10 Masjid Tercantik Di Dunia!

Assalamualaikum W.B.T!
Masjid adalah tempat untuk orang Islam beibadat..
Kriteria untuk memilih masjid tercantik ini berdasarkan keluasan, sejarah, fasiliti dan fungsi sesebuah masjid itu..
Mungkin kita dah tahu dan mungkin kita tak tahu!
Mungkin kita tahu tapi kita terlupa..
Saksikan.. 10 Masjid terindah di dunia..
Subhanallah..


10. Masjid Baitul Mukarram di Dhaka City, Bangladesh.
Masjid Negara Bangladesh. Ditemui pada 1960-an dan terletak di tengah-tengah bandar Bangladesh. Mampu memuatkan 30, 000 jemaah dalam satu masa. Walaupun masjid ini adalah antara 10 masjid yang terbesar di dunia, keluasannya masih tidak mampu untuk menampung jemaah yang sangat ramai di negara itu. Di sebabkan itu, Bangladesh memutuskan untuk menambah lagi keluasan masjid ini. 

09. Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan.
Masjid Faisal di Islamabad ini adalah masjid yang terbesar di selatan timur dan selatan Asia dan masjid yang ke-4 terbesar di dunia. Masjid ini memegang rekod masjid terbesar dunia pada 1986-1993 sebelum rekod masjid terbesar diambil alih oleh Masjid Hassan II di Casablanca, Morocco dan selepas pembesaran Masjid Al-Haram (Grand Mosque) di Mekah dan Al-Masjid Al-Nabawi (Masjid Nabi) di Madinah, Saudi Arabia pada tahun 1990-an. 

08. Masjid Sultan, Singapura.
Masjid Sultan yang terletak di Muscat Street dan North Bridge Road di Kampong Glam Rochor daerah di Singapura ini masih dianggap salah satu masjid yang paling penting di Singapura. Masjid sultan pada dasarnya tidak berubah sejak ia dibina, hanya dengan penambahbaikan yang dibuat di dewan utama pada tahun 1960 dan lampiran ditambah pada tahun 1993. Ia ditetapkan sebagai monumen kebangsaan Singapura pada 14 Mac 1975.


07. Masjid Baiturrahman, Banda Acheh, Indonesia.
Masjid Baiturrahman adalah sebuah masjid yang terletak di pusat bandar Banda AcehIndonesia. Masjid ini merupakan masjid Kesultanan AcehApabila Belanda menyerang kota Banda Aceh pada tahun 1873, masjid itu dibakar,dan Belanda membina semula sebuah masjid sebagai penggantinya. Masjid berkubah ini hanya dapat disiapkan pada 27 Disember, 1883. Masjid ini diperluaskan lagi dengan 3 kubah pada tahun 1935. Dan akhir sekali berkembang lagi kepada 5 kubah di 1959-1968Masjid ini merupakan salah satu masjid yang paling indah di Indonesia, mempunyai bentuk unik, ukiran yang menarik, halaman yang luas dan rasa nyaman sekiranya berada di dalam bilik masjid.

06. Masjid Taj'ul, Bhopal, India.
Masjid Taj'ul, adalah sebuah masjid yang terletak di Bhopal, India. Ia juga antara masjid terbesar di Asia. Masjid ini juga digunakan sebagai madrasah (sekolah Islam) pada waktu petang.

05. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin di Bandar Seri Begawan, Brunei.
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin merupakan masjid diraja untuk Kesultanan Brunei yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu kota Kesultanan Brunei. Masjid ini diklasifikasikan sebagai salah satu masjid yang paling hebat di rantau Asia Pasifik dan menjadi tarikan utama kepada pelancong. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dianggap sebagai mercu tanda negara bagi penduduk Brunei.

04. Masjid Zahir di Kedah, Malaysia.
Masjid ini telah dibina pada tahun 1912 dan dibiayai oleh Tunku Mahmud, anak Shah Sultan Tajuddin Mukarram. Masjid ini adalah makam pahlawan Kedah yang telah meninggal dunia semasa mempertahankan Kedah dari Siam pada tahun 1821. Seni bina dari masjid yang diilhamkan dari Masjid Azizi di bandar Langkat di utara Sumatera, Indonesia. Masjid ini diasaskan dengan lima kubah besar yang melambangkan lima prinsip utama Islam.

03. Masjid Al Aqsa di Jerusalem, Israel/Palestine.
Masjid Al-Aqsa (bermaksud masjid paling jauh), juga dikenali sebagai Al-Aqsa, adalah makam Islam di Kota Lama Baitulmaqdis. Di masjid itu sendiri ada sebahagian daripada al-Haram ash-Sharif  (bersama dengan Dome of the Rock), sebuah laman yang juga dikenali Kuil Gunung sebagai tapak suci dalam agama Yahudi, kerana ia dipercayai menjadi Kaabah di Jerusalem pernah didirikan. Masjid ini dianggap sebagai tapak ketiga paling suci dalam Islam. Umat ​​Islam percaya bahawa Nabi Muhammad telah diangkat dari Masjidilharam di Mekah ke Masjid Al-Aqsa semasa perjalanan malam. Masjid ini dijadikan kiblat umat Islam selama tujuh bulan.

02. Masjid Al Nabawi di Medina, Saudi Arabia.
Masjid Al-Nabawi merupakan masjid kedua paling suci dalam Islam dan merupakan masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjid Al-Haram di Mekah. Salah satu tempat yang paling penting masjid ini adalah Kubah Hijau (pusat masjid), di mana makam Nabi Muhammad terletak. Tidak diketahui bila kubah hijau itu telah dibina tetapi manuskrip awal kurun ke-12 menjelaskan tentang kubah. Pemimpin awal Islam yang juga merupakan sahabat Rasulullah, Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab juga telah dikebumikan di sekitar masjid ini.

01. Masjid Al Haram di Mekah, Saudi Arabia.
Masjid Al Haram merupakan masjid terbesar di dunia. Masjid yang terletak di kota Mekah, di sekitar Kaabah, di mana ia menjadi kiblat umat Islam. Masjid ini dianggap tempat paling suci di muka bumi. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Terbesar. Struktur meliputi kawasan seluas 400.800 meter persegi (99.0 ekar), termasuk ruang solat terbuka dan tertutup dan boleh menampung sehingga 4 juta orang dalam tempoh Haji, salah satu ibadah terbesar tahunan Islam di dunia.


Indah bukan?
Bertuah la kita sebagai umat islam..

Senarai 5 Orang Yang Terkaya Di Dunia!

Assalamualaikum W.B.T!
Apa khabar anda semua? Semoga anda sihat dan senantiasa berada di bawah rahmat Allah S.W.T!
Saya nak tanya, adakah anda kaya?
Atau, mungkin keluarga anda kaya?
Kaya budi bahasa, kaya bulu ketiak, kaya bulu hidung dan sebagainya, tak termasuk dalam list okay!
Well, kalo anda rasa anda cukup kaya, anda compare la kekayaan anda dengan mereka-mereka kat bawah ni..

 صـــــــور لخمــــــســـه من أغــــنـــــــى أغــــنــــــــيــــــــــــاء الــــعـــــــــــــالـــــم


        نـــــــــبــــــــــــــــدأ بالــــــــخــــــــــــــــــــا مس ...
        Gambar-gambar 5 orang yang paling kaya di dunia..


#5
Nama: Ingvar Kamprad
        Negara: Sweden
        Kekayaan: USD 28 billion
        Bisnes: Pemilik syarikat IKEA





#4 الـــــــــــــــرابــــــع..
 Nama: Carlos Slim Helu
        Negara: Mexico
        Kekayaan: USD 30 billion
        Bisnes: Telekomunikasi



#3  الــــــــــثـــــــــــــــــالـــث..
Nama: Warren Buffet
        Negara: USA
        Kekayaan: USD 42 billion
        Bisnes: Perniagaan dan pekerjaan khusus


#2 الثـــــــاني..
Nama: Bill Gates
        Negara: USA
        Kekayaan: USD 50 billion
        Bisnes: Pemilik syarikat Microsoft


#1  الأولـــــــــــــــــ ..


أنت الغنـي بدعائك وصلاتك لربك .... وهم الفقـراء ...
Kamulah yang kaya dengan doamu dan solatmu kepada Tuhanmu...
Merekalah yang miskin....

قال الله سبحانه وتعالى
(( يعلمون ظاهرا من الحياة الدنيا وهم عن الاخرة هم غافلون ))
Firman Allah:
“Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.”

اللهم اجعلنا اغنى خلقك بك .... وأفقر عبادك إليك ...
Ya Allah, jadikanlah kami orang yang paling kaya (tidak memerlukan selain Allah) denganMu...
Dan yang paling faqir (memerlukan RahmatNya) di antara hamba-hambamu kepadaMu...

So, sekarang anda dah tahu siapa sebenarnya yang paling kaya kan..
Jadi, marilah kita bersama-sama mengejar kekayaan..
Bagi saya la, hidup ni tak perlulah nak kaya sangat..
Cukup makan, cukup pakai, kesihatan dan keselamatan di tahap yang baik, dah cukup bagi saya..
Saya tak perlukan Porsche atau Ferrari..
Cukup Proton buatan Malaysia..
Saya tak perlukan awek Japanese untuk dijadikan isteri..
Cukup awek Malaysian yang menawan..
Saya tak perlukan Alienware untuk blogging..
Cukup Acer yang membantu saya untuk buat assignment..
Saya tak perlu makan makanan orang-orang kaya..
Cukup makanan tepi jalan yang lagi murah dan berbaloi..
Saya tak perlukan motor atau kereta untuk ke kelas..
Cukup kaki yang masih mampu berjalan..
Dan saya tak perlukan kawan-kawan yang high-class..
Cukup mereka-mereka yang standard yang menerima saya apa adanya..
Credit buat kawan saya yang email saya info ni..

Oh, Blogger!


Assalamualaikum W.B.T!
Yup! Saya update nak bagi tips lagi untuk blogger baru khususnya dan untuk semua blogger rasanya!
Saya nak mereka jadi blogger professional..
Saya tak nak la mereka jadi macam saya ni yang tak professional!
Okay, post ni agak panjang dan saya sangat menghargai mereka yang membacanya sampai ke ayat terakhir seperti dihargai betapa penatnya jari ini menaip..
Memang korang blogger professional la!
Semoga apa yang saya share ni akan memberi sedikit manfaat kepada anda semua..
Renung-renungkan, selamat beramal.. Sebelum tu, saya nak tanya something..
"Manis tak kurma itu?"
Ha! Ha! Ha! Ha!

Oh, Blogger!
Bila orang datang melawat!
Make sure anda matikan verification code tu..
Sebab, visitors yang suka komen akan rasa tak syok nak komen blog korang dengan adanya benda tu!
Make sure, activate "Comment Moderation" untuk elakkan spammer dari bermaharajalela..
"OMG! Awak fikir saya ni spammer ke? Baik awak activate comment moderation kalo nak elak spammer! Benci tau!"
"Suka hati I la! Blog I! I yang corakkan!"

Oh, Blogger!
Bila datang melawat blog orang!
Make sure korang tinggalkan link!
Tak kisah la, kat shoutbox ke, kat komen ke..
Yang penting korang tinggalkan jejak korang!
Kalo korang nak tinggalkan link kat komen macam elder blogger buat, korang cuba cara kat bawah ni..


Check It Out! <a href="MASUKKAN LINK POST TERBARU ANDA"> TAJUK POST ANDA </a>



Cuba la.. Anda buat tajuk tu nampak superb sikit supaya dapat menarik perhatian tuan punya blog dan pengunjung-pengunjung yang lain kelak..

Oh, Blogger!
Blog la tentang apa-apa pun!
Yang penting korang happy!

"Saya nak blog tentang benda-benda yang saya tak tahu! Saya nak pelajari benda tu melalui blog saya!"
"Alamak! Boleh ke?"

"Grrr! Graa! Graa! Auumm! Destroy it!"
"Oh No! Are you insane, destroying Cyber Cafe PC?"
Okay, kita blogging sebab kita nak share something yang menggembirakan, menyedihkan dan kadang-kadang semua kita nak share..
So, keep it up!
Make sure korang tak mencemarkan maruah korang sendiri..

Oh, Blogger!
Ada benda yang tak patut anda share!
Bukan semua manusia berfikiran terbuka..
Bagi kita yang beragama islam, ada baiknya kita rahsiakan keaiban kita..
"Oh No! This is our private life! Don't you ever blog about it!"
"Girl, it will bring me more traffic!"
Anda faham kan? Tak perlu saya nak jelaskan lebih-lebih..
Kang terkeluar pulak cerita macam kat atas tu!
Ha! Ha! Ha! Ha!

Oh, Blogger!
Banyak benda korang boleh cerita selain hal peribadi korang yang orang lain rasa menyampah nak baca tu!
Korang tengok lipas! Tengok tikus! Tengok lalat!
Mesti ada something yang terlintas di fikiran korang kan?
Jadi, jangan biarkan benda tu lama-lama..
Nanti hilang ditelan masa..
Ha! Ha! Ha! Ha!
Ceritakan pada kitorang!
Kitorang mesti support punya!

"I love my dogs! My dogs name is Bieber!"
"Bieber is 5 years old.. He.. Bla.. Bla.. Bla.."
Korang faham kan? Kalo korang nak cerita pasal kisah hidup korang, jangan masuk sangat pada hal peribadi korang..
Pastikan, masih ada benteng penghalang agar visitors tak pandang rendah pada korang..
Cerita la betapa baiknya korang walaupun korang tipu-tipu sikit..
Jangan buka pekung di dada..

Oh, Blogger!
Ada banyak cara nak cari ilham!
Korang pandang luar tingkap!
Korang pandang siling! Korang pandang pintu!
Mesti ada sesuatu yang cool untuk korang kongsikan..
Berfikir di luar kotak sikit kalo perlu..

"When I see pengkid, I wanna kick it! Yeah! Male already i guess!"
"When I see gay boy, I just wanna burnt it down!"
"Don't ask me! I dunno why!"

Okay, apa yang saya nak cakapkan kat sini, anda tak perlu la nak pegi Pulau Sipadan ke, Mabul ke, Gunung Kinabalu ke semata-mata nak cari ilham..
Kalo mampu, pegi la.. Lagi best!
Kalo tak mampu, anda try tarik nafas dalam-dalam dan luahkan..
Anda pasti dapat merasai sesuatu yang baru..
Kadang-kadang, kita terlupa nak menghargai benda-benda sekeliling kita kan..
Korang pandang laptop/PC korang..
Bayangkan macam mana dia boleh berfungsi sedemikian rupa..
Alamak, dah terlebih dah ni.. Macam cerita pasal "uzlah" pulak..
Yup, saya selalu cuba.. Pagi-pagi keluar kat beranda dengan boxer dan menyanyi macam orang kurang siuman.. Maklumlah, rumah tingkat 8, sape nak skodeng pagi-pagi buta..
Pastu, saya dapat feel something..
Apa lagi, saya share la kat blog!
Ha! Ha! Ha! Ha!

Oh, Blogger!
Blog, blog jugak! Belajar, belajar jugak! Makan, makan jugak! Riadah, riadah jugak!
Anda faham kan? Jangan terlalu taksub dengan blog!
Nanti akan membinasakan diri!

"Saya nak share semua pasal hidup saya! Saya rasa hidup saya ni hebat macam Justin Bieber!"
"Oh No! Baby, baby, baby oh..!"
Okay, jangan taksub sangat.. Jangan sampai tak terjaga makan tu..
Mana la tahu, someday kita nak buat gathering antara bloggers kan..
Saya tak nak la jumpa badak air..
Tak pun, tiang elektrik!
"Oi, ko jangan perli aku! Aku tahu la aku kurus!"
"Okay, okay, pengecualian untuk golongan perantau yang asyik bantai maggie je!"
Ha! Ha! Ha! Ha!

Oh, Blogger!
Korang juga mesti ada Facebook dan Twitter kan!
Apa lagi, connect la Twitter dan Facebook korang pada blog korang!
Saya pasti, traffik korang akan bertambah!

"I'll share my post update automatically by Twitter!"
"Wow! Nice!"

"Yes! No! Yes! No!"
"I don't have anything to say..!"
Yup! Pasti! kalo rajin, buat la Facebook fan page..
Pastu, activate "NetworkedBlog"!
Benda alah ni auto post update korang!
Kalo tak cukup lagi, activate sekali "My Blog Posts" dan macam-macam lagi!

Oh, Blogger!
Kalo nak kena support, support la blogger lain!
Okay, ini yang agak kritikal.. Saya pun tak tahu la mengapa kadang ada jugak blogger yang PHD..
Anda tak tahu? Okay, saya nak khabarkan pada anda la ni..
He! He! He! He!
Benda ni betul la.. Takpe, someday, korang akan faham gak..
"PHD (Perasaan Hasad Dengki) pun nak bawak ke blog ke?"
"Suka hati aku la!"

"Read mine! I'll read yours!"
"Comment mine! I'll comment yours!"
"Follow me! I'll follow you!"

Oh, Blogger!
Bila kamu dah menggunakan domain!
Jangan sesekali pandang rendah pada blogspot/wordpress dan seumpama dengannya..
Sebab, korang juga bermula dari situ!
Jangan hairan kalo traffik blogspot lagi tinggi dari anda..
So, hormat menghormati la..

"Saya malas la tengok orang yang guna blogspot ni! "
"Miskinnye.. Tak mampu pakai domain ke?"
Ha! Ha! Ha! Ha!
Relax la.. Mana ada macam dialog kat atas tu..
Itu lawak jenaka semata-mata..

Okay, nice! Anda rasa ada tak info yang membantu anda dalam post saya kali ni?
I hope so! Sebab apa yang saya cakap ni berdasarkan pengalaman saya..
Tahniah bagi mereka yang membaca post tak seberapa ni sampai habis..
Kalo korang ni baru je jumpa post seumpama ni dari saya, jangan lupa baca post kat bawah ni sekali..
Insyaallah akan membantu anda..
Okay, ingat kata-kata saya!
Blog anda, anda yang corakkan!
So, Keep On Blogging!
Good Luck Guys!


Last but not least, Siapa yang sudi, silalah support saya..
 Like la fan page baru saya tu..
Entah berapa banyak fan page saya ada..
Tapi, itu la rasanya yang official..
Thanx Guys!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...