Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Kehebatan Kaabah!


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Kesan Onani Kepada Lelaki!

Kesan Onani Kepada Lelaki ini adalah artikel yang dipetik dari Utusan Malaysia.
Oleh DR. MOHD ISMAIL MOHD. TAMBI

SEJAK kebelakangan ini, Mazlan menyedari dia mula menggemari dengan ‘hobi’ barunya.
Apabila telah sebati dengan hobi barunya, pasti dia ‘sukar’ meninggalkannya.

Dalam tempoh sebulan sekurang-kurangnya dia akan mengulangi beronani antara tiga hingga empat kali.
Anak kelahiran Mentakab, Pahang ini yang suka membaca, rupa-rupanya menyedari bahawa ‘hobi’ tersebut mungkin boleh mengundang ‘musibah’ andai dia meneruskan tabiat tersebut.



Kesan Onani Kepada Lelaki!

Dia menyedari, lebih banyak keburukan dari kebaikan. Paling membimbangkannya, setelah beberapa lama leka dengan hobinya, Mazlan mendapati kerandut zakarnya tidak seimbang. Selain kerandut zakarnya yang berat sebelah, itu, banyak urat tersimpul di sebelah kiri zakarnya.

Semasa beronani, Mazlan menyedari bahawa dia tidak mencapai tahap klimaks yang diingininya dan cepat berasa letih.
Bimbang dengan kesan sampingan yang bakal ditanggung, Mazlan kini semakin tertekan, kalau-kalau apa yang ditakutinya menjadi kenyataan.
Perasaan malu yang menebal menyebabkan Mazlan enggan berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Bagaimanapun, Mazlan menyedari dia tidak boleh membiarkan dirinya terbelenggu dengan persoalan. Akhirnya Mazlan memutuskan mendapatkan bantuan doktor.

DR. ISMAIL: Amalan onani atau juga dikenali sebagai melancap merupakan amalan turun-temurun yang kekal sehingga kini.

Amalan ini boleh dikatakan sebagai amalan semula jadi kepada kita sebagai permulaan untuk mengenali tentang diri kita sendiri, naluri, rangsangan syahwat dan sebagainya.

Amalan onani terjadi kerana nafsu syahwat yang berlaku secara langsung dan tidak langsung memberi rangsangan kepada individu itu untuk melakukan sesuatu semata-mata ingin merasai nikmat keseronokan, kelegaan, ketenangan dan kepuasan syahwat.

Kebanyakan individu yang melakukan onani adalah mereka yang suka keseorangan dan suka berkhayal. Mereka akan memikirkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan rangsangan kepada nafsu syahwat.

Apabila senario ini berjaya merangsang nafsu, mereka akan mula menyentuh bahagian tubuh badan yang dapat merangsangkan syahwat, bagi menikmati kemuncak syahwat.

Mereka akan rasa puas dan mendapat kelegaan dan jika itu sudah mencukupi mereka akan tidur atau melakukan perkara biasa.
Jika nikmat kemuncak tersebut tidak mencukupi mereka akan melakukan sehingga mendapat kepuasan batinnya.

Mereka yang melakukan onani adalah untuk keseronokan kendiri sahaja. Malah, rata-rata tidak terfikir bahawa perbuatan mereka boleh menjejaskan kesihatan jika amalan tersebut di luar kawalan.

Mereka yang suka melakukan onani tidak semestinya mereka yang suka membaca atau menonton cerita-cerita yang boleh mengundang kepada rangsangan syahwat.

Khayalan adalah perangsang utama mencetuskan kehendak untuk beronani.

Satu kajian rambang yang dijalankan di kalangan remaja tentang amalan onani mendapati lelaki melebihi kaum perempuan di mana sebanyak 70 peratus lelaki berbanding 40 peratus perempuan.

Amalan ini biasanya ditinggalkan apabila mereka mempunyai aktiviti sosial yang stabil.

Didapati amalan melakukan onani tidak mengenal bangsa ataupun agama. Mereka yang melakukan onani adalah orang yang mempunyai fantasi seks yang keterlaluan sehingga mereka tidak dapat mengawal diri dan tewas dengan godaan fantasi tersebut.

Jika mereka dapat mengawal emosi dan perasaan, sudah pasti mereka tidak akan melakukan onani walaupun mereka terdedah dengan perkara yang merangsangkan syahwat.

Remaja prabaligh adalah golongan orang yang paling banyak melakukan onani jika dibandingkan dengan golongan dewasa.

Orang dewasa mempunyai fikiran yang matang dan dapat mengenal dirinya sendiri berbanding remaja yang masih dengan pemikiran yang kurang matang dan bertindak mengikut perasaan.

Kesan jangka masa panjang untuk seseorang yang melakukan onani akan menyebabkan mereka menjadikan onani sebagai satu tabiat yang biasa untuk dilakukan jika keinginan naluri mereka berada pada tahap yang tidak dapat dikawal lagi.

Mereka akan ketagih melakukan tabiat tersebut jika mereka inginkan keseronokan tetapi pada mereka yang merasakan onani satu tabiat yang buruk, mereka mestilah cepat bertindak supaya keseronokan kendiri dapat dikawal dengan baik.

Dari segi kesihatan pula, amalan onani boleh menekan kesihatan bagi mereka yang melakukannya.

Ini tertakluk kepada amalan dan cara gaya onani yang dilakukannya.

Ada sesetengah mereka mengalami kecederaan alat kelamin sehingga luka berdarah, dengan batang zakar terasa sakit yang berpanjangan dan boleh juga menyebabkan kerosakan pada urat saraf zakar.

Apa yang pasti kesan jangka masa panjang adalah menyebabkan seseorang itu mati pucuk jika mereka gemar beronani secara berterusan dengan cara yang ganas itu.

Melakukan onani berpanjangan akan menyebabkan seseorang itu tidak akan mencapai keseronokan dan kepuasan apabila melakukan hubungan seks dengan pasangan, setelah berkahwin.

Hakikatnya, banyak kesan sampingan yang dikaitkan dengan amalan onani seperti lemah tenaga batin dan kerosakan kemaluan seperti urat bersimpul, kemandulan dan masalah zuriat terencat.

Kesemua ini tidak ada kaitan dengan masalah yang biasa berlaku akibat amalan beronani selain daripada perkara yang telah dijelaskan awal tadi.

Bagaimanapun, ada waktunya onani boleh dilakukan, iaitu jika perbuatan itu boleh menghalang lelaki terbabit daripada berzina.

Mereka yang menghadapi masalah ini dinasihatkan supaya, meningkatkan daya kawalan diri atau jati diri.

Ini boleh dilakukan dengan mengelakkan diri daripada berseorangan atau membaca buku yang mengghairahkan, menonton gambar yang merangsangkan, melayari laman web lucah dan sebagainya.

Maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada :

Atau anda boleh mengambil pengajaran daripada :

Rumah Paling Jijik Di Dunia!


Rumah ataupun tempat tinggal adalah tempat untuk berteduh, berlindung dan merupakan tempat yang paling selesa bagi semua benda hidup di dunia ini..
Burung, arnab, harimau dan serangga pun mempunyai rumah..
Rumah bagi manusia umumnya menjadi tempat untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti beribadat, mengulang kaji pelajaran, bersantai bersama keluarga dan terlalu banyak lagi untuk saya muatkan..
Tidak hairanlah mengapa rumah harus sentiasa bersih dan teratur..
Mengikut kajian, haiwan juga lebih suka habitat/tempat tinggal yang bersih dan teratur..
Mungkin bagi kita habitat mereka kurang bersih..
Tapi, bagi mereka, rumah mereka dah tak tumpah macam mahligai istana yang sangat cantik..
Namun, ianya sesuai dengan keadaan mereka yang memiliki otak tanpa akal..
Tapi, gambar rumah manusia yang dikurniakan akal fikiran di bawah ini mengubah persepsi kita mengenai kewajipan untuk menjaga dan memelihara rumah..
Sumpah JIJIK!














Sayangilah rumah anda..
Kepada yang lembut hatinya..
Yang mempunyai sedikit kesedaran..
Kemaslah rumah anda yang porak peranda tu!
Ha! Ha! Ha! Ha!

Kenapa kucing Memakan Rumput?


Kenapa kucing Memakan Rumput? Kucing adalah haiwan yang pembersih, jadi mereka selalu berusaha membersihkan bulunya setiap waktu dengan menjilat bulunya. Disebabkan permukaan lidah kucing yang kasar, banyak bulu yang mati atau gugur tersangkut pada lidah.

Kucing yang bebas bermain diluar biasanya mengambil kesempatan ini untuk memakan rumput supaya dapat memuntahkan bulu tersebut yang dikenali “hairball”


Jika korang memelihara kucing di dalam rumah, sebaiknya korang menanam rumput didalam pasu supaya kucing korang boleh makan dan memuntahkan hairball tersebut. Jika tiada rumput, kucing ini akan memakan tanaman lain yang mungkin merbahaya kepada mereka kerana sesetengah tumbuhan beracun kepada kucing.



Jadi, untuk menghindari hairball sebaiknya sikat bulu kucing korang, (boleh beli di petshop)bagi mengurangkan kuantiti bulu gugur yang ditelan.




Sejarah Pembinaan Kaabah!


Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat.

Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.
Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.

Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”

Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.
Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:

- Tingginya 9 hasta.
- Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
- Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
- Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
- Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarul Aswad 20 hasta.
Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan Kaabah.

- Binaan pertama: Malaikat
- Binaan kedua: Nabi Adam
- Binaan ketiga: Nabi Syith
- Binaan keempat: Nabi Ibrahim
- Binaan kelima: Kaum Amaliqah
- Binaan keenam: Kaum Jurhum
- Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)
- Binaan kelapan: Abdul Mutalib
- Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun)
- Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)
- Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi)
- Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi)


Gambar lama Kaabah pada 1880..

Gambar lama Kaabah secara dekat..

Kaabah dilanda banjir..



Kabah sebelah malam..

Kaabah di musim Haji..

Menukar kelambu Kaabah..

Struktur dalaman Kaabah..



Fakta Tentang Mimpi !




Anda akan lupa 90% dari apa yang korang mimpi
dalam masa 5 minit selepas bangun dari tidur anda akan terlupa 50% dari mimpi yang anda alami . dan selepas 10 minit berlalu anda akan terus terlupa 90% dari jalan cerita mimpi anda . kan ?


Mimpi orang buta
 orang yang dilahirkan buta tidak melihat apa yang ada disekelilingnya , tetapi mereka bermimpi tentang bau , bunyi , sentuhan dan emosi yang mereka rasakan . adalah sukar bagi orang yang mampu melihat untuk membayangkan , tetapi keperluan badan untuk tidur begitu kuat bahawa ia mampu untuk mengendalikan hampir semua keadaan fizikal untuk menjadikannya satu kenyataan .

Setiap orang bermimpi
setiap manusia akan bermimpi . tetapi anatara lelaki dan perempuan mereka akan mendapat mimpi yang berbeza dan berbeza juga reaksi fizikalnya . lelaki lebih cenderung untuk mimpi antara lelaki yang lain manakala perempuan lebih cenderung mimpi sama ada lelaki dan perempuan . 

Mimpi dapat mengelakkan anda dari gangguan emosi
dalam kajian untuk tidur , pelajar akan dikejutkan pada awal mimpi masing masing . namun mereka masih dibenarkan tidur selama 8 jam semula . maknanya bila setiap kali mereka bermimpi mereka akan dikejutkan . tetapi mereka semua tetap akan dibenarkan tidur selama 8 jam . kesemua pelajar mengalami kesulitan , kepenatan , mudah marah dan tanda tanda psikosis selepas hanya 3 hari selepas kajian .

Kita hanya akan bermimpi setiap apa yang hanya kita tahu
kebiasaannya kita akan bermimpi seseorang yang kita tak pernah kenal wajahnya . tapi adakah anda tahu fikiran anda tidak mencipta wajah wajah tersebut . mereka sebenarnyawajah nyata dari orang yang memang wujud di muka bumi ini . mereka adalah seseorang yang anda terlihat atau terjumpa dimana mana walau untuk sesaat dalam hidup anda .

Tidak semua orang mimpinya berwarna
menurut penelitian 12% orang normal bermimpi hitam putih . ada yang menyatakan bahawa warna mimpi ini berperanan dalam situasi mimpi seseorang . sebagai contoh pelbagai warna bunga bunga yang cantik di dalam taman yang dapat menenangkan seseorang didalam mimpi . mimpi dikejar anjing , orang jahat , hantu kebanyakkannya berwarna hitam putih .

Berhenti merokok akan mendapat mimpi yang jelas
perokok tegar yang sudah berhenti merokok dilaporkan mengalami banyak mimpi yang lebih jelas daripada biasa . menurut Journal of Abnormal Psychology diantara 293 perokok dipaksa berhenti merokok selama 1 hingga ke 4 minggu . 33% daripadanya dilaporkan mempunyai sekurang kurangnya 1 mimpi tentang merokok . didalam mimpi tersebut , kebanyakkan mereka sendiri merokok dan merasa emosi negatif seperti panik dan berasa bersalah . mimpi tentang merokok adalah hasil rikan daripada keperluan badan tentang nikotin .




Ransangan dari luar mempengaruhi mimpi kita
perkara ini disebut sebagai "Dream Incorporation" dan yang sering terjadi kepada kita . kita akan terdengar beberapa suara didalam mimpi kita yang dimana suara tersebut kita kenali . sebagai contoh , didalam mimpi anda kehausan dan anda meneguk sebotol air dan kemudian anda masih berasa haus dan anda meneguk air dan masih berasa haus dan terus berulang dan bila anda tersedar dari mimpi anda akan terasa sangat haus sekali . ataupun anda bermimpi membuang air kecil sedangkan sedang tidur . bangun dari tidur terasa tilam anda seperti sungai hehe
Ketika bermimpi tubuh kita akan lumpuh
hal ini terjadi untuk mencegah supaya tubuh kita tak bergerak gerak mengikut gerakan dalam mimpi anda . cuba anda bayangkan kalau anda mimpi kena kejar anjing , kalau kaki anda tak lumpuh time tu mesti korang dah lari sampai telanggar semua benda kan . kelenjar mengeluarkan hormon yang membantu menggalakkan tidur dan neuron menghantar isyarat ke sumsum tulang belakang yang menyebabkan tubuh untuk berehat dan kemudian menjadi lumpuh . 

7 Keajaiban yang lebih ajaib dari 7 keajaiban Dunia!



Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramid di Mesir, inilah semua keajaiban dunia yang kita tahu.


Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, kerana di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi.

Mungkin para pembaca bertanya-tanya, keajaiban apakah itu? Memang tujuh keajaiban lain yang kami akan sajikan di hadapan pembaca sekalian belum pernah ditayangkan di TV, tidak pernah disiarkan di radio-radio dan belum pernah dimuat di media cetak.

Tujuh keajaiban dunia itu adalah:


Haiwan Berbicara di Akhir Zaman

Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara
sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya
adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan
berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercatat dalam Al-Qur’an,
surah An-Naml ayat 82,

“Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami keluarkan
sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka,
bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami”.

Mufassir Negeri Syam, Abul Fida’ Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy memberi ulasan tentang ayat di atas,

“Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi.
Konon kabarnya, dari Mekah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang
perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu”.[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)]

Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai
tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi -Shallallahu
‘alaihi wa sallam- bersabda,

“Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat,sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di Barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya’juj & Ma’juj, terbitnya matahari dari arah Barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia”. [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Dawud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]

Pohon Kurma yang Menangis

Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- , mengapa sampai pohon ini menangis?

Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu ‘anhu- bertutur,“Jabir bin Abdillah -radhiyallahu ‘anhu-berkata:

“Adalah dahulu Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurmatersebut” .[HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]

Ibnu Umar-radhiyallahu ‘anhu- berkata,

“Dulu Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam-berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar,maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih.Maka Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya)”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]

Untaian Salam Batu Aneh

Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah
perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang
mengucapkan salam.

Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahawa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya, Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

“Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang”.[HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)].

Pengaduan Seekor Unta

Manusia adalah makhluk yang memiliki perasaan. Dari perasaan itu
timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka.

Akan tetapiketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya.

Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada hewan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- mengungkapkan perasaannya. Abdullah bin Ja’far-radhiyallahu ‘anhu- berkata,

“Pada suatu hari Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam- pernah memboncengku dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu
yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia.

Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang
hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau
masuk ke dalam kebun laki-laki Anshar. Tiba tiba ada seekor unta.

Tatkala Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- melihatnya, maka unta itu
merintih dan bercucuran air matanya.

Lalu Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke punuknya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda,

“Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?”

Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, “unta itu milikku,
wahai Rasulullah”.

Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

“Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar”. [HR. Abu Dawud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya’la dalam Al-Musnad (3/8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala’il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]

Kesaksian Kambing Panggang

Kalau binatang yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang
ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang
yang berbicara.

Ini memang aneh, akan tetapi benar. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadits berikut: Abu Hurairah-radhiyallahu ‘anhu- berkata,

“Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam-menerima hadiah, dan tak mau makan shodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan.

Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,

“Angkatlahtangan kalian, karena kambing panggang ini mengabarkan kepadaku bahawa dia beracun”. Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro’ bin MA’rur
Al-Anshoriy. Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- mengirim (utusan
membawa surat),

“Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?” Wanita itu menjawab,

“Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu”. Kemudian Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh.

Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau,

”Senantiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus”. [HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]

Batu yang Berbicara

Setelah kita mengetahu adanya batu yang mengucapkan salam, maka
keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman.

Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim
harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak.

Kerana Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- tidaklah pernah berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib. Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,

“Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang diantara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, “Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]

Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah- berkata, “Dalam hadits ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadits ini (menunjukkan) bahwa benda-benda itu berbicara secara hakikat”.[Lihat Fathul Bari (6/610)]

Semut Memberi Arahan

Mungkin kita pernah mendengar cerita fiksen tentang haiwan-haiwan
yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita fiksen
belaka dan tentunya omong kosong.

Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, layaknya seorang komandan pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi komando tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an,

“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: “Hai
manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami
diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu
kurnia yang nyata”.

Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut:

Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak
diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyedari.

Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa Kerana (mendengar) perkataan semut itu. dan dia berdoa:

“Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk
mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku dengan
rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. (QS.An-Naml: 16-19).

Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan “Tujuh Keajaiban Dunia”
yang menghebohkan, dan menghairankan seluruh manusia.

Orang-orang beriman telah lama menyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- sampai sekarang.

Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerana itu, kami mengangkat perkara itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kukuh di hati umat Islam.

Pohon Gharqad.. Pohon Yahudi

Salam Alaik..
Post kali ne nak share ttg perkara yang berkaitan menjelangnya hari Kiamat..^^
Hari Kiamat adalah hari pengakhiran bgi segala ciptaan Allah yg berada dalam alam semesta ini..
Bukan hanya penduduk bumi sahaja yg terlibat...
Malah bintang2, galaksi2 serta apa yg berada di alam cakerawala ini akan trut musnah ketika Kiamat mnjelang..

Sebelum tu..
Pasti kalian tahu ttg satu bangsa yg sentiasa tak puas hati ngan agama Islam..
Iaitu Bangsa Yahudi..
Bangsa Yahudi telah diberikan pelbagai keistimewaan yg tidak pernah diperoleh pada mana2 kaum di bumi ini..
Seperti memperoleh makanan secara trus dri syurga iaitu Mann dan Salwa..
Diciptakan bangsanya adalah bijak2 serta memiliki rupa paras yang luar biasa..
Dan memiliki beberapa nabi untuk kaum ini seperti Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Daud, Nabi Yahya dan Nabi Harun..

Namun..
Bangsa ini agak 'mengencang' sket..
Biasalah.. Apa yg diberi pasti tak puas di hati masing2..
Oleh itu, bangsa ini telah melanggar beberapa perintah Allah seperti membunuh para Nabi.. menyembah berhala dan mengubah isi-isi kitab yg telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi2 mereka..

Tetapi.. Menjelangnya hari Kiamat..
Umat Islam dengan pimpinan Imam Mahdi akan menghapuskan bangsa Yahudi yang berada di bawah pimpinan Dajjal walaupun mereka bersembunyi di dalam lubang cacing sekalipun..

Allah Maha Yang Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak..
Menjelangnya hari kiamat...
Segala batu dan tumbuhan boleh berkata2 dgn izin Allah.. (Subhanallah..)
Ketika bangsa Yahudi sedang sibuk mencari tempat persembunyian untuk menyelamatkan diri dari dibunuh oleh para mujahid Islam..
Ada satu pohon yang akan menyelamatkan mereka dengan menyembunyikan mereka disebalik pohon tersebut..

Pohon itu dinamakan Pohon Gharqad atau nama lainnya adalah Pohon Yahudi..
Mari kita kenali ciri2 pohon ini..^^



Dalil berkaitan dengan Pohon Gharqad.

Nabi Muhammad bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi bermaksud:

"Tidaklah akan berlakunya qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!” kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya)".

Penerangan Hadis.

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu ketika hampir kiamat.
Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam.
Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya.
Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.
Pokok ini banyak di tanam di Israel kerana orang-orang Yahudi Israel lebih senang mencari perlindungan dari ditangkap dan dibunuh oleh Tentera Muslim.


Rupa bentuk Pohon Gharqad.


Gharqad (Lycium) merupakan satu genus pokok yang mengandungi kira-kira 90 spesies yang tumbuh di zon beriklim sederhana dan subtropika.
Selain itu pokok ini juga banyak ditanam di Israel.

Kegunaan utamanya ialah sebagai tumbuhan perubatan.

Ciri-Ciri Pohon Gharqad.



Pohon yang berduri keras dan durinya beracun, tingginya biasanya mencapai 1-2 meter,. Akarnya mengeluarkan duri dan zaghab (bulu), khususnya pada bahagian hujung. Daunnya berbentuk seperti senduk kecil, berwarna hijau segar, biasanya sekumpulan 3 daun dilengkapi dengan duri-duri di sampingnya. Sedangkan bunganya berwarna putih kebiru-biruan, dan buahnya berwarna merah seukuran dengan biji buah himsh, kurang lebih seperti itu.Manfaat perubatan : untuk mengubati penyakit tidak lawas kencing, dan buahnya bermanfaat untuk mengubati penyakit usus besar (anat), dan untuk mengubati penyakit kuning.


Pohon ini selalu berdaun di sepanjang musim, bunganya berbentuk buqiyyah (seperti terompet), dengan warna merah lembayung (violet) cerah, atau putih dengan lima daun, buahnya bulat dengan warna oren atau merah, lebih kecil daripada biji himsh (dalam bhs Inggris: chick-pea), buahnya boleh dimakan, tetapi rasanya masam seperti tomato. Biasanya haiwan seperti unta jika sakit akan mencari dan mendatangi pohon ini untuk dimakan.


Pada musim tertentu, pohon ini dipenuhi oleh burung, dan burung pemangsa kecil seperti shurad menggunakannya untuk menyimpan mangsa di duri-durinya. Pohon ini hidup untuk waktu yang lama, tingginya kira-kira 2 meter, daun-daunnya seperti lingkaran, diselingi oleh duri-duri tajam, bunganya putih pucat dengan ukuran kecil, buahnya merah dan kecil seperti tomato. Disebut dengan al-Misha', ia adalah makanan kesukaan burung hubara (jenis burung berbadan besar dan berkaki panjang). Dialah pohon Yahudi yang sekarang ini Bangsa Yahudi beramai-ramai menanamnya, kerana orang yahudi telah maklum dengan lebih awal tentang peperangan akhir zaman yang bakal berlaku seperti yang telah disebutkan didalam hadis.




Tempat-tempat Penanaman Pohon Gharqad di Wilayah Palestin.


1910 - Pekerja Yahudi mengangkut tanah ke Tel Aviv

1. Hutan laut tengah dan hutan semak belukar (2209 spesies).
2. Semi padang rumput dan hutan semak belukar (1434 spesies).
3. Semak belukar yang berumput (1062 spesies).
4. Padang pasir dan padang pasir yang ganas (1058 spesies).
5. Tumbuh-tumbuhan hijau di Gunung Hermon (991 spesies). 



Projek Penanaman Besar-Besaran Pohon Gharqad

Yahudi telah menjalankan pelbagai kempen untuk menanam pohon ini..
(Pohon ne kan amat berguna tym kiamat kelak.. Itulah durang dah ready siap2 untuk menanti tibanya "The End Of The Day..")


1936 - Kanak-kanak pun terlibat dalam aktiviti tanam - menanam ne.. ^^
1947 - Sistem pengairan yang menggunakan kuda untuk membina tapak semaian baru

1944 - Saluran laluan air untuk tujuan pengairan bg projek ini.

Sistem pengairan secara tradisional pada era 1940-an.

1947 - Menanam Pohon Gharqad di sekitar Kfar Monash

1999 - Ketua Rabbi Israel sedang menanam pohon tersebut di Knesste Garden.

Kenapa Pohon Ini Melindungi Orang Yahudi Ini?

Sya tertarik dgn satu soalan yang berkaitan dgn pohon ini. Mari kita bc soalan dia berkaitan pohon ini.
Dan ada seorang ustaz yang mampu jawab soalan ini..

Soalan:

Ustaz saya maw tanya..
Kenapa pohon Gharqad melindungi Yahudi?
Padahal pohon itu kan ciptaan Allah..
Yang katanya semua makhluk ciptaan Allah itu tunduk kepada perintah Allah. 
Kenapa pohon Gharqad itu membangkang dan malah melindungi Yahudi?
Apakah pohon Gharqad itu kafir, ustaz?

Jawapan:

Jawaban pertanyaan anda sudah langsung dijawab dalam hadits tentang pohon itu, yaitu pohon Gharqad itu pohonnya orang Yahudi. Sehingga pohon itu akan melindungi mereka dari kejaran umat Islam.
Tentu saja ini sebagai sebuah pengecualian, hal seperti ini wajar. Dan hal ini bukan hanya sekali, bahkan seringkali kita dapati pengecualian-pengecualian seperti ini.


Benar bahwa semua benda itu ciptaan Allah. Dan seharusnya semuanya tunduk dan patuh kepada kehendak-Nya. Bukan hanya pohon, bahkan tanah, langit, bumi, serta semua isinya, tunduk kepada Allah, baik secara terpaksa maupun secara sukarela.
Sebenarnya jin kafir atau Iblis sekalipun, juga makhluk ciptaan Allah. Kalau Allah kehendaki, bisa saja Iblis tidak kafir. Kalau Allah kehendaki, bisa saja tidak ada skenario Iblis ingkar atas perintah Allah SWT untuk sujud kepada Adam alaihissalam.


Tapi yang kita tahu, semua itu adalah kehendak Allah SWT. Sehingga kita dapati Iblis melakukan tindakan kemungkaran yang dilarang, bahkan membangkang terhadap perintah Allah SWT. Kalau pakai logika anda, seharusnya Iblis tidak boleh membangkang, bukankah dia itu makhluk Allah?
Tetapi sekali lagi, kita beriman kepada Allah SWT dan juga kepada sifat-sifat-Nya. Dan salah satu sifat Allah SWT adalah berkehendak. Di antara kehendak-kehendak Allah itu, Allah SWT ternyata menghendaki Iblis membangkang. Akan tetapi bukan pada tempatnya untuk mempertanyakan Allah SWT atas setiap kehendaknya.


Dan itulah bedanya tuhan dan bukan tuhan. Tuhan itu berkehendak dan tidak perlu ditanya-tanyai latar belakang semua yang dikehendaki-Nya. Sebaliknya, hanya yang bukan tuhan saja yang bisa ditanya-tanyai kalau bertindak. Kalau kita melakukan dosa dan maksiat atau hal-hal lain yang tidak senonoh, maka kita akan ditanyai dan harus bertanggung-jawab, paling tidak nanti di akhirat.
Sedangkan tuhan, tidak perlu dan bukan dalam posisi untuk diintegrasi, mengapa melakukan ini dan mengapa melakukan itu. Sebab hakikat tuhan adalah mutlak, tidak perlu menjelaskan apa yang dikehendaki-Nya.


Kembali ke pohon Gharqad, tentu saja bukan kafir. Sebab istilah kafir itu hanya berlaku buat dua jenis makhluk saja, yaitu jin dan manusia. Selebihnya semua tunduk kepada apa yang Allah kehendaki.
Maka pohon Gharqad itu kalau kita lihat dari kacamata hakikat, justru sangat tunduk kepada Allah. Dalam arti dia tunduk kepada skenario dari Allah untuk menjadi pohon yang melindungi Yahudi di akhir zaman. Tetapi tidak perlu kita vonis sebagai pohon kafir.


Yang kafir itu hanyalah Yahudi, yaitu mereka ingkar dan membangkang dari ketentuan Allah SWT yang bersifat formal. Walhasil, Yahudi nanti akan masuk neraka, semuanya dan tidak keluar-keluar lagi dari sana selamanya. Kecuali Yahudi yang taubat dan sempat masuk Islam, maka mereka adalah saudara kita.

Wasalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...