Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Jangan Jadikan Facebook Sebagai Dinding Ratapan Dan Melepaskan Masalah Seperti Yahudi!


Sahabat, tahukah kamu apa makna "WALL" ?
Ia memberi makna DINDING.

Kenapa 'dinding'?
Jap, saya teruskan pertanyaan ok

Siapakah yang mewujudkan FACEBOOK?
Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI!

Apa kaitan WALL dan YAHUDI???
Kaitan mereka sangat ERAT dan MESRA : DINDING RATAPAN. Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segala-galanya.

Oleh itu, jangan kita jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang.
Marilah kita share info berguna ini, semoga kita dan umat-umat Islam yang lain dapat manfaat daripada info ini insyaAllah.

Cara Membezakan Kucing Sebenar Dengan Kucing Jelmaan Jin!


Petua untuk membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin, perhatikan pada mata kucing tersebut sama ada berkelip atau tidak. Sekiranya berkelip, maka itu adalah kucing sebenar. Jika tidak, itu adalah kucing jelmaan jin. Cara mudah untuk membuatkan mata kucing tersebut berkelip, pegang kepala kucing kemudian garu/usap di bawah leher/tengkuk kucing tersebut. Kucing sebenar pasti akan berkelip matanya sekiranya ia diperlakukan sebegitu, manakala kucing jelmaan jin tetap tidak akan menutup matanya (berkelip). 

(Surah Yassin, Ayat 9)

Ayat tersebut boleh dijadikan sebagai doa pelindung sama ada untuk melindungi diri, keluarga atau harta. Semasa membaca perkataan sadda yang bermaksud benteng/dinding, bayangkan perkara yang ingin dilindungi itu dibentengkan oleh benteng yang sangat hebat. Petua ni diambil dari rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 yang membicarakan topik sihir. Beliau merupakan seorang pengamal perubatan Islam.

Selain tu nak kongsi jugak mengenai ciri-ciri kucing jelmaan jin yang dikongsi dalam perbincangan tersebut:
Berwarna hitam.

Jika kucing tersebut adalah jelmaan jin, suruh kucing itu keluar dalam cara apa sekalipun.

Kesan Buruk Onani!

Onani juga diertikan sebagai melancap atau masturbasi..
Onani adalah perbuatan yang bertujuan untuk merangsang anggota sulit si pelaku sehingga datang inzal atau nikmat. Ia adalah perbuatan tidak bermoral dan hanya memberi kesan yang buruk pada si pelaku. Arikel ini secara logik dan ilmiah akan membincangkan teknik–teknik untuk mencegah anda dari berterusan ketagih pada perbuatan ini.

Antara kesan–kesan buruk yang boleh anda dapat dari ketagih melancap adalah:

  • Cepat marah.
  • Tidak ada keyakinan diri.
  • Tidak tegas dan kurang fokus apabila melakukan sesuatu.
  • Di sebabkan setiap kali anda sering mengaku kalah pada tuntutan nafsu, dalam dunia sebenar, anda akan jadi seorang yang mudah mengaku kalah.
  • Sentiasa sakit – sakit badan.
  • Hidup dalam angan – angan.
  • Jauh dari Allah kerana sentiasa mendengar hasutan syaitan.
  • Tidak ada kemajuan dalam hidup kerana khayal dalam dunia sendiri.
  • Sentiasa menyendiri dari orang ramai.
  • Lemah dari segi mental dan fizikal.
  • Dan lain – lain lagi.

Kesan  ketagih akibat melancap ini sungguh teruk dan ia menjadikan anda seorang lemah dalam masyarakat walaupun anda tidak mengambil dadah. Ini kerana ia menjadikan anda seorang manusia yang tidak berproduktif sama seperti penagih dadah.

Punca ketagihan Melancap!

Puncanya hanya satu iaitu tidak mampu melawan gelora seks di dalam jiwa atau tidak mampu mengawal nafsu seks. Semua manusia pasti ada keinginan untuk melakukan hubungan seks. Namun, ia perlulah di lakukan dalam keadaan yang normal. Jika anda ketagih melancap, anda sebenarnya bukan tidak mampu mengawal nafsu, tetapi anda memilih untuk mengikut nafsu. Anda mengutamakan nafsu anda sendiri dari perkara penting yang lain.

Anda perlu kawal dan lakukan hubungan seks secara normal iaitu melakukannya dengan pasangan yang anda kahwini. Sebab itu di dalam islam itu sendiri, jika anda mempunyai keinginan seks dan anda rasa anda tidak mampu mengawalnya, anda perlu berkahwin. Jika tidak mampu berkahwin, anda perlu berpuasa untuk mengekang diri dari terpengaruh pada nafsu seks. Jika anda melancap, ia membawa kepada keburukan. Jika anda melakukan seks ketika berkahwin, anda akan bahagia.

Berikut adalah tujuh tip untuk berhenti melancap!

Tip pertama : Berpuasa.
Kita tahu ubat paling mujarab untuk mencegah aktiviti onani adalah dengan berkahwin. Namun, bagi anda yang tidak mampu berbuat demikian, puasa adalah pilihan terbaik. Puasa bukanlah menahan lapar dan minum sahaja tetapi adalah menahan nafsu. Ia boleh di lakukan pada bila–bila masa yang anda mahu. Kalau boleh pada setiap masa.

Apabila berpuasa, kita ada kuasa untuk memilih. Di sebabkan anda sering mengikut dan memilih nafsu sebagai teman, nafsu akan sentiasa menguasai diri anda. Apabila berpuasa, nafsu akan jadi lemah dan barulah anda ada kesedaran untuk memilih.

Puasa di siang hari iaitu di lakukan ketika bulan ramadhan adalah latihan yang Allah tetapkan untuk kita menahan nafsu dan wajib untuk kita buat setiap kali bulan ramadhan menjelma.

Orang yang benar–benar berpuasa di bulan Ramadhan akan menghiasi dirinya dengan ibadah–ibadah yang banyak untuk memberi lebih penghayatan pada agama Islam dan mengakui tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Jika anda berpuasa untuk raya, samalah juga anda ingkar pada perintah Allah untuk berpuasa keranaNya.

Ketika di bulan Ramadhan, anda perlu berpuasa dengan menidakkan nafsu anda. Biarkan nafsu anda menjadi lemah. Ketika hendak berbuka, makan sedikit sahaja. Begitu juga ketika sahur, makan sekadar mengisi perut sahaja. Banyakkan beribadah sunat seperti terawih, baca Al-Quran, zikir dan lain–lain yang anda selesa.

Apabila anda benar-benar fokus berpuasa pada bulan Ramadhan, anda pasti ada kekuatan untuk melawan segala godaan untuk sebelas bulan kemudian iaitu medan sebenar untuk menguji keupayaan anda menahan nafsu.

 Puasa yang sebenar adalah keupayaan kita untuk menahan nafsu pada setiap masa iaitu 24 jam siang dan malam. Puasa adalah jihad yang agung iaitu melawan diri sendiri.  Jadi, setiap kali anda rasa terangsang, anda katakan pada diri anda, anda tidak akan melancap. Anda sabar dan berdoa pada Allah untuk hilangkan rasa tersebut.

Allah memberi manusia akal untuk berfikir yang mana jahat dan yang mana baik. Apabila terangsang, katakan tidak dan menahan. Seperti biasa, apabila anda katakana taknak, nafsu akan memujuk anda dengan memberi godaan yang paling hebat. Fikiran anda akan di penuhi dengan keinginan untuk memuaskan nafsu.

Apabila sampai ke tahap ini, anda hentikan rangsangan tersebut. Jika rangsangan tersebut datang dari komputer, tutup komputer. Anda berdiri dan berjalan  mundar mandir, anda istighfar dan cuba sedaya upaya fokus pada kerja lain. Jika anda dapati nafsu anda masih kuat menggoda anda, anda lemahkan dia dengan berpuasa dari makan dan minum pada siang hari iaitu puasa sunat dan banyakkan ibadah sehingga anda boleh kawal fikiran anda dari di kuasai nafsu.

Katakan tidak pada aktiviti melancap. Berusaha untuk melawan dengan sepenuh hati melalui aktiviti berpuasa. Nabi Muhammad sentiasa berpuasa siang dan malam. Baginda berpupaya menahan nafsu. Baginda juga seorang yang tenang. Nafsu sangat susah untuk dilawan. Ingat Allah, ingat Muhammad, anda pasti berjaya.

Tip kedua : Senaman.
Selalunya mereka yang kuat beronani atau ketagih onani adalah individu yang kurang aktif dalam kehidupan mereka. Aktifkan diri anda dengan bersukan. Adakah anda seorang yang gemuk? Kuruskan diri anda dengan bersukan. Tiada apa yang hendak di malukan jika kita lakukan sesuatu itu untuk diri kita sendiri.

Apabila anda kerap bersukan dan senaman, minda anda akan jadi cerdas dan badan anda akan jadi cergas. Kesan bersenam, anda mampu untuk fokus pada sesuatu perkara. Minda yang cergas boleh membantu anda untuk menilai yang baik dan yang mana buruk.

Di gabungkan dengan tip berpuasa, aktiviti senaman boleh membantu anda untuk lebih bersedia dan kuat apabila di serang nafsu seks. Melalui senaman juga anda akan jadi lebih ceria dan tenang mengharungi kehidupan.Senaman akan meletihkan anda dan anda tidak akan berminat untuk beronani.

Tip ketiga : Seks bukan segala – galanya.
Kebanyakan mereka yang ketagih melancap akan berterusan melakukannya sehingga mereka puas. Namun, apabila mereka sudah datang inzal, nafsu akan lari dari fikiran dan anda mula sedar yang apa yang anda lakukan itu adalah salah. Ketika itulah anda akan rasa menyesal.

Namun, anda perlu fikir kehidupan ini bukanlah hanya mengenai seks. Ada banyak lagi perkara penting dan seronok untuk di lakukan. Setiap kali anda ingin beronani, anda fikir bahawa seks bukan kepentingan aku. Di tambah dengan dua tip di atas, anda akan lebih kuat lagi untuk melawan nafsu.

Pindahkan tenaga yang datang dari nafsu ke arah impian anda. Cuba kenal pasti impian anda. Setiap kali anda di rangsang nafsu, anda lawan dengan berkata:
“Seks bukan keutamaan aku, aku ada impian untuk di kejar.”
Selepas sahaja habis berkata – kata, anda terus lakukan apa yang perlu untuk mengejar impian anda.

Tip keempat : Jangan fikir seks sebelum tidur.
Apa yang kita fikir sebelum tidur adalah perkara yang paling kita mahu di dalam hidup kita. Anda perlu ubah diri anda dari bahagian yang paling dalam sekali. Orang yang memuji dan terkenang–kenang sifat Allah sebelum tidur, adalah orang–orang yang beriman.

Anda bebas fikirkan apa yang anda suka melainkan perkara yang melibatkan seks. Sebelum tidur, nafsu akan jadi kuat. Ia akan cuba sedaya upaya untuk memesongkan fikiran anda. Jadi, anda perlu tegas.

Fikiran sebelum tidur adalah kuasa minda yang kuat. Jika anda fikirkan seks sebelum tidur, minda anda akan sentiasa ke arah seks pada setiap masa. Jika anda fikirkan kekayaan, minda anda akan mengajar anda untuk berusaha ke arah kekayaan.

Sebelum tidur, pastikan anda kawal fikiran anda. Jika anda masih fikir mengenai seks, nafsu anda masih tidak mengalah sepenuhnya. Anda tegas, dan tukarkan fikiran anda ke arah lain. Dengan menggabungkan keempat teknik termasuk tiga tip sebelum ini, anda mampu melawan nafsu. Tumpaskan nafsu dari semua sudut termasuk dari bahagian paling dalam.

Tip kelima : Jadikan hidup anda ringkas.
Mengikut kajian, mereka yang selalu melancap ini sebenarnya terlalu tertekan dengan kehidupan mereka. Mereka terasa terbeban dan nafsu pula bijak mengambil alih fikiran  mereka dan mengatakan onani akan mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.

Sekarang, anda tenang dan cuba anda senaraikan di atas kertas kenapa anda tertekan. Senaraikan satu persatu, jujur pada diri anda. Jika anda tidak tahu kenapa anda tertekan, anda tulis apa yang anda hendak jadi.

Jadikan hidup anda ringkas, buang segala tekanan. Jika anda tidak tahan dengar ibu anda berleter, anda hanya perlu fikir ringkas. Ibu anda berleter, bukannya memukul anda. Anda dengar sahaja dan fikir secara logik. Gembirakan hidup anda dan keluar dari kepompong tekanan yang sebenarnya tiada.

Dunia yang anda sangka penuh dengan tekanan adalah ciptaan nafsu anda semata–mata. Di tambah lagi dengan hasutan syaitan, anda sering akan khayal dalam dunia tekanan yang tidak wujud.

Semua manusia ada tekanan hidup masing–masing. Namun, sebagai manusia yang di kurniakan akal fikiran, anda perlulah bijak menggunakan akal yang di beri oleh Allah. Tugas akal adalah berfikir. Apabila anda tekanan atau masalah, anda jangan tertekan sebaliknya tenang untuk hadapinya.

Apabila anda di serang perasaan marah, perasaan serabut dan perasaan ingin merangsang nafsu dengan cara yang salah, anda tenang dan ambil air wuduk untuk memadamkan api yang di nyalakan syaitan dan nafsu. Anda perlu tenang kerana Allah memang sentiasa ada untuk anda.

Tip keenam : Beranikan diri.
Apabila anda ingin melepaskan diri dari kancah nafsu yang tidak sihat, nafsu akan mula menakutkan anda. Anda perlu berani dan jangan ragu–ragu dengan tindakan anda. Percayalah, apabila anda hendak berpuasa iaitu tip pertama, anda pasti akan di goda oleh nafsu untuk makan atau melakukan sesuatu yang boleh menaikkan nafsu.

Antara teknik godaanya adalah:
  • Cuba mewujudkan perasaan rugi dalam diri anda untuk tidak makan.
  • Cuba kelirukan diri anda dengan perasaan lapar. Sedangkan kalau anda tidak makan pun, anda tidak akan mati. Ia menakutkan anda dengan perasaan lapar.
  • Syaitan akan menaikkan nafsu dengan hasutan yang teratur terangsang dengan wanita. Padahal sebelum ini anda tidak pernah terangsang dengan wanita tersebut tetapi pada hari ini, anda rasa teringin. Jangan terpengaruh, beranikan diri menahan nafsu.
  • Dan bermacam – macam teknik godaan lagi.
Beranikan diri dan terus bertahan.

Tip ketujuh : Tetapkan matlamat.
Tetapkan matlamat untuk berhenti melancap selama–lamanya dan kekal dengan rancangan tersebut. Jangan berhenti mencuba untuk berhenti jika anda terlalai dan melakukannya. Memang kadang – kadang kita alpa. Walaupun anda berjaya berhenti untuk 2 hingga 3 bulan, gangguan pasti akan datang juga.

Apabila gangguan datang. Anda kekal dengan rancangan anda untuk berhenti  melancap. Apabila anda kembali melancap, ada satu api pada nafsu anda akan wujud. Api akan berterusan menyalakan nafsu seks anda. Jika anda terlanjur, cepat–cepat bertindak untuk hapuskan api tersebut. Saya cadangkan anda berpuasa.

Kesimpulannya ,

Semua orang juga ada buat silap. Apa yang anda perlu buat adalah terus memandang ke hadapan. Anggap sahaja perbuatan lalu anda itu, anda lakukan ketika anda tidak matang dan dugaan buat anda untuk menahan nafsu.

Nafsu akan sentiasa cuba menguasi pemikiran anda. Nafsu akan menyerang pemikiran manusia dengan dua perkara iaitu syak wasangka dan ragu–ragu. Apabila hati anda penuh dengan syak wasangka dan perasaan ragu–ragu, anda akan mula di kawal nafsu.

Syaitan akan berkawan dengan nafsu. Dia akan cuba wujudkan perasaan ragu–ragu dan syak wasangka dalam hati anda. Apabila sudah wujud dua perasaan ini, nafsu akan ambil alih pemikiran anda. Syaitan pula akan pergi kepada orang lain untuk menghasut.

Jika anda tewaskan nafsu, belum tentu anda mampu menahan diri dari hasutan syaitan. Syaitan ini akan sentiasa menghasut. Ketujuh–tujuh tip di atas adalah ramuan yang cukup untuk menewaskan nafsu dan dalam masa yang sama mempertahankan diri dari hasutan syaitan. Selamat mencuba, semoga perjuangan anda diberkati Allah taala.

Dari itu, marilah kita mengambil iktibar daripada post :
Remaja Gila Seks Mati Selepas Melancap 40 Kali Sehari!

Katakan Tidak Kepada Murtad!


Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? 
Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend. Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang forward post ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini. Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguam bela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.

Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 je, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam. Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang ditunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan? Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah. Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, 'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.' Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri hairan macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Gambar sekadar hiasan!

Butir asal permohonan.. ....
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'
Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk. Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.
Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu?
Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.
Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Gambar sekadar hiasan!

Lagi satu kes lain saudara baru kita
Nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata? eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si Minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta Mahkamah Syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.
Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si Minachi ni. Heran sungguh. Bila si Minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada Mahkamah Syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.
Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si Minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh Makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh
Seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar isytiharkan anak dia masuk Islam tak sah.
Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk
Kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam Hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, 'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu. Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak Polis dan Majlis Agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? '. 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, 'Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.


Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung?
Gerakan Hindu kita tak payah sebutlah belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).
Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak ada kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Siapa yang hendak berhenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat Stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi. Pakaian masyarakat kita pun sekarang ni terang-terang ikut yahudi dan kristian, kalau bertudung pun sama macam rahib kristian.. Bukannya nak ikut cara Islam seperti yang ada dlm Al-Quran.. Sedangkan Nabi ada bersabda bahawa jika kita mengikut cara atau perbuatan sesuatu kaum, maka kita tergolong dalam kaum trsebut..

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi
Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London. Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab itu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya ke atas orang Islam.'
Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao.. Lepas tu kerajaan Islam Acheh... semuanya tumbang satu demi satu..

Macam mana benda ni boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL, GOAL, GLORY. Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
Orang kita panggil, gerakan halus. Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan.
Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40 an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan 'garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap wujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.
Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi.
justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni siapa tak kenal Kelab Rotary yang cuci buah pinggang, Kelab Lion, Bulan Sabit Merah, Saint John's Ambulans, siapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan sama ada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.
Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, foward post ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, post ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
kawan-kawan yang dikasihi, tolong forward post ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.
Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.

Hukum Couple!

Soalan : Arjuna! Apakah hukum couple berpandukan islam?

Jawapan :
               Okay, mari kita hayati jawapan ini. Semoga perkongsian ini membawa kebaikan kepada kita semua ye! Semua yang baik datangnya daripada Allah. 

BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN





BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki alam pernikahan.
Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum
pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan
membawa fitrah untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis
emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali
yang baik(Syurga). (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan  jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain
fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang
beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;
Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada
bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan  etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.
1.Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang
beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada
kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang
beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)

2.Menutup Aurat;
ALLAH berfirman dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, 
kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang
lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian
berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian
tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda)
sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di
dalam hatinya tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita
berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita
yang tidak halal baginya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal
baginya. (Ash-Shohihah 1/448
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,
tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki  dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja
akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat
Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.
(al-Isra: 32)

Hukum Bercouple
SETELAH memerhatikan ayat dan hadis
tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple
itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan
kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita,
meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang
dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama
Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. 
Sebagaimana Rasulullah SAW bersada: Janganlah seorang lelaki bedua- duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?
Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati
kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan
semacamnya demimenjaga agama dan kehormatan dirinya.

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?
Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya).
Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya.
(al-Ahzaab: 32).
Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya
Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:

Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh
menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karakter, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada
kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karakter calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan
kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang
dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu
Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Fenomena Couple
Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitikberatkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu
tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...