dah berlepas!"
Kata-kata kakakku memberi cahaya seakan-akan pelita menerangi kesuraman dan kegelapan hidupku dan emosiku di kala itu~
FLIGHT yang terlepas kul 3.30PM~
"Esok pagi? Kul 7.30 pagi? Ah, lantak lah! Yang penting balik!"
Aku mengambil keputusan untuk STAY kat situ sampai esok pagi~
Macam-macam karenah manusia aku saksikan~
Memang sangat bosan time tuh~
Kena lagi no-WIRELESS!
Menyesal plak rasanya TERMINATE broadband aku!
Duduk lepak makan tengok gelagat manusia dari dalam dan luar negara je la jawabnya~

Bukak lappy tengok naruto pun ada jugak~
Jalan pusing2 sana sini pun ada jugak~
Kene POW oleh minah salleh pun ada jugak~
Memang sangat kesal time tuh~

Di pendek-pendekkan lagi cerita, Sampailah waktunya untuk berlepas~
Masa berbaris untuk CHECK IN, aku terjumpa SENIORku masa sekolah menengah~
Kami borak-borak pengalaman kami di perantauan~
Dan time tuh selamat lah berlepas~
Sampai di Lapangan Terbang Tawau, adikku dengan happnya menyambutku~
Dia mengambilku dan merahsiakan kedatanganku dari ibuku~
Konon-konon nak buat SUPRISE la tuh!
Sampai di rumah, aku memeluk dan mencium ibuku!
Kelihatan air mata membasahi pipinya~
Matanya yang bengkak menangis semalaman keranaku~
"Mak, maafkan aku mak.. Langsung tak terniat nak membuat mak bersedih apatah lagi menjatuhkan air mata.. Maafkan aku mak.."
Bisik hatiku sambil cuba merahsiakan kesedihan yang ku alami~
Ayahku pulang~
"Sudah sampai?"
Tanya Ayah kepada ibuku~
"Sudah, baru jak tadik.."
Ayahku memandangku sambil tersenyum~
Aku menyalam dan mencium tangan nya~
Memang sangat erat aku memegang tangan ayah ketika itu~
Aku ingin mengatakan aku betul-betul menyesal dan meminta maaf walaupun bukan 100% kesalahan patut diletak di bahuku~
"Terima kasih Ayah! Terima Kasih Mak! Terima kasih Adik, Abang dan Akak semua!"
Sesungguhnya, aku sangat bertuah memiliki keluarga seperti kamu!!
Aku sangat sayang dan chenta kamu semua!!!!!!!!

*****************
PENGAJARAN!!
1.Jangan lambat-lambat betolak dari rumah musim pada musim perayaan, walaupun masa tuh saya yakin saya betolak awal~ 
Sebab, kita tak tahu apa jenis kesesakan dan aral melintang yang menunggu kita di sepanjang perjalanan~
2.Sayangi family anda terutama PARENTS dan hargai semua yang mereka lakukan untuk anda~
 Elakkan membuat dosa dan maksiat dan banyak-banyakkanlah berdoa untuk mereka~
3.Study sungguh-sungguh dan jangan buat benda lain di perantauan! 
4.Even kita sebangsa, aku masih tak suka dengan segolongan orang melayu yang BAJET!!! sombong~
Adakah anda bangga dan layakkah anda menyombong setelah mendapat tempat sebagai ahli perunding pelanggan di AIR ASIA???
HELLO! GO TO HELL LA!!!
Sometimes, aku lagi senang dengan bangsa Cina dan India~
5.Jangan jatuhkan air mata ibu anda macam yang saya buat~ Adeyh, derhakanya saya rasa~ Memang banyak-banyak mohon keampunan daripada Allah dan Ibu saya~
6.Walaupun kengkadang ayah bersikap dingin dan tak ambil peduli, mereka sebenarnya sangat mengambil berat tentang anda dan sangat menyayangi anda!
7.Mungkin kita selalu gaduh dengan adik beradik kita, namun di suatu masa, kita akan sedar betapa mereka menyayangi kita dan kita dpat lihat bagaimana usaha mereka untuk membantu kita~

SO, SAYANGILAH FAMILY ANDA!!!!!

RALAT!!!
PERHATIAN UNTUK PERANTAU YANG MAYBE DAH NAK TERLEPAS FLIGHT, JIKA MUATAN ANDA DAH TAK BLEH MASUK KARGO, JIKA TIKET ANDA BUKAN TIKET PROMOSI, BAIK ANDA TAK PAYAH CHECK IN SEKIRANYA SUDAH PASTI ANDA SUDAH TERLEWAT~
INSYAALLAH, TIKET TUH BLEH REDEEM!!

TAK MACAM KES SAYA~
SI KEPARAT OPERATOR &*$% TUH SEPATUTNYA DAH TAU CUSTOMER TERLEWAT, JANGAN LAH BAGI CHECK IN! EXPLAIN LAH BAIK-BAIK!
INI, BUAT MUKA TAK TAU~
BARU SAYA SEDARI, BUDI BAHASA BUDAYA KITA ANGAN-ANGAN KOSONG JE!
SAYA AKUI, SAYA PUN TAK SOPAN SANGAT~
TAPI, PANDAI-PANDAI LA CONTROL KALO DEPAN CUSTOMER~
KENA-KENA LAGI MUSIM PERAYAAN, BAGILAH SENYUMAN!
SAYA TAHU KAMU PENAT~
TAPI, KAMU JE PENAT? KAMU JE KERJA? ORANG LAIN TAK KERJA?
LOLX!!
BAGI PENDAPAT SAYA, MAKHLUK-MAKHLUK SEPERTI MEREKA TUH LA YANG PATUT PERBANYAKKAN BUDI BAHASA SEBAB MEREKA KERJA BAHAGIAN SERVIS PELANGGAN~
INI TAK, PERANGAI MACAM HARAM!
AH, DAH LA~ BUAT SAYA PEGAAAAAALLLLL!!

Photobucket

Hari Akhirat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.





✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi 

CREDIT TO ; NATASHA!
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...