Memilih calon


“Faiz nak cari calon yang macam mana?” Saya bertanya sambil menghirup kopi yang masih panas. Tika suasana sejuk begini, setiap hirupan dirasakan cukup nikmat. Tambahan pula berbicara isu-isu tentang Baitul Muslim yang memerlukan fokus yang tinggi.
"Faiz sebenarnya taklah memilih sangat, tapi abang Hisham tengoklah senarai ini, mudah-mudahan ada yang punya ciri sepertinya. Kalau tidak semua pun, saya amat berharap 2/3 darinya dapat dipenuhi, kerana saya ingin melahirkan generasi yang bakal menyambung perjuangan Solahuddin." Ujar Faiz dengan bersemangat sambil menghulurkan sekeping kertas berlipat kepada saya.
"Wah! Serius sungguh nampaknya!" Ujar saya, tetapi hanya di dalam hati.
Saya menyambut kertas yang dihulurkan dan kemudian membukanya perlahan-lahan. Berkerut-kerut dahi saya membacanya.
1. Berkulit putih.
2. Punya lesung pipit.
3. Bertudung labuh
4. Berkaca mata
5. Berasal dari Kelantan, kalau boleh dari jajahan Kota Bharu atau Pasir Mas sahaja (mak saya minta supaya menantunya boleh makan budu).
6. Berketurunan Melayu.
7. Muda dua tahun dari saya.
8. Pandai memasak.
9. Lemah lembut.
10. Punya sifat keibuan yang tinggi.
11. Pandai mengambil hati orang tua.
12. Menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk al-Quran.
13. Komited dalam dakwah.
14. Rajin bertahajjud.
15. Tidak lebih tinggi dari saya. Tinggi saya 1.63 cm sahaja.
16. Bertubuh sederhana, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk.
17. Aktif bersukan.
18. Ramah-tamah.
19. Pandai memandu kereta.
20. Jangan anak sulung atau bongsu.
21. Sanggup untuk berhari raya pertama di kampung saya di Pengkalan Chepa.
22. Tidak ada sakit yang kronik, terutamanya sakit kulit.
23. Boleh juga bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.
24. Subur, kerana saya mahukan sekurang-kurangnya enam orang anak dalam keluarga seperti Dr. Z.
Saya membaca senarai itu dengan mata yang berpinar-pinar, terasa seperti mahu tersembur air kopi yang sedang dihirup. Subhanallah, di mana harus saya cari bidadari seperti ini untuk menjadi pasangan hidupnya.
Sedaya upaya saya cuba mengawal diri, menahan tawa dan mengelakkan dari raut wajah saya berubah untuk tidak mengecilkan hatinya. Perasaan terasa bercampur-baur antara lucu dan kasihan. Sungguh 'hebat' fantasi anak muda 'dakwah' ini dalam menentukan kriteria pemilihan pasangannya.
Saya menghabiskan kopi yang panas sebelum memulakan bicara. Ada sesuatu yang harus saya katakan padanya. Namun perlu berhalus agar tidak mengusik hatinya. Dalam berdepan isu begini, kadang-kadang ikhwah mudah terasa hati.
"Akhi, anta sekarang dah hafaz berapa juzuk?" Saya menukar sedikit topik perbualan.
"Errr...baru hafaz juz 30 dan 29, itupun masih ada yang tak berapa lancar." Jelasnya jujur sambil tersengih menampakkan susunan giginya yang tidak sama.
"Macamana dengan kriteria yang saya bagi tu Abang Hisham, agak-agak ada tak akhawat yang seperti itu?" Tanya Faiz. Namun sekali lagi saya tidak menjawab soalannya dan bertanya lagi.
"Akhi, malam tadi anta solat tahajjud dan khatam 1 juzu' bacaan al-Quran tak?"
"Tak pula, letih sangat, malam tadi habis mesyuarat lambat sangat. Insya-Allah malam ni kami ada program Qiam bersama mad'u junior. Insya-Allah malam ni kami akan Qiam."
Saya mendengar jawapannya dengan bersahaja, kemudian bertanya lagi.
"Akhi, semalam berapa kali anta solat berjemaah di masjid?"
"Kenapa abang Hisham tanya soalan-soalan ni? Bukankah kita sedang berbincang tentang Baitul Muslim? Apa kena mengenanya?" Balas Faiz dengan wajah yang sedikit berubah dan suara yang agak sedikit keras walaupun masih cuba dikawalnya.
Jika kulitnya putih mungkin telah berubah menjadi kemerah-merahan tanda tidak puas hati. Tetapi kulit sawo matang melayu Kelantan yang diwarisi menyebabkan hanya kerutan yang kelihatan sedikit di dahi.
Saya hanya tersenyum.
"Beginilah Faiz, apa yang Faiz tulis dalam kertas tu bagus, cuma ia terlalu bagus. Abang Hisham yakin, dalam zaman sekarang ini, sepuluh bahkan seratus tahun mencari pun belum tentu Faiz akan berjumpa dengan calon seperti yang diinginkan jika semua kriteria tersebut harus dipenuhi."
"Tidak ada eh?" balas Faiz penuh persoalan. Keningnya diangkat sedikit.
"Kalaupun ada, mungkin dia dah kahwin dengan juara Imam Muda musim kedua agaknya. Hahaa"Saya menjawab sambil ketawa kecil. Cuba menceriakan suasana. Dia juga kelihatan tersenyum.
"Abang Hisham tanya soalan-soalan tadi supaya Faiz tahu yang Faiz pun tak sempurna mana, jadi dalam mencari calon isteri ni, tak perlulah terlalu memilih itu dan ini, sebab kita pun bukan setaraf Imam Ghazali, dengan peserta Imam Muda yang terkeluar pada pusingan pertama pun belum tentu." Jelas saya dengan bersahaja sambil merenung tepat ke wajahnya dan memberikan senyuman yang manis.
"Habis tu, bagaimana Abang Hisham?" Tanya Faiz, wajahnya kelihatan penuh ingin tahu.
"Beginilah, ...."
"Abang Hisham akan cuba tanyakan pada isteri, kalau-kalau ada calon yang sesuai. Insya-Allah, kami akan cari calon yang terbaik untuk Faiz, tapi bukan yang sempurna. Kami akan cuba tengok kalau-kalau kriteria tersebut boleh dipenuhi, tapi untuk memenuhi 1/3 darinya pun hampir mustahil."
"Anta kena ingat akhi, walaupun berada dalam sistem tarbiah dan usrah, tetapi akhawat itu tetap manusia dan tetap seorang wanita." Saya menjelaskan.
"Ada yang rupanya cantik, tapi pengamalan agamanya mungkin agak kurang."
"Ada pula yang rupanya agak sederhana dan hafazannya cuma satu juz sahaja tapi komitmen dakwahnya baik.
"Lemah-lembutnya mungkinlah tidak selembut Asyiela Putri pelakon Upin Ipin tu, tapi tidaklah pula sekeras dan se 'brutal' Kak Ros. Haha" saya menjelaskan lagi sambil tertawa. Kemudian saya menyambung bicara.
"Tentang memasak, usah dirisaukan, asalkan dia punya keinginan untuk belajar, Insya-Allah beres semuanya. Kalau nak cari yang makan budu, orang Kelantan pun tak ramai yang makan budu. Isteri ana orang Pahang, tapi hantu budu juga. Dulu ana tak makan tempoyak, tapi lepas kahwin dengan orang Pahang, ana jadi hantu tempoyak."
"Kemudian, tentang kesihatan, orang perempuan ni, ada masa dia sihat dan ada juga masa dia akan sakit, terutamanya bila mengandung."
"Tentang menghormati orang tua dan sifat-sifat mahmudah yang lain, perkara itu boleh ditarbiah dan sebahagian dari tanggungjawab suami setelah berkahwin adalah untuk membimbing isterinya dengan sifat-sifat mulia, bukan mengharapkan cinta dari bidadari syurga yang serba sempurna."Panjang saya 'mengomel'.
"Tak mengapa Faiz, nanti abang Hisham akan carikan calon yang terbaik untuk Faiz dan semestinya kriteria yang akan abang Hisham cari adalah yang paling baik agamanya."
"Banyakkanlah berdoa agar kita dipertemukan dengan jodoh yang terbaik, bukan yang tercantik dan bukan yang sempurna segalanya dan lupa juga meminta agar Allah memudahkan segala urusan untuk membina masjid ini. Ok, Faiz?" Saya menepuk bahunya dengan mesra. Anak muda sepertinya banyak perlukan bimbingan. Bukan leteran yang akan menghancurkan perasaan.
Perbualan di atas mungkin hanya rekaan, tetapi ia adalah hasil dari pengalaman saya dan rakan-rakan dalam mengendalikan urusan Baitul Muslim para pemuda-pemudi dalam dan luar negara selama beberapa tahun.
Ia kisah benar yang saya rangkumkan dalam satu perbualan. Mungkin agak ideal, tetapi itu sebahagian dari realiti ikhwah ketika mencari calon pasangan.
Dalam urusan memilih calon, harus diingat bahawa kita memilih calon di kalangan manusia, bukan Malaikat atau bidadari syurga.
Apabila pasangan itu namanya manusia, maka akan wujudlah kekurangan di sana dan di sini. Cuma satu pesanan yang ingin saya titipkan buat anak muda, pilihlah calon yang baik pengamalan dan penghayatan agamanya, Insya-Allah, rumahtangga akan dipenuhi dengan kasih sayang dan keberkatan dari Allah S.W.T.
Boleh sahaja kita memilih calon yang senegeri, yang sedap dipandang mata, punya sifat keibuan yang tinggi, pandai memasak dan sebagainya, tetapi harus diingat, bahawa kriteria pertama yang harus dilihat adalah bagaimana penghayatan agamanya, dan sejauh mana dia mengiltizamkan diri untuk membaiki diri menjadi manusia yang lebih baik.
Jika penghayatan agamanya baik, maka berlapang dadalah sedikit jika calonnya dari negeri seberang atau selang dua buah negeri atau mungkin rupanya tidak secantik dan secomel Mia Sara.
Tidak ada perkara yang tidak boleh dirunding dengan ibu bapa. Mereka hanya mahu yang terbaik untuk kita, rundinglah dengan baik dan penuh hikmah, Insya-Allah, jalan keluarnya pasti ada jika kita ikhlas ingin membina rumahtangga. Tidak ada ibu bapa yang inginkan kesengsaraan anak-anaknya.
Tentang kecantikan pula, jika calon yang dipilih adalah kerana kecantikan wajahnya, maka ketahuilah bahawa selepas berkahwin, wajah yang cantik akan menjadi biasa selepas hari-hari dipandang mata dan syaitan akan menghias wanita-wanita lain yang bukan mahram agar kelihatan lebih cantik di pandangan mata kita.
Akhirnya, yang kekal hanyalah akhlak dan pekerti yang mulia, juga keazaman untuk melahirkan dan membangunkan anak-anak singa pewaris Imaduddin, Nuruddin Zinki dan Solahuddin Al Ayyubi.
Usah terlalu gedik dalam memilih calon, tetapi biarlah realistik.
Akhir sekali, apa yang paling penting adalah bermesyuaratlah dengan ibu bapa dan orang-orang baik yang dipercayai dan berpengalaman.
Jangan lupa untuk beristikharah selepasnya agar segala keputusan mendapat panduan dari langit yang tertinggi. Insya-Allah.

Cara menolak cinta kawan karib





1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati.

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.

6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul.

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.

8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.

9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang.

10. Bertegas dengan penderian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya "KAU MASIH SAHABATKU"

Cara-cara untuk memahami si lelaki


Orang lelaki ini sukar difahami namun lelaki hanya mempunyai sikap yang sama sepanjang masa. Lelaki tidak seperti perempuan. Dalam sebulan pasti akan ada perubahan emosi yang berlaku terhadap si perempuan dan lelaki perlu berjaga-jaga sepanjang waktu tersebut. Perempuan berbeza dengan lelaki, lelaki sentiasa kelihatan ‘cool’ sepanjang masa. Emosi lelaki boleh dikatakan agak mendatar kerana lelaki tidak perlu menahan sakit setiap bulan atau tidak perlu berasa tidak selesa. Emosi lelaki jarang berubah secara mendadak melainkan terjadinya sebab-sebab tertentu.
Ramai yang bertanya, bagaimana cara untuk memahami seseorang lelaki? Kadang-kadang, saya sendiri tidak dapat memahami kehendak dan kemahuan lelaki. Tapi, di sini saya ingin menyenaraikan beberapa cara untuk memahami jiwa lelaki.
SEKIRANYA SI DIA SEORANG YANG SENTIASA SIBUK BEKERJA:
Memang tidak dinafikan, sesiapa yang menjadi kekasih bagi lelaki yang sibuk bekerja akan menjadi tertekan dan rimas. Apatah lagi, setiap kali anda mengajak si dia untuk keluar bersama, pasti alasan yang diberikannya ialah “I SIBUK NI, ADA KERJA YANG PERLU DISELESAIKAN, NANTI KITA KELUAR BERSAMA YA.” Sudah tentu hati akan berasa kecewa dan bosan dengannya. Malah, anda juga turut melihat kawan-kawan anda bahagia bersama pasangan masing-masing. Mungkin anda akan terfikir, “Kenapa teman lelakinya sempat meluangkan masa bersama sedangkan teman lelakinya pun bekerja.” Sebenarnya, bercinta dengan lelaki yang kuat bekerja ini memang memerlukan pengorbanan yang besar. Sekiranya anda tidak mampu bersabar, saya nasihatkan supaya anda bertindak awal kerana risau kemungkinan besar anda akan kecewa di kemudian hari. Satu sahaja yang perlu anda lakukan iaitu bersabar. Anda perlu bersyukur, sekurang-kurangnya anda tahu, si dia sibuk bekerja dan bukannya sibuk berfoya-foya. Sekurang-kurangnya masa depan anda bersamanya cerah kerana kewangannya yang stabil. Cuba untuk berfikiran positif. Lelaki suka sekiranya perempuan yang dicintainya dapat memahami dirinya. Anda boleh menghantar SMS kepadanya dan menyatakan perasaan rindu anda kepadanya. Percayalah, walau sesibuk mana pun si dia, si dia pasti akan membalas SMS anda. Saya rasa itu lebih baik daripada tiada sebarang perkhabaran daripadanya, bukan begitu? Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah cuba untuk berfikiran positif. Kerana dalam percintaan, sikap saling percaya itu penting. :) Usah khuatir, sekiranya si dia menyayangi anda sama seperti anda menyayangi si dia, pasti hubungan kalian akan berkekalan. Cuma anda perlu bersabar. Anda juga boleh menyibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti bagi menghindarkan diri daripada berfikiran negatif. ;)
SEKIRANYA SI DIA KUAT CEMBURU:
Cemburu tandanya sayang. Kalau si dia tidak menunjukkan sebarang perasaan cemburu, itu tandanya si dia tidak kisah tentang anda. Namun, anda patut bersyukur kerana si dia berasa cemburu. Tapi, bagaimana pula sekiranya si dia seorang yang kuat cemburu? Jangan terlalu risau kerana segalanya boleh diselesaikan. Mari kita ambil contoh sekiranya si dia berasa cemburu kerana anda mempunyai ramai kenalan lelaki. Si dia berulang kali memberitahu anda bahawa dia memang tidak suka melihat anda berkawan dengan kawan lelaki anda. Anda keliru dan buntu sama ada ingin menjaga hati si dia atau hati si kawan lelaki. Bagi saya, kedua-duanya boleh dijaga dengan syarat anda bijak mengawal situasi yang berlaku di sekeliling anda. Sebelum itu, anda perlu menjelaskan kepadanya bahawa anda hanya berkawan dan bersahabat dengan kawan anda, tidak lebih daripada seorang kawan. Jarang sekali bagi lelaki untuk memberikan kepercayaan dengan mudah kepada orang lain melainkan dia benar-benar mencintai perempuan tersebut. Sekiranya si dia benar-benar mencintai anda, dia pasti akan mempercayai anda. Namun, anda juga perlu menunjukkan bukti kepadanya bahawa anda tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang diberikannya. Cuba elakkan daripada berjumpa dengan kenalan lelaki anda tanpa kenalan perempuan yang lain. Hal ini kerana, si dia mungkin akan menjadi lebih cemburu sekiranya melihat anda berdua-duaan dengan kenalan lelaki anda walaupun hanya sebagai kawan sahaja. :)
SEKIRANYA SI DIA SEORANG YANG PANAS BARAN:
Sekiranya anda ingin memilih lelaki untuk dijadikan sebagai pasangan hidup, sudah tentu anda akan memilih lelaki yang penyabar, bukan? Tapi, jangan terlalu yakin dengan pilihan anda, mungkin si dia seorang yang panas baran. Anda hanya perlu bijak bermain dengan emosinya. Rata-rata perempuan yang mempunyai kekasih panas baran ini akan mudah berputus asa. Jarang sekali kita dapat berjumpa dengan perempuan yang dapat menahan sabar dengan lelaki panas baran. Sebenarnya, lelaki panas baran ini seorang yang penyayang namun sikap barannya itu yang membuatkan mereka kelihatan cukup agresif! Sewaktu anda bercakap dengannya, cuba elakkan daripada meninggikan suara dengannya kerana lelaki normal atau panas baran memang tidak suka apabila perempuan meninggikan suara kepada mereka tanpa sebab yang kukuh. Anda perlu banyak bermain dengan psikologi si dia. Cuba gunakan pendekatan psikologi tanpa perlu meninggikan suara dan bertekak dengannya. Lama-kelamaan si dia akan mula sedar akan kesalahan dirinya dan mula berubah menjadi kurang baran. Seboleh-bolehnya, cuba elakkan daripada berterusan memaksa si dia untuk melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Hal ini mungkin akan menyebabkan si dia bertambah baran dengan anda.
SEKIRANYA SI DIA SEORANG YANG BERBEZA UMUR:
Bercinta dengan lelaki yang muda atau tua memerlukan sikap profesional. Masyarakat sekeliling akan mencemuh malah tidak kurang juga yang akan mengherdik anda sekiranya jarak umur antara anda dengannya begitu jauh. Usah pedulikan orang lain, anda hanya perlu memfokuskan segala perhatian anda terhadap hubungan cinta anda yang baru berputik itu. Memang sukar untuk menjalani kehidupan normal bersama dengan seseorang yang berbeza umur – mungkin jarak perbezaan umur yang agak jauh. Sekiranya anda bercinta dengan lelaki muda, besar kemungkinan si dia masih belum matang dari segi pemikiran manakala sekiranya anda bercinta dengan lelaki yang berusia, besar kemungkinan hubungan anda mungkin tidak berkekalan. Segalanya berkaitan dengan KEMUNGKINAN. Apabila anda bercinta dengan lelaki yang lebih muda dan masih belum matang dari segi pemikiran, apa yang perlu dilakukan ialah SABAR. Lelaki lebih lambat matang berbanding perempuan. Dan bersyukurlah sekiranya anda mendapat kekasih muda yang matang. Cuba untuk bertolak ansur dengannya dan saling menghormati kerana walaupun si dia muda, namun, si dia sememangnya mendambakan penghormatan daripada anda. Jangan sesekali menganggap si dia muda dan memperkecilkan kebolehan si dia. Layan si dia seperti seorang perempuan melayan lelaki matang dan elakkan daripada melayan si dia seperti kanak-kanak kecil. Manakala sekiranya anda berkasih dengan lelaki berusia, anda perlu memahami si dia kerana lelaki berusia sememangnya memerlukan perempuan yang dapat memahaminya dan sentiasa berada di sisinya. :)

Cara Membezakan Kucing Sebenar Dengan Kucing Jelmaan Jin!


Petua untuk membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin, perhatikan pada mata kucing tersebut sama ada berkelip atau tidak. Sekiranya berkelip, maka itu adalah kucing sebenar. Jika tidak, itu adalah kucing jelmaan jin. Cara mudah untuk membuatkan mata kucing tersebut berkelip, pegang kepala kucing kemudian garu/usap di bawah leher/tengkuk kucing tersebut. Kucing sebenar pasti akan berkelip matanya sekiranya ia diperlakukan sebegitu, manakala kucing jelmaan jin tetap tidak akan menutup matanya (berkelip). 

(Surah Yassin, Ayat 9)

Ayat tersebut boleh dijadikan sebagai doa pelindung sama ada untuk melindungi diri, keluarga atau harta. Semasa membaca perkataan sadda yang bermaksud benteng/dinding, bayangkan perkara yang ingin dilindungi itu dibentengkan oleh benteng yang sangat hebat. Petua ni diambil dari rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 yang membicarakan topik sihir. Beliau merupakan seorang pengamal perubatan Islam.

Selain tu nak kongsi jugak mengenai ciri-ciri kucing jelmaan jin yang dikongsi dalam perbincangan tersebut:
Berwarna hitam.

Jika kucing tersebut adalah jelmaan jin, suruh kucing itu keluar dalam cara apa sekalipun.

Download Free Ombak Rindu!

Ombak Rindu DVDRIP!

YANG DINANTI TELAH PUN TIBA!

Sinopsis : 
Izzah lakonan Maya Karin, dijual oleh bapa saudaranya kepada bapak ayam dalam club entah mana. Mula cerita dah ada babak izzah seksi berkemban atas katil. masa tu pelanggan pertama dia, Hariz lakonan Aaron Aziz. Hariz terus beli dia untuk dijadikan perempuan simpanan. Tapi Izzah minta untuk menikah dengan Hariz. Lepas tu, Hariz pun menikahi Izzah di Siam. Banyak kali juga adegan ranjang Hariz bersama Izzah dalam filem ni. Ada kekasaran juga mula-mula tapi akhirnya Hariz sayang juga pada Izzah. Cinta mereka terus berputik walaupun mak Hariz dah dapat tahu masa tu yang Hariz ada perempuan simpanan kononnya. Sebenarnya Hariz ni dah ada makwe sebelum ni nama Mila lakonan Lisa Surihani. Tapi Hariz cuba nak batalkan perkahwinan mereka sebab dah sayangkan Izzah. Tapi, Mila tetap nak berkahwin. Atas desakan ibunya, hariz akhirnya mengahwini Mila. Tapi macam-macam hal terjadi lepas tu. Apakah ending cerita ni? macam mana dengan nasib Izzah?

Trailer :


Screenshots:

Download Mediafire :

Download Filesonic :

Sorry guys! It's just for TROLL purpose..
Here's the actual site where you can download it!

Gadis Berbulu!


Buku Guinness of Records telah menyesahkan seorang gadis yang berusia sebelas tahun dari Thailand dengan penghormatan sebagai “Gadis Di Dunia Paling Berbulu.Supatra Sasuphan telah menjalani hidup yang terasing dan diejek oleh kanak-kanak yang memanggilnya ‘muka monyet’ dan ‘gadis serigala‘ dan lain-lain nama jolokan yang dahsyat. Sekarang semua telah berubah dan kemasyhuran baru di mana telah membuat beliau amat popular di sekolah.

“Saya sangat gembira berada di dalam Rekod Dunia Guinness! Ramai orang telah berbuat banyak untuk mendapatkan. Apa yang saya lakukan ialah menjawab beberapa soalan dan kemudian mereka memberikannya kepada saya,“ kata Supatra dengan riang.



Supatra, yang dikenali sebagai Nat oleh keluarga dan rakan-rakan beliau, mempunyai keadaan perubatan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai Sindrom Ambras. Pada hakikatnya, hanya 50 kes yang didokumenkan sejak Zaman Pertengahan. Keadaan genetik yang jarang berlaku ini disebabkan oleh kromosom yang rosak, menyebabkan rambut tebal tumbuh di seluruh muka, telinga, tangan dan kaki.




Para penghidap dipanggil sebagai ‘werewolves’, dan pada abad ke-19, seorang wanita yang menderita dengan keadaan ini, Julia Pastrana, bekerja di sebuah pertunjukan Barnum dilabelkan sebagai orang aneh.

Kehebatan Kaabah!


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Middle Finger Untuk Ayah Dan Ibu!


MANCHESTER - Pasangan muda ini sangat terkejut ketika melakukan scan terhadap calon bayi mereka, bayinya mirip seorang alien sambil menunjukkan jari tengah.

Seperti apa yang dilaporkan The Sun, Isnin (21/11/2011), gambar tersebut jelas membuat Scott and Larissa Dean, yang berasal dari Little Hulton, Manchester, Inggris.

"Ketika saya melihat hasil scan, saya bertanya kepada isteri saya, adakah dia pernah meniduri seekor alien?" ujar Scott melawak.

Scott yang masih berusia 23 tahun mendapati bakal anaknya tengah mengacungkan jari tengah dan bentuknya seperti Balok, seorang alien dalam filem Star Trek.

Kucing Terkaya Di Dunia!

Seekor kucing hitam mungkin tidak tahu yang dirinya telah menjadi kucing terkaya di dunia apabila tuannya meninggal dunia dan mewariskan hartanya kepada kucing itu.

Seekor kucing terbiar yang diselamatkan di jalan raya di bandar raya Rome ini, mewarisi harta berjumlah AS$13 juta (RM39 juta) daripada tuannya, balu seorang jutawan hartanah.
Kucing hitam yang bertuah itu asalnya dipungut dari jalanan dan dijaga rapi oleh tuannya yang kaya raya.

Gambar sekadar hiasan..

Maria Assunta meninggalkan hartanya kepada kucing kesayangannya itu, Tommaso, selepas meninggal dunia dua minggu lalu ketika berusia 94 tahun. Kekayaan yang diwarisi kucing itu, termasuk wang tunai dan juga hartanah di Rome dan Milan serta tanah di Calabria.
Ketika mula sakit dua tahun lalu, Assunta yang tidak mempunyai anak, mula memastikan Tommaso dijaga dengan baik selepas kematiannya. – Agensi .


Pastinya anda tertanya-tanya, bagaimana agaknya si kucing akan menguruskan wang yang begitu besar nilainya sedangkan si kucing hanya mempunyai otak tidak akal.
Mewariskan sesuatu harta kepada seekor haiwan bukan tindakan yang bijak. Ada banyak lagi badan-badan sukarela memerlukan dana seperti rumah nak yatim dan rumah warga tua.

Hanya dengan menjadi teman dan pengubat kesunyian seorang warga tua, seekor kucing telah mendapat harta jutaan ringgit yang kucing itu pun tidak sedar akan durian runtuh yang telah diterimanya. Ketika kita masih muda dan bertenaga ini, jagalah ibu bapa kita yang banyak berkorban untuk kita. Mereka perlukan khidmat kita dalam melalui kehidupan mereka. 

Mereka telah banyak berkorban untuk kita. Tetapi apakah perkara yang telah dilakukan oleh kita untuk mereka? Jika sudah lama pembaca tidak hubungi ibu bapa di kampung, gunakan kesempatan ini untuk menelefon mereka, atau lebih baik menziarahi mereka, berbakti kepada mereka sementara mereka masih ada.
 Ingatlah, amalan sebesar gunung pun kalau tidak mendapat redha ibu bapa, ianya akan “tersangkut” juga sehingga diredhai ibu bapa. Wallahualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...