Tahniah! Awak Dah Boleh DRIFT Sekarang!

Assalamualaikum!
HIP! HIP! HORAYYYY!
Mazeer dah boleh DRIFT sekarang!
Yup! Aku gagal test JPJ masa ambil kali pertama dua minggu lalu..
Jalan raya lepas, tapi parking tuh yang sangkut..
Sangkut kat bukit beb!
Kereta dia bagi aku macam hancing! Kenapa bagi aku kereta bermasalah macam tuh? Tengok, dah gagal dah!
(Setiap kegagalan mesti ada alasan kukuh2 sikit supaya dapat meyakinkan anda.. Anda yakin??)
Ye la! Ini Mazeer beb! Cakap kenderaan apa yang aku tak pernah bawak??
Kereta2 biasa tuh kacang je, kereta api? kereta kebal? lori? traktor?
Semua pernah beb!
Kapal? Cakap kapal apa aku tak pernah bawak!
Kapal selam? Kapal terbang? Jet? Kapal api pun aku boleh bawak la beb!
Mwakakakakakakaka!
Siapa percaya memang bangang la.. ups! Sorry! I tak sengaja..
Sebenarnya, aku tak nak ambil lesen2 neyh.. Sumpah! Aku tak minat!
Ayah aku paksa jugak! Paksa jugak!
Bukan nak cakap besarlah.. Aku memang reti bawak kereta sebelum neyh..
Aku pura2 tak reti je..

Musuh aku, adik aku, orang paling kuat mengolok, paling sayang sama aku jugak konon..


Gilo! Sini kereta slow2 beb!
Aku mana reti slow2! Macam mana nak DRIFT?
Aku nak bawak kat Tawau je! Sana memang terbaik nak DRIFT!
Ha! Ha! Memang aku tak reti pun! Aku tipu je!
Tapi, kalo suruh bongkar gearbox, ala.. small the pieces!
Ayah mekanik beb! Dulu, hari2 itu lah kerja aku..
Bermain dengan minyak hitam, simen kereta, ketuk2 kereta, banyak lagi la!
Cuma, aku malu nak tunjuk kat orang.. Sebab, aku dah khabar aku tak minat kat kereta kan..
Go to hell dengan kereta anda!
Sekarang, kalo nak suruh aku buat semua tuh, kirim salam!
Aku memang tak suka kereta lah!
Kalo aku dah keje kang, aku nak beli bas..
Boleh tumpangkan korang sekali! Masyhuk tak idea aku?

Okay, balik ke cerita asal..
Malam tadi aku banyak fikir tau..
"Alamak, macam mana kalo gagal lagik?"
"Matilah aku kene bahan/olok oleh mama ngan papa!"
"Aduhai! Kalo adik plak, aku tak dapat nak banyangkan macam mana dia gelakkan aku nanti.. Ayakk!"
"Mesti adik bagitahu satu kampung aku gagal lagi.. Aduh!"
Yup! Orang malu nak bagitahu dia gagal dalam sesuatu..
Tapi, buat apa aku nak malu bagitahu kalo aku memang takde malu kan?
Woah! Woah! Woah! 
Aku pun malu gak sebenarnya..
Tapi, aku beranikan diri untuk memberi semangat kepada member2 yang "sekapal" dengan aku..
Korang harus tabah! Yakin! Jangan nervous!
Sebab nervous tuh lah aku jatuh bukit!
Nasib baik test motosikal semua lancar je..
Biasa la beb! Mat rempit kot!
Ha! Ha! Ha! Ha!
My dwed! Handsomeboy! Single! Siapa berminat, inbox aku no. fon korang!
Baru teringat! Pagi2 neyh aku bangun dengan perasaan yang sangat telampau dan terlalu kecewa sekali!
Apa taknya, pakaian yang aku basuh penat2 semalam habis basah balik kena hujan!
Penat beb basuh! Sampai bengkak tangan aku! Keluar muscle aku! Keluar six pax aku!
Damn! Shit! Last2, basah jugak! Oh My Goat!
Ada member2 bangun pun tak nak tolong!
Apalah salahnya korang tolong alihkan pakaian aku tuh..
Ape pun tak bleyh! Takkan keluar pun muscle korang tuh kalo setakat nak alih pakaian..
Sedih Tau! :'{
Takpe la, mungkin dah takdirkan..
Dah tertulis dah dalam buku takdir Mazeer..
"...Malam ini, Mazeer basuh kain pastu, hujan pagi2 kang baju dia habis kene timpa ngan hujan, pastu, dia pegi test JPJ, dia lulus, pastu, dia tulis semua kat belog dia..."
MWAKAKAKAKAKAKAAKAKA!
Tapi, ingat janji aku.. Andai pakaian korang dalam situasi yang sama, aku akan alihkan dengan senyuman..

Actually, aku pegi test tuh dengan seorang member aku..
Budak sabah gak, dok Sandakan keje kat Giant.. Yup! Sama2 gagal dua minggu lalu..
Nama dia, Jali Bin Uta..
Macam mana aku tahu?
Biasalah beb! Dia tegur aku dulu.. Kalo orang dah tegur aku, rapat la kitorang tuh.. Aku kan peramah.. :'P
Ada satu perkataan dia buat aku tergelak.. Dia tanye aku, "Eh, Mazeer! Mana sudah Angkol??"
Aku gelak terbahak2 macam monkey magic beb!
Dia tanye, "Oit, ko kenapa ketawa??"
Ha! Ha! Ha! Ha!
Aku dah cukup lama, dah lebih setahun tak dengar perkataan "Angkol" tuh..
Angkol tuh bermaksud uncle dalam loghat bisayak phillipine..
Uncle yang dia cari tuh cekgu sekola memandu kitorang..
Power beb! Umur dah 70tahun++ tapi mata dia asyik melekat kat amoi je..
Aku yang tergelak tengok gelagat dia..

Ini pun single jugak! Siapa berminat, silakan cepat! Hot banana neyh! Ha! Ha! Ha!
Masa test tadi aku tak sempat nak withdraw duit dowh!
Aiyaa! Mampos aku kelaparan!
Aku ada 5rm je dalam poket..
Pastu, dengan penuh keyakinan pegi la test..
Kemudian, berkat usaha aku dan doa2 orang kampung dan mereka2 yang sayang kat aku, semua dapatku lalui dengan senyuman..
Yay! Lulus beb! Aku rasa nak sujud syukur je masa tuh!
Nasib baik asphalt tuh panas membakar.. Kang aku sujud kang, hitam plak dahi aku..
Nanti orang sangka pulak aku neyh warak..
Mwakakakakakakakakaka!
Pastu, call la mama ngan papa menyampaikan perkhabaran..
"Mum, sudah lepas mum! Mana kereta untuk saya?"
"Syukur, alhamdulillah.. Ada, kereta mainan!"
"Ayah, sudah lepas!"
"Syukurlah!"
He! He! He! He!
Mesti dalam hati ayah aku, "alamak! matilah kereta aku kene pow nanti! aiyaaa!" Hahaha! Sori3 ayah Mazeer tak macam tuh.. Aku main2 je pun.. Eish! Ape pun tak bleyh!

Teringat pulak masa test jalan raya hati tuh!
Tuan JPJ yang menilai cara pemanduan aku tak habis2 cakap pasal agama..
"Eh, Nama kamu memang macam neyh ke?"
"Yup! Apsal bang? (Kene panggil abang nak bagi dia semangat sikit! Kih3!)"
"Sama dengan Tun Mahathir ler! Tapi dia dah tak guna nama neyh!"
"Owh! Ye ke? Saya pun tak tahu la!"
Padahal, dalam hati aku, nama tuh la yang buat surat lahir aku selamat dulu masa kebakaran..
Ye la! Nama pelik beb! Orang yang jumpa surat lahir aku dengan adik masa tuh suke2 mak bapak dorang je nak jual!
Tapi tak dapat pembeli sebab bangsa dia agak pelik dan nama dia pun ada pelik2 sikit..
Alhamdulillah, mak aku jumpa mangkuk2 pijar tuh lelong surat lahir kitorang adik-beradik kat hujung jambatan..
Mak aku beli la.. Dia jual 20rm je beb satu..
Anak haram!
Pastu, JPJ yang menilai tuh suruh aku jaga diri baik2..
Jaga solat.. Jangan sosial sangat..
Jangan ikut budaya budak2 sini.. Seks suka-suki (3S)!
Alhamdulillah, aku masih terpelihara di sini..
Pastu, dia tanye aku, "eh! Mazeer rukun islam kalo tolak satu jadi berapa?"
Aku tekejut masa tuh sebab dia tiba2 cakap depan muka aku..
Aku pun terlepas clutch!
Mwakakakakaakakaka!
Matilah kereta itu.. Menjawab la aku untuk cover malu..
"4-1=0 la bang!"
Aku lihat dia senyum2 je, macam menyindir2 aku.. Aku dah sejuk gila masa tuh, terus bajet bukak cerita pasal politik..
Mawakakakakakaka!
Okay, kamu dapat 19/20! Tahniah tau!
"Trimas bang!"
Selepas salam "abang" tuh, aku pun berfikir sejenak dengan apa yang dia cakap..
Memang betul apa yang dia cakap.. Budak2 sini.. Astaghfirullahalhazim..
Bukan semua la.. Yang syaitan tuh syaitanlah perangai dia..
Dia ada tanye gak! "Mazeer dah ade awek?"
Aku jawablah dengan jujur! "Takde lagi bang!"
Tersengih2 pulak dia tuh..
"Takkan takde kot??" Tanyanya lagi..
Dia cakap, couple2 neyh memang tak baik dan tak digalakkan di sisi agama..
Tapi, kalo nak jugak, carilah perempuan yang betul2 boleyh jadikan bini kamu..
Jaga batas2 pergaulan tuh..
Taubat sekejap beb!
Memang syoklah "abang" tuh!
Mazeer single tau, tapi hati dah kena curi.. So, maaf tak layan mana2 perempuan selain si pencuri hati..
Alamak, ayat ko.. Macam kriminal plak perempuan tuh.. Ha! Ha! Ha!
Tapi, malangnya, aku dah buat dia bengang dengan aku sampai macam lost contact dah..
Takpelah! Chenta tak seharusnya memiliki.. Aku terima..
Aku pun cukup malu dah menebalkan muka asyik kacau dia..
Insyaallah, kalo hati dia dibukakan untuk aku, ada la..
Kalo tak, "lupakanlah saja diriku! bila itu bisa membuatmu! Kembali bersinar dan berpijak seperti dulu kala!"
Ayakk! Jiwang beb! Lagu "Dan" dendangan "Sheila on 7"! My feveret!

Muka masa bambongan dulu! Memang betul2 mukak bambong bah kesian! Kalo single pun ndakda orang mau sebab jelek! Mwakakakakakakaka! 
Kemudian, dengan izin Allah jugak, member aku pun lulus!
Alamdulillah.. Dia sangat happy.. Dia nak belanja aku dengan cekgu makan..
Aku yang sedang darurat apa lagi? Ketawa tersengih2 macam kerang busuk la..
Ngeh! Ngeh! Ngeh!
Kemudian, makanlah kami dengan lahapnya..
Syukur2! Rezeki kita neyh ada di mana2 ja..
Bukan apa beb! Budak Sabah yang aku kenal semua baik2 belaka!
Kecuali.. Ada kecuali beb.. Kecuali mangkuk hayun yang aku ceritakan sebelum neyh..
Ntahlah, dia je rosakkan reputasi budak sabah..
Sepatutnya, Sabah+Sabah=bestfriend
Mangkuk hayun neyh pelik sikit! Kalo jumpa dengan dia,
Sabah+Sabah=meluat!
Cukup3! Malas nak cakap dah! Aku pun dah penat melalut neyh!
Boleh tuju lagu?
Yes! Boleh!
Aku sangat HAPPY! wuuwuuwuuwuuwuu! (HAPPY style Jambul Maharaja Lawak)
Nah, terimalah lagu yang aku chepta dan dinyanyikan olehku bersama housemateku dulu..
Aku jadi rapper tau kat sini.. Rapper yang tak menjadi~ twink2!
Oh, aku ingat, malam neyh terhakis3 kuku aku sebab main gitar takde pick.. Ayakk!!


Last but not least, terimalah kata2 semangat dari aku..
"If you nobody, don't act like somebody..."

Photobucket

Luahan Hatiku...

Assalamualaikum!
Semoga anda semua baik-baik saja di samping keluarga terchenta..
Sejak akhir-akhir ini, aku seringkali tidak dapat melelapkan mata..
Aku tak tahu kenapa..
Yup! Aku merindukan seseorang..
Awek? Aku mana ada awek..
Chenta yang tak kesampaian adalah..
Ha! Ha! Ha!
Okay, kita lupakan semua itu..
Luahan hati Mazeer Mohamad..
Bukan niat hati untuk menolak takdir yang telah menimpa..
Hanya ingin menyedapkan hati ini membayangkan andai abang aku yang bernama Yunus Bin Mohamad dapat meneruskan hidupnya sehingga kini..
Mungkin ahli keluargaku yang lain menyangka aku sudah melupakan arwah..
TIDAK SEKALI-KALI!





Kerana.. Diriku masih tidak pernah mendapat kasih sayang seorang abang, apatah kasih sayang seorang kakak..
Yup! Aku ada abang, ada kakak..
Maaflah andai tulisan ini menyinggung perasaan korang..
Aku buntu.. Aku tiada tempat untuk mengadu..
Mengadu pada korang??
Lagi lah tak!
Ntah, korang anggap aku neyh adik korang ke tak..
Yup! Aku masih ingat..
Masa kecil-kecil dulu..
Kamu mengatakan yang kamu hanya ada empat orang adik-beradik..
Rasanya kamu malu dengan kehadiran kami..
Aku mungkin masih kecil..
Tapi, kamu?
Aku yakin kamu sudah mampu berfikiran waras dan pernah kamu terfikir akan perasaan kami?
Ya Allah..
"SATU AYAH, LAIN IBU DIPANGGIL ADIK-BERADIK TIRI?? APA GUNA KAMU BELAJAR TINGGI-TINGGI MENCECAH LANGIT??"
Kalo nak sangat kepastian, pegi la tanya siapa-siapa ya..
Mungkin juga aku yang beriya-iya nak sangat kamu anggap aku neyh sebahagian dari keluarga kamu..
Maaf, kamu silap..
Aku hanya malu.. Keluarga-keluarga yang lain okay ja..
Adik beradik bersatu-padu walaupun ramai..
Kita? Dah lah sikit..
Masing-masing nak hal-hal sendiri pulak..
Come on lah..
Bila lagi nak membanggakan dan menyenangkan hati ayah?
Kamu tak pernah terfikir betapa penat lelah ayah dengan penyakit yang ditanggungnya menyara kita?
Andai Allah dapat dapat mengeluarkan rasa sayangku pada ayah yang aku pendam di hati ini, nescaya kamu takkan lihat cerahnya langit..
Semua terbalut oleh kasih sayangku..
Namun, kamu juga yang mendapat kasih sayang lebih daripada ayah..
Aku dan adik?
Mangsa melepas geram adalah kan..
Ayah bersabung nyawa ke "sana"..
Ada kamu nak doakan keselamatan ayah?
Pernah kamu rasa tak dapat tidur malam memikirkan keselamatan ayah?
Yang kamu doakan adalah mendapat hasilnya..
Kembalilah ke pangkal jalan..
Itu ayah aku.. Ayah kamu.. Ayah kita..
Tidakkah sedetik pun kamu merasakan perasaan yang sama sepertiku??
Ya Allah.. Berilah petunjuk kepada saudaraku ya Allah..
Aku pulak yang segan..
Mengadu pada adik, memang taklah..
Mungkin juga dia ini sudah mengikuti jejak-jejak mereka..
Walaupun aku tahu dia sedia mendengar apa yang ingin aku perkatakan, memang dia takkan pernah memahamiku..
Andai abangku masih hidup, aku tahu..
Dialah jadi tempat mengaduku selain ibu..
Dia akan senantiasa mendengar luahanku..
Dia akan senantiasa memikirkan kebajikan adik-adiknya..
Aku tahu, aku mesti rapat dengan dia..
Otak dia mesti cerdas..
Dan antara kami semua, dia mesti yang paling kacak..
Yup! Gambar masa dia baby sebelum meninggal dapat membuktikan..

Abang..
Telah lama aku mengidam untuk memanggil seseorang yang layak bergelar abang..
Abang aku akan menjaga aku dan adik..
Abang aku takkan fikir pasal makwe dia..
Dia akan utamakan adik-adik dia berbanding hal-hal macam tuh..
Aku tahu..
Sebab dia abang aku..
Darah daging aku..
Dia takkan tersesat seperti yang lain-lainnya..
Abang mesti akan selalu menanyakan khabarku..
Andai abang masih hidup, aku takkan susah macam ni..
Kais pagi makan pagi, kais petang tak makan-makan..
Hanya Allah tahu derita hatiku..
Bibirku menguntumkan senyuman..
Gelak tawaku bagai kanak-kanak riang..
Namun, rahsia yang ada dalam hati, siapa yang tahu?
Yang pastinya, mesti ada seorang lagi insan yang menyayangi ibu dan ayahku sepertimana aku menyayangi mereka..
Akan bertambah lagi seorang insan yang akan senantiasa mendoakan mereka berdua..
Yup! Dialah abangku..
Nama di Yunus..

Siapa tahu, wajahku yang kelihatan begitu riang seringkali menangis di tengah malam mengenangkan nasibku?
Bukan tidak bersyukur..
Bukan tak mampu bersabar..
Kadang-kadang, kita perlu melepaskan segalanya untuk mententeramkan jiwa..
Kadang-kadang aku tak layan kawan-kawan..
Bukan bermaksud aku sombong..
Aku memerlukan masa untuk bersendirian..
Selepas beberapa ketika, aku akan menjadi periang semula..
Insyaallah..


Andai abang aku ada, mesti dia akan jadi tempat mengaduku..
Yup! Takde makwe nak mengadu..
Tak macam korang..
Tak perlu jauh-jauh..
Aku tujukan untuk adik-beradik aku..
Mata dibutakan oleh percintaan..
Bukan aku tak nak atau tak mampu nak mencari makwe..
Dan bukan aku aku jealous atau larang korang mempunyai makwe/pakwe..
Andai mencari makwe/pakwe, pastikanlah makwe/pakwe korang tuh baik akhlaknya..
Aku yakin dengan kechantekan dan paras rupa mereka..
Sebab, pilihan korang memang superb!
Agamanya? Akhlaknya?
Mampu tak mereka membimbing kamu kelak?
Aku taklah baik mana pun..
Sekadar memberi nasihat..
Andai aku sebagai ahli keluarga kamu tidak memberi nasihat, siapa lagi??
Diriku masih mencari seseorang yang mampu mengingatkanku..
Semoga Allah mempertemukanku padanya kelak..
Takkan kamu nak tersesat seumur hidup..
Andai abang aku ada, dia takkan fikir pasal kahwin-kahwin dulu..
Takkan la dia nak semak-semak fikir pasal makwe..
Apa yang dia fikirkan, bagaimana untuk menyenangkan ibu bapanya..
Bagaimana nak menyenangkan adik-adiknya..

Ya, mungkin aku tiada hak untuk meluahkan semua ini..
Aku dan kamu berlainan ibu..
Tapi, kita adik beradik kandung..
Aku tak minta kamu menyayangi aku..
Aku minta kamu menghormati ibuku..
Walaupun berat sangat untuk menyayanginya, cukuplah dengan menghormati dan menjaga hatinya..
Bukan mengumpat mahupun memburuk-burukkannya di mata orang..
Kamu tiada sedar..
Kamu hanya memburuk-burukkan diri kamu sendiri..
Pernah dengar pepatah "anak tak sedar diuntung??"
Itulah yang aku dengar dari mulut orang yang kamu sebarkan berita itu..
Ingat siapa yang menjaga kamu masa kecil-kecil dulu?
Ibuku melebihkan kamu dari aku dan adik..
Kami mengalah..
Sebab, kami sangat menghormati kamu..
Aku mengaku..
Dulu aku memang nakal.. Aku suka buat kamu marah..
Tapi, Kamu cuba fikir sendiri..
Mungkin, aku takda abang yang nak didik aku kan..
Andai abang aku ada, abang aku mesti didik aku baik-baik..
Abang mesti ajar aku semua mata pelajaran..
Aku mesti jadi pandai macam dia..
Sebab aku tahu, abang aku mesti jauh lagi pandai dari aku..
Dulu kamu boleh suka-suka cakap itu ini tentang ibu kami..
Kami diam..
Sekarang, kamu cuba la..
Andai darahku mengalir ke bumi demi mempertahankan maruah ibuku, aku tidak kisah..

Andai kamu merasakan wang ringgit adalah sumber utama kegembiraan, kamu silap..
Nasihat dan semangat..
 Itulah aku perlukan..
Andai abang aku ada, mesti dia menjadi inspirasi aku untuk meneruskan kehidupan..
Dia mesti senantiasa menyuntik semangat dan nasihat untuk aku meneruskan kehidupan..
Bukan membebankanku..
Bukan membuatku bertambah celaru..
Dan tidak sekali-kali dengki kepadaku..

Mungkin fikiran aku sangat bercelaru masa ini..
Jauh di perantauan..
Tiada siapa menjaga ibu dan ayah..
Aku bukan nak mengaku diri aku baik..
Jauh sekali..
Tapi, anak mana yang tak sayang ibu ayah?
Jauh lagi perjalananku..
Aku harap, aku sempat membalas jasa ibu ayah yang takkan pernah ternilai dengan wang ringgit..
Andai abang aku ada, mungkin aku tak perlu memikul beban yang tak tertanggungkan ini..
Sebab, aku yakin, abang mampu memikulnya untuk aku..
Mungkin aku jenis yang pendiam..
Mungkin juga sukar untuk mendekatiku..
Andai kamu berjaya mendekatiku..
Insyaallah..
Kamu akan mendapat seorang sahabat yang kamu boleh percayai..
Mungkin hanya abang aku mampu menguntai segala yang bermain di benakku..

Andai aku punya ramai bestfriend pun..
Takkan semua rahsia aku nak cerita pada dorang kan?
Aku tahu, mereka juga meyimpan banyak rahsia dari pengetahuanku..
Jadi, ada baiknya aku hanya menyimpan rahsiaku..
Andai abang aku ada, akanku cerita semua rahsiaku kepadanya..
Sebab aku tahu, dialah yang akan lebih memahamiku selain ibuku..
Bukan tak boleh nak cari abang angkat..
Senang ja pun..
Tapi, nanti lain pulak jadinya..
Kih! Kih! Kih!

Jadi, kepada sesiapa yang masih mempunyai abang/kakak, hargailah..
Sebab, bukan semua insan dapat merasakan nikmatnya..
Kepada adik-adik pula, jangan keras kepala sangat..
 Kadang-kadang kamu kena bertolak-ansur dengan abang/kakak kamu..
Mentang-mentang adik, nak abang/akak je nak mengalah..
Kadang apa yang abang/kakak cakap tuh ada betulnya dan pastinya untuk kebaikan kamu kelak..
Aku titipkah Al-Fatihah untuk arwah..
Amin..
Semoga roh tenang di sisi Allah..
Mazeer rindu abang..
Tak sabar nak jumpa abang..
Insyaallah..

Photobucket

Rayuan Rindu!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T!
Jawab salam dulu baru layan post aku yang superb neyh!
He! He! He!
Superb la sangat kan?
"Mazeer! Sini kau, aku ajar kau nyanyi lagu nasyid! Kau kan mau masuk kumpulan nasyid sekolah sudah.. Sinilah, ikut pigi rumahku, aku ada satu lagu untuk kau!"
Begitulah seorang kawan aku menarik minatku untuk mendalami lagu-lagu nasyid neyh~
Yup! Seriously, aku masa tuh takde la minat sangat ngan nasyid neyh~
Tapi, ustaz suruh aku ngan adik masuk nasyid~
Yea la, johan bintang kecil kat sekolah rendah dulu kan~
Tak percaya? Datang rumah aku! Aku ada simpan piala tuh!
Sebelum tuh, aku ngan adik terpaksa berpindah sekolah dari Sk Kem Kabota Tawau ke Sk Bukit Qouin Tawau yang terletak di Balung Tawau~
Dari bandar ke pedalaman~
Takde la pedalaman sangat pun~
Okayla, udara pun segar, banyak buah-buahan tempatan, ada sungai yang bersih, nampak ikan main cicit, nampak labi-labi, nampak banyak la!!!
Semua peristiwa neyh berlaku di Sk Bukit QouinTawau~
Maklumlah, dari aku kecil lagi hidup kami anak beranak berpindah randah~
Macam kaum nomad pun ada gak~
He! He! He!


Kawan yang aku maksudkan tuh adalah seorang chinese muslim sebaya denganku pada ketika itu dan dia sekeluarga baru memeluk islam masa tuh~
Begitu hebat minat dia terhadap islam~
Masa tuh aku ngan dia baru darjah 1~
Mak ayah dia ambik tender kantin sekolah kitorang~
Mak ayah dia baik woah~ 
Selalu bagi aku aiskrim~
Maklumlah, sampai kantin je, aku buat-buat muka seposen~
He! He! He!
Ayah dia pulak, tak habis-habis dengan magic dia~
Ada je muka aku kat situ, dia tunjuklah magic syiling dia tuh~
Kitorang kagum la~
"Jangan percaya sangat pakcik kamu tuh, dia tipu kamu jak tuh!"
Mak kawan aku tuh asyik cakap benda yang sama kalo ayah kawan aku tuh buat magic
"Mak, saya bawak Mazeer pigi rumah yaa!"
Kata kawan aku dengan nada manja~ :'P
Mak dia pun mengizinkan kami berdua lepak rumah dia~

Okay, tibalah sesi pelajaran lagu nasyid~
"Hatiku merayu rindu
Kasihku pada-Mu syahdu
Munajat hamba padamu
Mengharap kasih sayang-Mu"
Aku masa tuh buat-buat tak endah je dia nyanyikan untuk aku~
Yang aku tau, kebas aiskrim dia puas-puas!
He! He! He!
Budak-budak kan, Faham-fahamlah~
Kemudian, dia teruskan je lagu dia tuh~
Sampai satu part yang membuat aku tertarik~
"My heart is loving You
My heart is just for You
Knowing You... Allah
I will try to get close to You"
Kemudian, aku pun nyanyi la ngan dia sampai ke petang~
Kemudian, aku pun dah terlupa apa yang terjadi~
Tajuk lagu yang kami nyanyikan pun aku dah terlupa~
Kawan aku tuh pun dah hilang dan aku pun dah lupa nama dia~
Sebab, masa darjah 2 aku terpaksa lagi berpindah ke bandar Tawau sebab ayah tukar kerja lagi~
Aku kembali ke Sk Kem Kabota~
Yang hebatnya, lagu neyh melekat kat kepala hotak aku sampai ke hari neyh~
Masa aku sedih dan takde kawan, aku selalu nyanyi lagu neyh~
Masa aku kesusahan, aku suka nyanyi walaupun lirik dia aku dapat tahu baru-baru neyh tak betul~ :'P
Sebab lagu neyh mengingatkan aku pada kawan yang sangat-sangat lama tak aku jumpai dan semakin pudar dalam ingatan~
Korang mesti tanya, kenapa aku bleyh ingat kan?
Yup! Aku ada memori 1 brontobytes~
Korang punya 1 terabytes je! :'P
Apalah yang aku melalut neyh~
Okay, aku melawak je, jangan marah yea~
Benda bermakna, mestilah kita ingat kan~
Walaupun orang lain tak ingat kat kita, kita dapat ingat kat mereka pun cukuplah bagi aku~
Kan? Kan? Kan?

Kemudian, baru-baru tadi aku tanya kawan-kawan facebook aku tentang lagu neyh sebab aku dah lama google dan cari kat youtube tapi tak jumpa-jumpa jugak~
Memanglah tak jumpa sebab, tajuk dia pun aku tak ingat~ :'{

JENG! JENG! JENG! JUMPA!! TRIMAS GUYS!!

Okay! Cool! Marilah kita layan lagu favourite saya neyh!

Tajuk dia "Rayuan Rindu" dan dinyanyikan oleh Raihan rupanya~ ENJOY!
Saya doakan kawan saya tuh baik-baik je walau di mana dia berada sekarang~
Jika ada jodoh, kita jumpa lagi~ Insyaallah~

Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Munajat hamba padaMu
Mengharap kasih sayangMu

Carilah ilmu mengenal Allah
Tanamkan takut neraka Allah
Sampaikan harap surga Allah
Carilah keridhoan Allah

Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Walau tak pernah bersua
Cintaku tetap membara

Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah

Alangkah indah pribadimu
Tidak tergambar mulia akhlaqmu
Engkaulah rasul pilihan Allah
Kaulah rahmat seluruh alam

My heart is loving You
My heart is just for You
Knowing You Allah
I will try to get close to You

Let us find the way to know God
Feel the torches of hell-fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love

Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Bertemu Allah yang esa
Menjadi idaman kalbu


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...