Showing posts with label Media. Show all posts
Showing posts with label Media. Show all posts

Lelaki Kejam Cuba Tanam Tunang Hidup-hidup!


Leeds – Seorang lelaki yang melakukan perbuatan kejam dengan menanam hidup-hidup tunangnya kerana bosan dengan wanita tersebut, telah menerima balasannya apabila dia dihukum penjara selama 20 tahun.

Wanita berkenaan, Michelina Lewandowska telah dimasukkan ke dalam kotak sebelum ditanam di bawah semak samun sedalam enam incin, namun dia berjaya melepaskan diri dengan memotong kotak berkenaan menggunakan cincin berlian sempena pertunangan mereka.

Hakim Peter Collier ketika menjatuhkan hukuman ke atas Marcin Kasprzak berkata, tertuduh berniat untuk membunuh mangsa dengan kematian yang dipilihnya adalah melalui penyiksaan agar mangsa akan menderita sebelum meninggal dunia.

“Awak membayangkan dia mati dalam keadaan yang menyakitkan,” katanya.

Menurut kertas pertuduhan di mahkamah, Kasprzak dan rakannya, Patryk Borys telah menyerang Lewandowska menggunakan SENJATA taser di kediaman mereka, Mei tahun lalu.

Mereka kemudiannya memasukkan wanita itu ke dalam kotak dan menanam kotak itu di dalam semak samun sedalam enam inci.

Borys, 18, kini menjalani hukuman penjara selama 4 tahun selepas mengaku salah menculik Lewandowska.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak berusia tiga tahun.

Sepanjang perbicaraan itu, Lewandowska memaklumkan kepada mahkamah, dia berjaya mendapatkan kekuatan untuk keluar dari kotak tersebut selepas membayangkan anaknya yang masih kecil itu.

Video Pelajar Perempuan Dirogol Beramai-ramai Oleh Rakan Sekolah!

Seorang pelajar perempuan yang masih beruniform sekolah menengah iaitu berkain biru muda dan berbaju kurung putih dirogol beramai-ramai di dalam kawasan sunyi kelihatan seperti di dalam kebun atau hutan. Pelaku yang merogol kira-kira tiga hingga lima orang dilihat turut memakai pakaian sekolah menengah iaitu berseluar hijau dan berbaju putih. 


Perogol merogol pelajar tersebut dengan cara paksa, iaitu dengan memegang pelajar tersebut beramai-ramai sambil menekup mulutnya supaya tidak dapat menjerit. Sambil salah seorang dari rakan perogol merakam perbuatan mereka, namun hanya wajah perempuan yang dapat dilihat. Perbuatan mereka mengalahkan binatang!


Apalah nak jadi budak-budak sekolah sekarang ni? Sampai ada yang berani merogol rakan satu sekolah beramai-ramai pulak tu. Mak bapak diorang ni tak ajar atau diorang ni memang bangsa kurang hajar? Budak-budak sekolah sekarang makin melampau, inilah akibat pengaruh yang bukan-bukan perangai macam celaka, macam setan!


Binatang-binatang yang melakukan perbuatan terkutuk ini langsung tidak mahu melepaskan pelajar tersebut. Mereka juga tiada perasaan belas walaupun pelajar itu meronta-ronta dan menjerit. Akhirnya pelajar tersebut hanya mampu menyerah diri dengan membiarkan binatang-binatang itu merogol, meraba dada dan kemaluannya. Pelajar tersebut hanya mampu pasrah.



P/s : Jangan mudah sangat percaya pada kawan lelaki.. Silap hari bulan, korang pula kena aniaya..

KEPUTUSAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM 9 JANUARI 2012!

Siaran Langsung keputusan kes liwat Anwar Ibrahim 2012.Sebelum ini Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan menangguh berhubung kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tahun lalu.Dan hari ini keputusan perbicaraan akan diketahui.

Dalam pada itu,Anwar mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan(sebatan dikecualikan atas faktor usia), jika sabit kesalahan.



Ini merupakan pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar.Di mana pada tahun 2000, beliau telah didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.

Sehubungan itu,satu perhimpunan “Bebaskan Anwar 901” juga diadakan oleh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini.
Ikuti keputusan “Kes Liwat Anwar Ibrahim” yang akan dikemaskini dari masa ke semasa dalam ruangan ini.”Bersalah atau tidak ?”.
Gambar diatas menunjukkan Dato Seri Anwar Ibrahim mula tiba di Mahkamah dan dikerumuni penyokong dan wartawan.Perbicaraan dijangka akan berlangsung,Anwar dan keluarganya tiba sambil diberi sambutan gemuruh dengan laungan “reformasi’ bergema sekitar kawasan ini.
Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.
Para penyokong Anwar Ibrahim bersorak gembira mendengar keputusan Anwar bebas

Anwar Bebas
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa. – UTUSAN

Perbezaan Dan Persamaan Halal Islam Dan Kosher Yahudi!

Assalamualaikum W.B.T!
Ada apa dengan Kosher yahudi?
Anda pernah dengar mengenai Kosher yahudi?

Semasa di bangku sekolah, ustaz saya berkata..
"Kalau kamu merantau ke luar negara nanti, jangan lupa, kena cari restoran atau tempat makan yang halal.. Wajib! Kalau tidak melihat logo halal di mana-mana, memadai kalau kamu mencari restoran yang diusahakan oleh orang melayu.. Tapi, memang susah nak cari.. Itu pun kalau ada.. Kalau tiada, carilah makanan yang ada logo atau perkataan Kosher .. Insyaallah, bersih.. Darurat la katakan.."


Kita semua sering mendengar perkataan Halal (حلال) atau pernah melihat logo-logo halal yang terdapat pada produk-produk makanan dan minuman yang kita beli sehari-hari. Dalam bahasa Inggeris dan Perancis, (Istilah Halal sudah rasmi diakui menjadi kata bahasa Inggeris dan Perancis) Halal diertikan terbatas dalam hal makanan sahaja. Namun dalam bahasa Arab dan dalam pengertian Islam, Halal bererti segala hal yang diperbolehkan menurut hukum Islam. Jadi Halal dalam pengertian Islam mencakupi dalam masalah perbuatan, perkataan, cara berpakaian, dan sebagainya.

Namun tahukah anda, dalam agama Judaisme terdapat juga aturan-aturan diet atau makanan yang tidak kurang dititik beratkan seperti mana Halal dalam Islam, yang disebut Kosher (dalam bahasa Inggeris dan Perancis) atau Kashrut (כַּשְרוּת) dalam bahasa Ibrani (Hebrew). Walaupun terdapat kesamaan-kesamaan antara Halal dan Kosher, namun terdapat juga perbezaan-perbezaan yang signifikan antara Halal dan Kosher. Untuk mengetahui persamaan dan perbezaan antara Halal dan Kosher ini, mari kita mulai dengan membahas mengenai kedua dietary laws tersebut.


HALAL حلال

Dalam hukum Islam, Halal dalam makanan bukan saja menyangkut apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan, tetapi juga menyangkut prasyarat binatang yang akan disembelih, cara menyembelih, ritual penyembelihan, persiapan makanan sebelum dihidangkan, dan lain-lain. Dalam mempersiapkan makanan yang halal, hal-hal yang harus diperhatikan adalah :

  • Binatang harus hidup dan sihat pada waktu penyembelihan.
  • Binatang yang disembelih harus binatang yang Halal untuk dimakan.
  • Semua darah harus dikeluarkan daripada badan binatang setelah disembelih.
  • Yang harus menyembelih adalah seorang Muslim.
  • Penyembelihan harus dengan pisau yang sangat tajam dan harus sekali sembelih.
  • Menyebutkan ‘Bismillah’ atau nama Allah setiap kali akan menyembelih.
  • Dalam menyimpan makanan halal, tidak boleh bercampur dengan makanan yang haram kerana akan menjadi haram.


 KOSHER כַּשְרוּת

Dalam Kosher Yahudi, peraturan-peraturan umumnya adalah sebagai berikut:


  • Binatang yang disembelih harus binatang yang Kosher (yang diperbolehkan dalam hukum makanan Yahudi).
  • Seperti halnya dalam Halal, dalam Kosher binatang yang disembelih harus dalam keadaan hidup dan sihat pada waktu ianya disembelih.
  • Darah daripada binatang yang disembelih harus dikeluarkan juga.
  • Namun demikian, dalam Kosher ada beberapa bahagian daripada binatang yang tidak boleh dimakan.
  • Pengucapan nama Tuhan (seperti ‘Bismillah’ dalam agama Islam) cukup sehari sekali untuk seluruh binatang yang akan disembelih pada hari tersebut.
  • Dalam Kosher, daging dan susu (juga produk-produk yang dibuat daripada susu seperti keju, mentega, dan lain-lain) tidak boleh dicampur, baik dalam penyimpanannya mahupun pada waktu memakannya. Jadi makanan seperti cheeseburger adalah tidak Kosher (tidak boleh) menurut agama Yahudi. (Beberapa fahaman Yahudi yang lain ada yang tidak membolehkan ikan dicampur dengan daging).
  • Produk-produk anggur yang tidak dibuat oleh orang Yahudi tidak boleh dimakan.


PERBANDINGAN HALAL ISLAM DAN KOSHER YAHUDI


•Dalam Islam larangan menggunakan binatang non-Halal (haram) seperti babi, bukan hanya berlaku pada makanan saja, tapi juga produk-produk lain hasil daripada binatang tersebut misalnya insulin daripada babi juga adalah haram. Sedangkan dalam agama Yahudi, larangan penggunaan binatang non-Kosher hanya terbatas pada makanan sahaja, sedangkan untuk yang tidak dimakan seperti insulin hasil daripada babi, adalah dibolehkan.

•Merokok dalam Islam masih terjadi dualisme. Sebahagian ulama mengklasifikasikan sebagai makruh, namun semakin banyak ulama yang mempercayai bahawa merokok itu haram kerana ia mendatangkan kemudaratan kepada diri! Dalam Islam, sesuatu yang memudaratkan tubuh itu tidak boleh (haram), ini didasarkan pada ayat al-Quran :
وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ 
QS (2:195) Ertinya : “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”
Sedangkan menurut agama Yahudi, pada dasarnya tidak ada masalah dengan merokok, hanya beberapa fahaman Yahudi yang Orthodoks yang tidak membolehkan merokok.



•Dalam agama Islam, binatang-binatang haram seperti babi menjadi Halal jika kita tidak mempunyai pilihan lain atau tidak ada makanan lain dalam keadaan darurat. Hal ini untuk menjaga kelangsungan hidup atau jiwa manusia pemberian Allah yang sangat berharga tersebut. Hal ini disebutkan dalam ayat al-Quran berikut ini :
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

QS (2:173) Ertinya : “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang (yang ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Sedangkan dalam agama Yahudi tidak ada pengecualian, mereka tetap dilarang daripada memakan babi walau macam mana keadaan mereka sekalipun.





Orang Melayu Yang Menghina Agama Islam!


As-Salam!
Anda di luar sana jangan terkejut..
Penghinaan agama islam bukan sahaja dilakukan oleh mereka yang beragama lain dan dengki kepada islam..
Penghinaan juga turut dilakukan oleh orang melayu sendiri..
Mungkin ini bukan kes pertama yang sepertinya..
Namun, mamat poyo ni yang terlebih berani untuk mengemukakan hujah yang kurang sopan menghina islam.


Al-quran menjadi mangsa "keberanian" dia.. 

Anda baca komen-komen di bawah ini pula..
Terpulang kepada anda untuk menilai..



Hebat! Tahniah mamat poyo!

Al-quran jadi mangsa. Mungkin dia marah orang tarbiah dia. Al-maklumlah dia dipercayai murtad [masih belum sahih]. Memanglah kena tarbiah balik. Bukan paksa-paksa suruh percaya islam. Tapi kalau umat islam dah murtad memang wajib melalui sesi tarbiah. Dah bengang, maka Al-quran dia koyak-rabakkan dan sebar di twitter. Misi melepaskan kemarahan lah tu. Entah apa yang dia bengangkan sangat. Takpe, sampai masanya, ko tahu la pembalasannya..


Apa masalah mamat ni?

Ko nak murtad [andaian sahaja] ke apa ke, tak boleh ke jangan menghina agama islam? Itu pasal umat islam marahkan ko ni.


Mengaku bangsa melayu pula tu. Dia yang rosak, dia kata kita pula rosak. Ada ramai orang murtad di Malaysia. Tapi tak semua mereka menghina islam. Mereka murtad tapi mereka diam-diam. Yang budak ni, dah lah dipercayai murtad, bising-bising pula segala bagai..

Ejek-ejek orang dengan aksi ****h dan upload kat internet. Konon nya nak perli orang yang beragama lah tu. Maybe gak dia nak menghina orang yang bertudung, etc. Dan makian terhadap Allah swt dah jadi macam kewajipan dia pula. Tak habis-habis.

Tapi dia ni orang singapore. Bukan orang Malaysia. Hobi dia memang maki Allah swt dan dengar citer Persatuan Orang Islam Singapore sedang memerhatikan dia.

Apa-apa pun, kita doakan je la dia agar kembali ke jalan yang benar..
Amin.

P/s : Gambar-gambar yang disiarkan adalah gambar sebenar dan datang dari sumber yang dipercayai.. Semua status Facebook dan Twitter itu datang dari akaun dia sendiri.

Gadis Dibogel, Diarah Minta Sedekah!

Mungkin salah satu sindiket jenayah paling jahat di dunia ini pastinya yang berkaitan dengan aktiviti meminta sedekah.

Kita sudah pasti pernah terbaca dan melihat kisah-kisah (berdasarkan kisah benar) di televisyen bagaimana sindiket mengemis bertindak zalim ke atas wanita dan kanak-kanak.

Ada laporan di mana kanak-kanak dibutakan, dipotong tangan atau kaki, diseksa dan sebagainya semata-mata untuk menimbulkan rasa simpati orang ramai apabila memandang mereka.

Haiwan tidak berbuat demikian, itu manusia yang bertaraf syaitan.

 

Gambar tidak bertarikh di atas dan bawah memperlihatkan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun di China dibogelkan dipercayai oleh sindiket mengemis di negara itu.

Betul-betul mereka melayan manusia umpama batu yang tidak berperasaan.

Tidak diketahui apa tindakan pihak berkuasa negara itu, namun apa pun yang dibuat, pastinya tidak cukup.

Dan bagaimana rakyatnya hanya boleh berlalu memandang sepi begitu sahaja apa yang berlaku di hadapan mata mereka.

Gambar Dan Video Balas Dari Nur Amalina Che Bakri!

Nur Amalina Che Bakri merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan. 

Dulu..





Sekarang..






Biodata Penuh Nur Amalina Che Bakri!


Nur Amalina Che Bakri merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan. 

Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bharu (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6). Beliau pernah menyertai 50 pertandingan seperti sayembara puisi dan lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah, bersajak dan pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 serta Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad. Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.

Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya. Beliau akan melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 dalam bidang perubatan yang amat beliau minati. Pengajian beliau akan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Beliau pernah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempelajari bahasa Itali serta menjadi duta kecil Malaysia di sana. Beliau juga terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Duta Akademik Berita Harian.




Lagi post mengenai Nur Amalina Che Bakri!

Pengakuan Ibu Amalina Yang Belikan Pakaian Peribadi(Seksi)!


Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.

Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan. 

“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam. 

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap. 

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir. 

Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina. 


“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009. 

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya. 

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog. 

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.
Aku pun nak jugak dress macam artis!
Lagi post mengenai Nur Amalina Che Bakri!

Amalina Dakwa Gambar Dipotong Dan Tidak Berpeluk!


Nur Amalina Che Bakri menegaskan beliau berada dalam keadaan baik dan sentiasa memberi tumpuan kepada pengajian perubatan yang sedang diikutinya di Universiti Edinburgh, Scotland.

Melalui sidang video Internet menerusi perisian Skype dengan pemberita di kediaman keluarganya di Kota Tinggi, dekat sini, mahasiswa berusia 23 tahun itu sekali lagi menafikan dakwaan yang dia sudah hanyut dengan kehidupan sosial.

Beliau turut memberi penjelasan terperinci berhubung beberapa keping gambar yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Menurutnya, beliau memang meminati fesyen dan berpakaian cantik sejak kecil lagi, justeru tidak timbul isu telah membuka tudung kerana ia hanya dipakai ketika ke sekolah dan majlis-majlis yang memerlukan ia dipakai.

"Mengenai gambar dengan seluar yang dikatakan seksi, seluar itu ibu yang belikan dan dia sendiri yang mengambil gambar itu. Takkan ibu nak belikan pakaian yang melampaui batas? Seluar itu tidak menampakkan kulit kerana ia terdiri dari dua lapisan dengan lapisan berwarna coklat.

"Gambar dengan Sam pula adalah salah seorang kenalan Ina yang ibu juga kenal. Ia dirakam dalam keadaan rapat tetapi kami tidak bersentuhan, berpelukan atau melakukan apa-apa, malah ia juga telah dipotong walhal ia gambar secara beramai-ramai bersama rakan lain," katanya.

Jelas Nur Amalina lagi, Sam merupakan kenalan biasa yang turut sama dengan rakan-rakan lain merasai masakan Melayu apabila ibunya Sabariah Hassan, 52, berkunjung melawatnya di sana.

Tambahnya, gambar meluncur ais bersama rakan pula dirakam ketika sambutan hari lahirnya baru-baru ini.



Katanya, adalah mustahil untuk belajar setiap masa dan kadangkala beliau melepaskan tekanan dengan melakukan aktiviti bersama rakan lain seperti meluncur ais, bermain boling dan bersiar-siar.

Tegas beliau, biasiswa yang diberikan semuanya digunakan untuk pengajian dan belanja pakaian disediakan oleh ibunya sendiri.

Ditanya sama ada kontroversi ini sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan dalam pengajian, Nur Amalina berkata, isu itu akan meningkatkan lagi semangat dan motivasinya untuk mengharumkan nama negara.

"Terima kasih kepada mereka yang memberikan nasihat dan komen mengenai saya. Saya akan jadikan ia sebagai iktibar untuk menjadi insan yang lebih baik tetapi bukan dengan kutukan dan menjatuhkan saya," katanya.
Betul ke kena potong ni?
Lagi post mengenai Nur Amalina Che Bakri!

Download Free Ombak Rindu!

Ombak Rindu DVDRIP!

YANG DINANTI TELAH PUN TIBA!

Sinopsis : 
Izzah lakonan Maya Karin, dijual oleh bapa saudaranya kepada bapak ayam dalam club entah mana. Mula cerita dah ada babak izzah seksi berkemban atas katil. masa tu pelanggan pertama dia, Hariz lakonan Aaron Aziz. Hariz terus beli dia untuk dijadikan perempuan simpanan. Tapi Izzah minta untuk menikah dengan Hariz. Lepas tu, Hariz pun menikahi Izzah di Siam. Banyak kali juga adegan ranjang Hariz bersama Izzah dalam filem ni. Ada kekasaran juga mula-mula tapi akhirnya Hariz sayang juga pada Izzah. Cinta mereka terus berputik walaupun mak Hariz dah dapat tahu masa tu yang Hariz ada perempuan simpanan kononnya. Sebenarnya Hariz ni dah ada makwe sebelum ni nama Mila lakonan Lisa Surihani. Tapi Hariz cuba nak batalkan perkahwinan mereka sebab dah sayangkan Izzah. Tapi, Mila tetap nak berkahwin. Atas desakan ibunya, hariz akhirnya mengahwini Mila. Tapi macam-macam hal terjadi lepas tu. Apakah ending cerita ni? macam mana dengan nasib Izzah?

Trailer :


Screenshots:

Download Mediafire :

Download Filesonic :

Sorry guys! It's just for TROLL purpose..
Here's the actual site where you can download it!

Middle Finger Untuk Ayah Dan Ibu!


MANCHESTER - Pasangan muda ini sangat terkejut ketika melakukan scan terhadap calon bayi mereka, bayinya mirip seorang alien sambil menunjukkan jari tengah.

Seperti apa yang dilaporkan The Sun, Isnin (21/11/2011), gambar tersebut jelas membuat Scott and Larissa Dean, yang berasal dari Little Hulton, Manchester, Inggris.

"Ketika saya melihat hasil scan, saya bertanya kepada isteri saya, adakah dia pernah meniduri seekor alien?" ujar Scott melawak.

Scott yang masih berusia 23 tahun mendapati bakal anaknya tengah mengacungkan jari tengah dan bentuknya seperti Balok, seorang alien dalam filem Star Trek.

Kucing Terkaya Di Dunia!

Seekor kucing hitam mungkin tidak tahu yang dirinya telah menjadi kucing terkaya di dunia apabila tuannya meninggal dunia dan mewariskan hartanya kepada kucing itu.

Seekor kucing terbiar yang diselamatkan di jalan raya di bandar raya Rome ini, mewarisi harta berjumlah AS$13 juta (RM39 juta) daripada tuannya, balu seorang jutawan hartanah.
Kucing hitam yang bertuah itu asalnya dipungut dari jalanan dan dijaga rapi oleh tuannya yang kaya raya.

Gambar sekadar hiasan..

Maria Assunta meninggalkan hartanya kepada kucing kesayangannya itu, Tommaso, selepas meninggal dunia dua minggu lalu ketika berusia 94 tahun. Kekayaan yang diwarisi kucing itu, termasuk wang tunai dan juga hartanah di Rome dan Milan serta tanah di Calabria.
Ketika mula sakit dua tahun lalu, Assunta yang tidak mempunyai anak, mula memastikan Tommaso dijaga dengan baik selepas kematiannya. – Agensi .


Pastinya anda tertanya-tanya, bagaimana agaknya si kucing akan menguruskan wang yang begitu besar nilainya sedangkan si kucing hanya mempunyai otak tidak akal.
Mewariskan sesuatu harta kepada seekor haiwan bukan tindakan yang bijak. Ada banyak lagi badan-badan sukarela memerlukan dana seperti rumah nak yatim dan rumah warga tua.

Hanya dengan menjadi teman dan pengubat kesunyian seorang warga tua, seekor kucing telah mendapat harta jutaan ringgit yang kucing itu pun tidak sedar akan durian runtuh yang telah diterimanya. Ketika kita masih muda dan bertenaga ini, jagalah ibu bapa kita yang banyak berkorban untuk kita. Mereka perlukan khidmat kita dalam melalui kehidupan mereka. 

Mereka telah banyak berkorban untuk kita. Tetapi apakah perkara yang telah dilakukan oleh kita untuk mereka? Jika sudah lama pembaca tidak hubungi ibu bapa di kampung, gunakan kesempatan ini untuk menelefon mereka, atau lebih baik menziarahi mereka, berbakti kepada mereka sementara mereka masih ada.
 Ingatlah, amalan sebesar gunung pun kalau tidak mendapat redha ibu bapa, ianya akan “tersangkut” juga sehingga diredhai ibu bapa. Wallahualam.

Kenyataan Berani Mati Ariff Alfian!


Kenyataan Balas Ariff Alfian, Kekal Islam Hingga Mati!

Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.

Ariff Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.

“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.

Ariff Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibu bapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.

“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009.. Sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.

Bapa Ariff Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.

Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.


Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Ariff Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Ariff Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.

Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia. 


Berita lebih mengenai Ariff Alfian :

Ariff Alfian Ditamatkan Dari Tajaan Petronas!


 “PETRONAS sudah mengadakan beberapa perbincangan berkaitan perkembangan akademik dan penajaan beliau dengan bapa beliau, Rosli Haron. Salah satu perbincangan ini bertempat di Dublin dan dihadiri sendiri oleh Ariff Alfian dan bapanya,” menurut kenyataan itu.

PETRONAS menamatkan penajaan Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar yang didakwa berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland, berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman. 

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Jabatan Perhubungan Media, Bahagian Hal-Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS, syarikat itu memutuskan sedemikian pada Januari 2009.

PETRONAS sekali gus mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.

“Setelah menamatkan kursus A-Level, Ariff Alfian memohon dan diterima memasuki University College Dublin. Sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar PETRONAS dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.”

“PETRONAS sudah mengadakan beberapa perbincangan berkaitan perkembangan akademik dan penajaan beliau dengan bapa beliau, Rosli Haron. Salah satu perbincangan ini bertempat di Dublin dan dihadiri sendiri oleh Ariff Alfian dan bapanya,” menurut kenyataan itu. 


Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, Pegawai Penasihat Pelajar PETRONAS sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Dublin apabila menyedari Ariff Alfian tidak pulang ke Malaysia selepas penajaannya ditamatkan, kerana bimbang terhadap keselamatan dan status beliau di Ireland. 

Pada Mei 2009, PETRONAS mengeluarkan notis tuntutan bayaran balik pinjaman berkenaan kepada Ariff Alfian dan penjaminnya mengikut peraturan serta syarat perjanjian yang sudah ditetapkan dan juga dipersetujui oleh kesemua pihak. 

Sehubungan itu, perbincangan juga sudah diadakan dengan penjamin pada pertengahan tahun ini mengenai pembayaran balik pinjaman berkenaan. Sehingga kini, PETRONAS masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu, walaupun surat peringatan sudah dihantar pada 6 Disember lalu.

Adalah penting bagi PETRONAS menerima pembayaran balik pinjaman ini untuk dimasukkan semula ke dalam dana penajaan pengajian tinggi.


Ariff Alfian menjadi kontroversi melalui post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...