Showing posts with label Misteri Dunia. Show all posts
Showing posts with label Misteri Dunia. Show all posts

Tarian Paling Pelik Di Dunia!


Mereka berbogel!
Mereka berjemur di bawah terik matahari!
Mereka seperti anak penyu yang baru menetas!
Mereka menari mengikut suka hati mak bapak mereka!
Mereka seperti dirasuk sesuatu!
Mereka terdiri dari jantan dan betina!
Mereka bermuka putih!
Merekalah, Zombie Kanada!

Untuk melihat seni tarian, sila saksikan klip video di bawah..

Video klip di atas merupakan Tarian Kokoro (Kokoro dance) yang dipersembahkan di Wreck Beach di Vancouver, Canada.

Mungkin mereka merasakan tarian bogel di khalayak ramai ini merupakan suatu seni yang agung..
Tapi, bagi mereka yang menyaksikan gelagat mereka di tempat kejadian, ia merupakan suatu rezeki..
Bagi mereka yang menyaksikan gelagat mereka di skrin komputer merasakan tarian ini pelik dan bodoh..
Apa pula pendapat anda?
Sila nyatakan di ruang komen..

P/s : Jangan meniru aksi tidak senonoh ini dengan mengumpul sekumpulan Zombie untuk beraksi seperti mereka..

Ikan Berbentuk Zakar!


Ditemui di pasar ikan di Busan, China dan sedang dalam proses tawar-menawar untuk dijadikan Haiwan Yang Paling Jijik Di Dunia!
Orang korea memanggilnya "Gae-Bool" dan Bahasa latinnya adalah "Urechis unicinctus".
Haiwan ini dikatakan digemari oleh orang Jepun dan orang Korea.
Mereka dikatakan suka memakannya mentah-mentah.
Haiwan ini juga boleh dijadikan umpan memancing kerana bentuknya yang seperti cacing..


Maklumat lanjut sila saksikan klip video di bawah!

Gadis Berbulu!


Buku Guinness of Records telah menyesahkan seorang gadis yang berusia sebelas tahun dari Thailand dengan penghormatan sebagai “Gadis Di Dunia Paling Berbulu.Supatra Sasuphan telah menjalani hidup yang terasing dan diejek oleh kanak-kanak yang memanggilnya ‘muka monyet’ dan ‘gadis serigala‘ dan lain-lain nama jolokan yang dahsyat. Sekarang semua telah berubah dan kemasyhuran baru di mana telah membuat beliau amat popular di sekolah.

“Saya sangat gembira berada di dalam Rekod Dunia Guinness! Ramai orang telah berbuat banyak untuk mendapatkan. Apa yang saya lakukan ialah menjawab beberapa soalan dan kemudian mereka memberikannya kepada saya,“ kata Supatra dengan riang.



Supatra, yang dikenali sebagai Nat oleh keluarga dan rakan-rakan beliau, mempunyai keadaan perubatan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai Sindrom Ambras. Pada hakikatnya, hanya 50 kes yang didokumenkan sejak Zaman Pertengahan. Keadaan genetik yang jarang berlaku ini disebabkan oleh kromosom yang rosak, menyebabkan rambut tebal tumbuh di seluruh muka, telinga, tangan dan kaki.




Para penghidap dipanggil sebagai ‘werewolves’, dan pada abad ke-19, seorang wanita yang menderita dengan keadaan ini, Julia Pastrana, bekerja di sebuah pertunjukan Barnum dilabelkan sebagai orang aneh.

Lelaki Buih!

Chandra Wisnu, 57, mungkin satu-satunya lelaki di dunia ini yang menghidap penyakit kulit yang jarang berlaku apabila tubuhnya ditumbuhi dengan benjolan besar seperti buih. Bapa empat anak dari Indonesia itu jarang sekali meninggalkan kediamannya dan apabila dia berbuat demikian, dia terpaksa menutup mukanya dan memakai cermin mata hitam kerana bimbang diejek atau menakutkan orang lain. Jangkitan ketumbuhan mula tumbuh di wajah Chandra ketika dia berusia 19 tahun.


Apabila meningkat usia 24 tahun, jangkitan itu sudah merebak ke belakang badannya dan ketika dia berusia 32 tahun, ia sudah menutupi seluruh tubuhnya. Pada peringkat awal jangkitan, ibu bapa Chandra membawanya berjumpa beberapa doktor dan pakar sakit kulit yang bingung dengan keadaan penyakitnya yang teruk itu. Dia diberitahu keadaan itu berpunca daripada pengaruh genetik dan mungkin disebabkan oleh sistem saraf yang tidak normal hingga membawa kepada tumor yang tidak berbahaya pada kulit atau tulang.


Dia diberikan pelbagai jenis krim tetapi tidak dapat menghentikan penyakit itu daripada terus merebak.
Berikutan gagal mendapatkan penawar dan tidak mampu lagi menanggung rawatan perubatan, Chandra terpaksa hidup dengan keadaan yang aneh.


Chandra kini memutuskan untuk mendedahkan wajahnya kepada dunia dalam usaha mendapatkan rawatan pemulihan untuk penyakitnya selepas mendapat tahu anak lelaki sulungnya, Martin Ananda, 32 dan anak perempuannya, Lis Chandra, 26 juga mula menghidap penyakit yang sama.

P/s: Penyakit yang agak misteri.. Bukan senang nak teruskan hidup dalam keadaan macam ni.. Hanya mereka yang betul-betul kuat dan tabah mampu mengharunginya..

Apa Itu Santau, Bahan-Bahan Yang Digunakan & Kesannya Kepada Kita?


Bismillahirrahmanirrahim.....

Apakah Itu Santau?

Racun santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakhir dengan kematian ataupun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.

Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

Bahan-Bahan Yang Digunakan:
1.Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2.Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3.Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.

Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai ‘santau angin’ atau ‘santau seru’, santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan bantuan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.

Jenis-Jenis Santau:

Terdapat 2 jenis santau -
1. Santau yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.

2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.

TANDA-TANDA TERKENA RACUN SANTAU:
Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.

Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.



Simptom & Kesan Santau:
1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
4. Kurang daya ingatan.
5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
6. Sakit di bahagian tengkuk.
7. Kesan lelah atau asthma.

Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.

Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.

Antara artikel yang berkaitan yang boleh dijadikan rujukan: Ujian Mengesan Jin Dalam Badan!

Doa Pendinding (tonton video di bawah):



Sumber :  Wanma Dot Com!

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda!


Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum…

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.


Jika tidak dapat mainkan ayat Ruqyah di atas, cuba dengar yang ini:


Langkah 2
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka.


SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Apa Itu Santau? Artikel tentang Santau boleh di baca di sini: Santau Itu Sihir!

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Sumber :  Wanma Dot Com!

Misteri bulan terbelah dua!

Kisah bulan terbelah dua, bukan ilusi atau khayalan. Ia bukan sihir & silap mata. Malah ini adalah kisah yang benar-benar berlaku. Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa seketika dulu bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dijalankan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit dan teleskop menunjukkan terdapat garisan rekahan pada bulan.


NASA telah menghantar 3 angkasawanya untuk kajian yang lebih terperinci tentang bulan . Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bahawa bulan pernah terbelah dua.

Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.

Saksikan video ini sebentar....


Bulan terbelah dua pada zaman Rasulullah S.A.W adalah kisah benar yang dirakam dalam Quranul Karim iaitu dalam satu surah yang Allah namakan sendiri Suratul Qamar (Surah Bulan). 

Allah berfirman:
"Sungguh telah dekat Hari qiamat, Dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)"

Memang ada hadis yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di zaman Nabi S.A.W. masih di Mekah. Hal ini terjadi ketika kaum musyrikin 'mencabar' Nabi untuk menunjukkan bukti kenabiannya dengan meminta membelah bulan.

Ini adalah beberapa di antaranya:
Hadis daripada Abdullah bin Mas'ud ra., Ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullah saw., Lalu Rasulullah saw. bersabda: Saksikanlah oleh kalian. (Shahih Muslim No.5010)

Hadis daripada Anas ra.: Bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah saw. untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah saw. memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)

Hadis daripada Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada zaman Rasulullah saw .. (Shahih Muslim No.5015)

Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah Munawarah. Orang-orang musyrik berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek)?

Rasulullah bertanya, "Apa yang kamu inginkan?" Mereka menjawab, "Cuba belah bulan ..." Rasulullah pun berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu Muhammad s.a.w agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan dan terbelahlah bulan itu dengan sendirinya. Serta-merta orang-orang musyrik pun berkata, "Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!"

Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir, memang benar boleh saja "menyihir" orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak boleh menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan.

Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama dari perjalanan menuju Mekah, orang-orang musyrik pun bertanya, "Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?" Mereka menjawab, "Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masing-nya kemudian bersatu kembali ... "

Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebahagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh kerana itu, Allah menurunkan ayat-Nya: "Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, mereka pun ingkar lagi berpaling seraya berkata, "Ini adalah sihir yang terus-menerus ", dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap ... (sampai akhir surah Al-Qamar).

Peristiwa bulan terbelah ini memang benar berlaku dan wajib dipercayai. Walaupun ada yang mempertikaikannya kerana bertentangan dengan ilmu sains namun muzjizat Rasulullah tidak dapat dibuktikan dengan kaedah saintifik. Seperti juga mukjizat Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang mati juga bertentangan dengan ilmu pengetahuan manusia.

Peristiwa bulan terbelah bukan saja disaksikan oleh penduduk Mekah tetapi juga dilihat oleh penduduk di seluruh semenanjung Tanah Arab. Apabila mereka datang ke Mekah menceritakan pernah melihat bulan terbelah kemudian bercantum semula.

Sekiranya ada yang mempertikaikannya, tidaklah menghairankan kerana Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempertikaikannya walau mereka melihat dengan mata sendiri peristiwa bulan terbelah itu.






Pengunjung-pengunjung bulan yang terdiri daripada angkasawan Amerika Syarikat & Rusia, pernah merakamkan gambar di atas bulan yang menunjukkan kesan rekahan besar di atas bulan, mengelilingi bulatan sebesar bulan itu. Gambar yang diambil telah tersiar pada beberapa akhbar dunia & disiarkan dalam sebuah majalah tempatan kita yang bernama al-Hunafa isu 2009/2010 di bawah tajuk 'Splitting of the Moon' yang bermaksud bulan terbelah. Oleh kerana telah disedari bahawa jika dibesar-besarkan cerita tersebut & diketahui umum bulan terbelah dua, dengan kesan yang nyata, maka akan terbukitilah satu lagi bukti yang paling nyata & kuat.

Sumber: Ustaz Dr. Harun Din Al-Hafiz.
What could cause a long indentation on the Moon? First discovered over 200 years ago with a small telescope, rilles (rhymes with pills) appear all over the Moon. Three types of rilles are now recognized: sinuous rilles, which have many meandering curves, arcuate rilles which form sweeping arcs, and straight rilles, like Ariadaeus Rille pictured above. Long rilles such as Ariadaeus Rille extend for hundreds of kilometers. Sinuous rilles are now thought to be remnants of ancient lava flows, but the origins of arcuate and linear rilles are still a topic of research. The above linear rille was photographed by the Apollo 10 crew in 1969 during their historic approach to only 14-kilometers above the lunar surface. Two months later, Apollo 11, incorporating much knowledge gained from Apollo 10, landed on the Moon.

sumber lain

Dongeng-dongeng tentang bulan terbelah ini boleh kita dapati pula dalam haiku (dongeng Jepun).

Cerita bulan terbelah dua ada dalam manuskrip hindu di India yang menceritakan bahawa terdapat bulan terbelah dua dan tarikhnya sama dengan kewujudan ...
 

Namun cerita mengenai ini tidak akan kita dapatkan dalam legenda-legenda di Amerika atau Eropah. Kemungkinan besar tidak adanya cerita ini adalah pada saat peristiwa tersebut, di belahan bumi tersebut orang-orang memang tidak dapat melihat bulan. Mengapa? Karena saat itu.. Siang hari. 




Lihatlah sekarang, dalam zaman sains & teknologi, amat terbukti dengan paparan yang begitu nyata bahawa bulan meninggalkan rekahannya di sepanjang lilit bulatannya, menandakan benarnya mukjizat yang telah berlaku ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Inilah satu bukti nyata bahawa mukjizat nabi-nabi yang terdahulu, semuanya telah hilang kesan, sedangkan mukjizat Nabi Muhammad S.A.W, dengan Al-Quran sebagai kepala segala mukjizat boleh dilihat & dilihat sehingga sekarang. Ini membuktikan bahawa Islam adalah agama Allah yang benar. Wallahu a'lam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...