KONFLIK MALAYSIA INDONESIA


Dr Jeniri Amir



Malam Jumaat, dari jam 9.30 hingga 10.30 malam, 27 Ogos lalu saya telah menjadi ahli panel dalam rancangan siaran langsung “Isu” TV 1 yang dikendalikan pengacara terkenal Syed Munawar. Tajuk perbincangan berkaitan ketegangan hubungan diplomatik Indonesia-Malaysia. Hubungan Malaysia-Indonesia tidak konsisten; turun naik dan hangat dingin sejak 1960-an bagai kata-kata dalam lagu ‘Benci Tapi Rindu’ Hetty Koes Endang, penyanyi terkenal Indonesia.

Konflik terbahar ekoran tindakan ahli Barisan Demokratik Rakyat Indonesia (Bendera) melemparkan najis ke dalam kawasan pejabat kedutaan Malaysia di Jakarta.
Jakarta daripada perkataan Jawa klasik bermaksud kejayaan tuntas merupakan kota 12 juta jiwa yang tidak pernah tidur. Di kota inilah pada 17 Ogos 1945 kemerdekaan Indonesia diisytiharkan. Di kota inilah juga tercetusnya rusuhan kaum yang dahsyat dari 13-15 Mei 1998 sebelum presiden 32 tahun berkuasa Suharto terpaksa berundur. Dalam peristiwa itu, peribumi Indonesia menyerang kaum Cina sehingga banyak kedai milik orang Cina dibakar dan dimusnahkan oleh perusuh, dan banyak perempuan Cina diperkosa. Orang Cina, sekitar 6 peratus penduduk Indonesia kaya raya dan menguasai 70 peratus ekonomi Indonesia. Ketakutan, maka mereka lari ke luar negara termasuk Singapura, Hong Kong dan Amerika Syarikat waktu kegawatan sosiopolitik itu.

Demonstrasi atau unjuk rasa dalam istilah Indonesia, sesuatu yang lumrah di negara 240 juta jiwa itu. Sebagai orang yang sering berkunjung ke Indonesia, khususnya Jakarta sejak 20 tahun lalu, saya kerap menyaksikan demonstrasi di bulatan di hadapan Hotel Indonesia di tengah-tengah jantung kota yang sentiasa menggelegak itu.
Ganyang Malaysia
Sebenarnya, perasaan benci segelintir rakyat Indonesia terhadap Malaysia berlaku sejak konfrontasi dilancarkan Sukarno pada 1963. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia membabitkan wilayah Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura yang disifatkan Sukarno satu bentuk neokolonialisme dan percubaan menghimpit dan memulaukan negara itu. Konfrontasi dengan slogan ganyang Malaysia selama 33 bulan berlaku sehingga 1966.
Konfrontasi secara rasmi dianggap tamat sesudah termetrainya Perjanjian Pemulihan Hubungan antara kedua-dua negara itu pada tahun 1966. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik menyifatkan perjanjian itu sebagai kejayaan besar untuk bangsa Melayu, manakala Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia menyifatkannya sebagai satu era baharu dalam hubungan diplomatik dua negara serumpun. Namun, sesudah itu satu per satu konflik tercetus, dan memuncak pada 2002 membabitkan pulau Sipadan dan Ligitan yang berakhir dengan kekalahan Indonesia di Mahkamah Antarabangsa di Belanda. Sepanjang dekad ini satu per satu demonstrasi dilancarkan pihak tertentu di Jakarta termasuk oleh Bendera, Laskar Merah Putih, Forum Kebangsaan Indonesia dan Forum Betawai Rempug.
Berbanding rakyat Malaysia, mengapakah setiap kali tercetus konflik, segelintir rakyatnya unjuk rasa? Adakah ini mencerminkan watak rakyat Indonesia yang emosional, tidak matang, mudah melatah dan mahu mengambil undang-undang di tangan sendiri? Atau mereka mempunyai muslihat atau agenda untuk merosakkan hubungan dua negara serumpun itu? Atau mungkinkan kerana dendam terhadap Malaysia, kalau tidak pun kerana iri hati terhadap kejayaannya? Dalam keluaran terbaharu, 9 Ogos lalu, majalah antarabangsa Newsweek meletakkan Malaysia pada kedudukan 37 berbanding Indonesia nombor 73 dalam penarafan “The Best Country in The World”. Teratas ialah Finland, kedua, Switzerland dan ketiga, Sweden. Sebagai negara 240 jiwa dengan 17 ribu pulau, Indonesia tentu tidak mahu dikalahkan? Ia tentu mahu sentiasa menang. Apabila negara itu kalah, umpamanya dalam tuntutan terhadap pulau Sipadan dan Ligitan, ia merupakan satu pukulan hebat terhadap maruah dan egonya. Ia bagai singa luka yang mahu membalas dendam. Ia tidak mahu diperlekeh, dihina dan dipandang rendah.
Jurang komunikasi
Sebahagian daripada konflik dan ketegangan berpunca daripada jurang komunikasi yang lebar antara kedua-dua negara. Akibatnya timbul salah faham dan salah tanggapan rakyatnya. Keadaan ini diburukkan lagi oleh peranan media Indonesia yang mengikut pengamatan saya cenderung mengapi-apikan sentimen rakyatnya. Sesuatu isu membabitkan penderaan pembantu rumah, tenaga kerja Indonesia (TKI) tidak dibayar gaji, dan terbaharu tiga pegawai maritim dan perikanannya ditahan di negara ini diperbesar-besarkan. Isu terbabit dilaporkan dan dibincangkan secara meluas, tidak objektif dan emosional sekali oleh sebahgian media, termasuk rancangan bicarawara TV.
Kita perlu ingat, 15 stesen TV berpangkalan di Jakarta termasuk TransTV, Indosiar, RCTI, TV ONE dan TVRI. Dan di Jakarta sahaja terdapat sekitar 20 akhbar seperti Kompas, Republika, Pos Kota, Media Indonesia, Suara Pembaruan, Seputar Indonesia dan Jakarta Post. Itu belum lagi termasuk sekurang-kurangnya terdapat empat akhbar di setiap 27 provinsi atau wilayahnya. Media berkenaan sejak jatuhnya Suharto sesudah reformasi dan demonstrasi mahasiswa universiti di Jakarta pada 1998 kelihatan begitu bebas untuk menyiarkan apa-apa sahaja yang mereka mahu, termasuk mengritik presidennya Susilo Bambang Yudhoyono. Mereka juga tidak teragak-agak mengkritik Malaysia. Bagi mereka, Malaysia perlu diajar dan dibelasah kerana tidak peka terhadap perasaan mereka.
Media Indonesia tidak profesional
Akibat laporan tidak beretika, berat sebelah dan tidak profesional, atas alasan tertentu, termasuk untuk mengejar rating demi pendapatan periklanan, media terbabit sanggup mengguriskan perasaan rakyat negara ini. Maka terbenamlah persepsi dan imej yang negatif dalam kalangan rakyatnya tentang rakyat Malaysia. Antara persepsi dan imej yang digambarkan melalui media Indonesia ialah rakyat kita angkuh, perompak dan penciplak, tidak sedar diri, tidak bersikap sebagai tetangga yang baik, mahu menyakiti tetapi tidak mahu disakiti dan sebagainya. Sebagai pengampang media, editor perlu lebih bertanggungjawab dan bukannya mabuk dalam euforia atas nama kebebasan. Mereka perlu membantu meredakan keadaan dan bukannya mengapi-apikan sentimen rakyatnya. Atau kita memerlukan attase penerangan yang mahir dan berpengalaman di kedutaan kita di Jakarta untuk merapatkan jurang komunikasi dan menangani krisis komunikasi.
Daripada pengamatan beberapa hari di Jakarta baru-baru ini, dalam kes terbaharu, mereka mahu mendesak agar SBY meminta Malaysia memohon maaf. Rakyat dan pemimpin politiknya mahu Presiden Indonesia yang telah berada di kerusi tertinggi Indonesia sejak 2004 itu bersikap tegas, berani dan bijak menangani isu hubungan diplomatik, dan tidak mahu beliau mengalah. Terdapat tuntutan agar dutanya di Malaysia dipanggil balik, serta agar pemerintah Indonesia menurunkan status hubungan diplomatik dengan Malaysia. Malah, terdapat anjuran agar Malaysia dikenakan semacam kejutan terapi. Adakah kejutan terapi itu termasuk melemparkan kotoran manusia – sesuatu yang boleh dianggap keterlaluan, biadab dan merendahkan maruah Indonesia sendiri?
Mungkinkah anda masih ingat bagaimana ahli kumpulan tertentu termasuk Bendera dan Laskar Merah Putih mengikat kepala dengan kain merah putih dan mengadakan sekatan bersenjatakan buluh runcing di Jalan Menteng dan Diponegoro di jantung kota berkenaan untuk ‘membersihkan’ rakyat Malaysia? Buluh runcing merupakan lambang sewaktu Indonesia menuntut kemerdekaan daripada penjajah Belanda. Masihkah anda ingat bagaimana 300 orang pemuda Indonesia dikatakan dilatih menjalani ilmu kebal dan bersedia menyerang dan mengganyang Malaysia? Dan tahun lepas Bendera mengancam hendak menyerang Malaysia, tetapi terbukti kemudiannya ketuanya hanya bercakap besar?
Kembali kepada kewarasan
Oh, Tuhanku, kembalikan mereka ini kepada kewarasan dan akal sihat, dan bukannya dikuasai emosi keterlaluan agar mereka insaf akan kesan perbuatan mereka itu terhadap dua negara berjiran yang menganggap diri serumpun dan adik-beradik.
Media kita dan rakyat kita setakat ini bersikap waras dan tidak mengikut rentak tari penunjuk perasaan di Jakarta dan beberapa kota lain. Penunjuk perasaan terbabit kadangkala boleh bersikap liar, agresif dan emosional dan mengeluarkan kata-kata kesat, biadab dan melampau. Mereka ini merupakan penunjuk perasaan kelas rendah, miskin, kurang berpelajaran dan sanggup menyumpah seranah, memijak-mijak bendera kita dengan bayaran serendah RM10 dan nasi bungkus dengan tempe. Pendek kata, mereka ialah penunjuk perasaan upahan yang sanggup bertindak ekstrem. Sebahagian ahli Bendera dikatakan mereka yang pernah diusir dari Malaysia kerana masuk secara haram atau kecewa dengan segelintir majikan Malaysia yang tidak melayan mereka dengan baik seperti tidak membayar gaji.
Hubungan Malaysia-Indonesia tidak harus dibenarkan untuk dirosakkan oleh segelintir manusia yang tidak berakal sihat. Nasib baik, SBY dan Perdana Menteri Datuk Najib Razak mempunyai hubungan yang baik. Mereka faham bahawa tindakan penunjuk perasan itu bukan mencerminkan sikap atau pendirian kerajaan. Banyak kerugian jika hubungan dua negara itu terus-terusan berkonflik dan tegang, termasuk dari segi ekonomi, pelancongan, dan pelaburan. Dan ingat, terdapat sekitar 1.5 juta pekerja Indonesia di Malaysia.
Selagi ada bulan dan bintang
Namun percayalah, selagi ada bintang dan bulan dan selagi terdapat pekerja Indonesia di Malaysia dan pelabur Malaysia di Indonesia, serta kita masih berkongsi sempadan yang sama di laut dan darat, selagi itu kita akan terus berkonflik. Bak kata P.Ramlee sedangkan lidah lagi tergigit. Soalnya, kita tentu tidak mahu hanya kerana konflik itu, rakyat kedua-dua negara menderita dan kerugian. Hakikatnya, yang melakukan tunjuk perasan itu ialah segelintir rakyat Indonesia. Rakyat Indonesia perlu insaf bahawa rakyat Malaysia tidaklah sekejam dan seburuk yang mereka fikirkan atau persepsikan. Di mana-mana pun akan tetap ada manusia yang tidak baik, termasuk mereka yang mendera pembantu rumah. Banyak juga orang Indonesia yang terbabit dalam kes jenayah, membawa dadah, melakukan pembunuhan dan berkelahi. Mereka lupa peribahasa di mana bmi dipijak, di situlah langit di junjung. Tetapi, apabila tindakan dikenakan sesuai dengan undang-undang negara ini, rakyat Indonesia marah. Di Jakarta pun sering dilaporkan bagaimana orang kaya mendera dan menyeksa pembantu rumah, kebanyakannya orang Jawa.
Sebagai orang yang banyak kenalan di Jakarta dan Indonesia, tanggapan saya, rakyat Indonesia sebenarnya begitu berbudi bahasa dan sopan, sama seperti di Malaysia, terdapat ramai rakyatnya yang sopan dan berbudi bahasa. Jika hendak belajar bagaimana melayan tetamu, termasuk di restoran dan kompleks beli-belah, pergilah ke Indonesia. Jadi, jangan hanya kerana nila setitik nila rosak susu sebelanga. Kita perlu berdamai, bertindak bijak, rasional, tidak berprasangka buruk; sebaliknya Indonesia dan Malaysia perlu sama-sama bertekad menjadi jiran yang baik.
* Penulis, pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak kerap berkunjung dan menetap di Jakarta.

CRAZIEST THINGS EVER SOLD IN eBAY



eBay Inc. is an American Internet company that manages eBay.com, an online auction and shopping website in which people and businesses buy and sell a broad variety of goods and services worldwide. Founded in 1995, eBay is one of the notable success stories of the dot-com bubble; it is now a multi-billion dollar business with operations localized in over thirty countries. eBay expanded from its original "set-time" auction format to include "Buy It Now" standard shopping; shopping by UPC, ISBN, or other kind of SKU (via Half.com); online classified advertisements (via Kijiji or eBay Classifieds); online event ticket trading (via StubHub); online money transfers (via PayPa) and other services. So, you definitely can sell anything that you think, it was worth for human kind. But, maybe you also can sell anything that you like.





THIS IS REALLY2 WORST AND CRAZIEST THINGS EVER SOLD IN eBAY~




so? What do you wanna sell? Kih3! I think, I'm gonna sell my old underway~ Hope somebody will buy it! Kih3!


Photobucket

raya special untuk perantau



MySpace


ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!

HEHE! Ini kali kedua saya tak balik beraya kat kampung terchenta! Rasa hiba dan sedih serta rasa ingin menangis pun ada jugak berbaur~ Memang sangat sedih~ Melihat persiapan dan mendengar apa yang diborakkan oleh rakan2 mengenai raya yang bakal menjelang~ Lemang, ketupat, rendang, kuih muih serta duit raya konpem lah tak dapat tahun neyh~ Biasalah, silap sendiri, tak nak book tiket awal2~ Haaa~ Baru tau! Sedap! Hehehe! Tiket pulak mencecah RM1000++ dan dapat rasanya membeli sebijik laptop~ Saya yakin, Sometimes, kita juga ada rasa bertanggungjawab dan tak nak menyusahkan ibu bapa~ Mereka yang kerja pulak, semestinya mempunyai komitmen terhadap kerjaya mereka dan membuatkan mereka tak dapat balik beraya ke kampung terchenta~ Kih3! SABAR okay~



MySpace
WARRRRRGHHHHHH!!~
Ini tak boleh berlaku!! Makanan apa semua tak kisah terlepas!! Duit raya yang tak boleh terlepas~ Hehehehe! Apa lagi, dengan keegoan dan rasa kurang malunya, pergilah call semua yang "bertanggungjawab" untuk memberikan duit raya untuk bank-in duit raya secepat mungkin!



MySpace
Baiklah! Kita memulakan tip2 yang baik punya untuk mengelakkan kesedihan dan air mata di pagi syawal untuk semua perantau2 yang tak dapat balik raya seperti saya~ btw, korang semua harus tabahkan hati dan kuatkan semangat! Ingat!! Nanti kita mati pun masuk kubur sendiri2~ So,banyakkanlah berdoa untuk keluarga terchenta! Tabahlah menghadapi dugaan hidup sendiri tanpa keluarga~ Nanti kita dah senang dan berjaya kelak, pastinya dapat bersama keluarga terchenta hingga ke hujung nyawa~ HEH!

tip pertama~
MySpace
Jangan bersendirian!! Pegi join member2 korang yang rumah mereka berdekatan untuk berkongsi kemeriahan aidilfitri! Lagi baik kalau dapat ikut Pegi kampung mereka dan sekaligus anda melancong~ Macam yang saya lakukan~ KIH3! Kalau ada keluarga berdekatan, cepat2 contact mereka! Pastikan anda dapat beraya bersama mereka~ Walaupun feel raya kureng sikit, tapi bolehlah jugak melupakan kampung halaman buat seketika~

tip kedua~
MySpace
menjerit dengan sekuat hati!!! YeahhHH! Kalo bleh menyerupai suara AMUK!! lagi sedap!! Hehehehe! Iya dapat mereleasekan tension korang dan dapat melupakan segala kesedihan! Teriak sampai peti suara korang menjadi suara papa rock Malaysia, Ramli Sarip lagi cun!

tip ketiga~
MySpace
Sibukkan diri anda! Jangan fikir banyak sangat! Belajar, Surf internet, Tengok movie, Main game dan apa pun yang dapat menyibukkan diri anda patut anda lakukan sekarang! Hehehe! Kalo korang hanya tinggal bersendirian di rumah, Relax3! Cara terbaik adalah Berdangdut ddan menari~ Pasanglah lagu dan loud speaker sesuka hati anda~ Tengok movie yang bertemakan komedi~ ketawa terbahak2 sendiri sampAi mengalirkan air mata okay~ Kih3!

tip keempat~
MySpace
Haaaa~ Ini tip yang paling sedap! Tidurlah selama manapun, kalo korang boleh koma selama seminggu lagi best!! Bangun2, dah satart belajar mahupun kerja~ Tapi, jangan tak bangun, sudahlah~ Kih3!

tip kelima~
MySpace
Yang neyh, ntuk mereka2 yang ada keberanian~ Alaaaa~ Macam budak2 dulu, pegi ziarah rumah orang islam berdekatan walaupun anda tidak mengenali mereka~ Kan umat islam semua bersaudara~ So, automatik mereka jugak saudara kita~ Kih3! Betulkan??

tip keenam~
MySpace
Jom bermain muzik sampai bosan~ Nyanyi lah sambil main alat muzik kalo pandai~ Kalo tak pandai, sekadar mendengar muzik pun dah memadai~ Kih3! Semkin HARD muzik yang korang mainkan dann dengarkan, semakinlah menampakkan hasil~ Main atau mendengar lagu System Of A Down Lagi sedap! Kah3!

tip ketujuh~
MySpace
Elakkan dengar lagu raya~ Terutama lagu "Dendang Perantau"~ Konpem ada yang menangis dan meraung2 macam singa kelaparan nanti~ Kih3! Jangan bukak radio~ Kih3! Tapi, saya mesti bukak radio punya~ Kengkadang, feel raya pun boleh dapat kat situ dengan ucapan2 lucu yang mampu membuat kita tergelak~

tip kelapan~
MySpace
Ini bagi mereka yang memang dah tak tahan~ Apa boleh buat, menangis je la~ Kih3! Menangis sampai air mata tuh abis dan kering kontang~ Pastu, bila dah penat, tidur lah~ Esok bangun, ulang lagi dan untuk hari2 seterusnya sampai korang rasa raya dah abis~ Kih3!



MySpace Itu merupakan antara tips yang saya lakukan~ So, kepada perantau2 di luar sana~ Sila cuba~ Good luck all! Untuk pengetahuan anda, semakin jarang kita dapat balik kampung, semakin meneballah kasih sayang dan kerinduan keluarga kita di sana~ So, maksudnya, semakin disayang la kita kan~ Kih3! So, ini la masanya mintak benda2 yang mengarut~ "mak, nak laptop baru!", "ayah, nak duit raya rm500!", "nak itu!", "nak ini!", "nak semua"~~ jawapan~~~?? "iya nakkkkk.. sukak2mu la~~ nah, duit!" kih3! yahuu! MySpace


MySpace Hahahaha! kepada2 student2 yang merantau di luar sana!! Saya doakan korang semua berjaya! dan yang bekerja, saya doakan korang semua sukses selalu dan dapat kenaikan gaji serta pangkat! hahaha! MySpace yeaah!!!



MySpace
SAYA DENGAN HATI YANG SENANG, MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN BELUM! KIH3! SEMOGA ANDA SEMUA SENTIASA BERADA DALAM KEGEMBIRAAN DAN INGAT! MAKAN3 JANGAN LUPA PADA YANG FAKIR DAN MISKIN, KONGSI BERSAMA! BUAT RUMAH TERBUKA! JEMPUT SEMUA MANUSIA TAK KIRA BANGSA MAHUPUN AGAMA! HIDUP 1 MALAYSIA!!




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...