Showing posts with label Freemason. Show all posts
Showing posts with label Freemason. Show all posts

Duit RM 1 Malaysia Dipengaruhi Freemason!

Ada banyak benda yang kita mungkin terlepas pandang pada duit RM1 ni..
Mungkinkah kerana nilainya yang sedikit??
Sambil anda baca post ini, ada baiknya anda membelek sendiri not RM1 anda..

Ini adalah konspirasi Freemason yang dikatakan wujud di duit 1 dollar Amerika, adakah duit RM 1 pun ada teori konspirasi ini? Jom kita ZAASSSST!


Nampak tak lambang rasmi Bank Negara Malaysia tu? Kalau ditanya kepada orang bank negara, mereka kata binatang dalam lambang itu adalah seekor kijang.. Tetapi cuba korang tengok pula lambang negeri Kelantan ini..


Yang ini pun kijang juga tetapi korang perasan tak ekor kijang dalam duit tu panjang? Sedangkan ekor kijang pendek! Jadi binatang apa yang sebenarnya dalam lambang bank negara itu?


Adakah binatang itu adalah seekor anjing jenis Pharaoh Hound? Binatang yang dianggap dewa dalam fahaman Mesir kuno(Kabbalah) Salah satu daripada fahaman Freemason?


Ini pula simbol-simbol utama Freemason (diambil dari laman web rasmi Freemason sendiri). Perasan tak lambang matahari dan bulan itu? Dalam lambang bank negara kita pun ada kan?


Dan ini yang terakhir dan yang paling "misteri". Dalam duit 1 dollar Amerika ada gambar ini..


Gambar piramid yang ada mata itu adalah simbol Lucifer (Dajjal).. Yang digelar “All Seeing Eye”. Ini memang simbol rasmi Freemason.. Ini buktinya..



Okay, sekarang cuba belek not RM1 korang..


Cuba lihat wau dan bukit itu..


Lihat pada titik merah itu..


Cantumkan titik itu dan sekarang korang cuba tengok kawasan itu di cahaya lampu (kedudukan lampu dibelakang duit).

Amacam? Nampak apa-apa tak? 
Ini sebenarnya hanya konspirasi, entah betul atau tidak, hanya Allah s.w.t yang tahu.


Ada baiknya anda menjalankan sedikit eksperimen sendiri.
Terdapat simbol segitiga beserta mata di dalam segitiga tersebut. Jika anda suluhkan lampu di bahagian wajah agung, maka Segitiga akan dapat dilihat dibahagian belah kanan wau dan bayang mata kiri agung, akan menjadi mata untuk segitiga tersebut.




Berita lebih mengenai duit malaysia yang mempunyai unsur freemason : Syiling 10 Sen bukti Presiden Umno Dipengaruhi Freemason Yahudi?

Di Sebalik Duit RM 1 Malaysia!

Hentikan dulu cakap politik dan kebarangkalian tindakan repot polis yang boleh memeningkan. Jom kita teliti not seringgit, atau RM1 kita.

Hadapan duit kertas RM 1.
Belakang duit kertas RM 1.
Teliti betul-betul wang kertas itu. Saya pun sambil menaip turut mengeluarkan not itu dan membelek-beleknya. Ia berwarna biru. Di bahagian belakang ada gambar gunung Kinabalu, landskap tertinggi negara ini dan di Asia Tenggara. Wau bulan serta gambaran kepulauan nelayan dari arah laut turut terpapar di atas kertas itu.

Sebelum ini tiada siapa yang benar-benar membeleknya. Apalah sangat RM1. Mungkin ia hanya dibelek oleh pelancong yang baru pertama kali melihat not itu. Peniaga pun tak bimbang jika itu not palsu. Tiada apa yang istimewanya. Nak kata ia menarik, biasa saja. Berbanding dengan rekaan matawang asing lain, mungkin nilai seringgit kita itu tidaklah hebat mana.

Itu dari segi rupa bentuknya. Bagaimana pula dengan nilainya? Denominasi seringgit itu dibentuk daripada mata desimal 100 sen. Dari nilai syiling sekecil 5 sen, 10 sen, 50 sen ia boleh dicampur-campur membentuk RM1. Kini Bank Negara Malaysia (BNM), autoriti yang mengesah lakukan wang ringgit di negara ini tidak lagi mengeluarkan wang syiling 1 sen. Mungkin BNM ada alasan berbuat demikian. Difahamkan untuk mengeluarkan syiling 1 sen kosnya ialah sekitar 20 sen? Oleh itu ia dihentikan pengeluaran. Jadi nilai wang kita hanya bermula dari siling 5 sen.

Dari segi ilmu hisab, kita sudah rugi 4 sen. Tapi 5 sen pun sudah jarang digunakan oleh pekedai. Oleh itu kita sudah rugi 5 sen. Pekedai lazimnya akan mula mengira mulai 10 sen. Maka kita pengguna sudah rugi 9 sen! Sering dulu jika harga gula naik 10 sen sekilogram, maka mamak-mamak stall akan menaikkan harga minuman kegemaran orang Malaysia, teh tarik dengan harga 10 sen segelas. Maka harga segelas teh tarik sekarang ialah RM1.20 sen.

Mamak (harap jangan saman saya kerana guna istilah ini) enggan menggunakan 5 sen untuk menaikkan harga minuman itu. Mereka lebih gemar memilih 10 sen. Entah kenapa saya pun tak tau. Budaya menggunakan 1 sen sudah hilang di negara ini. Sepatutnya nilai RM1 ialah 100 sen dan setiap sen patut diambil kira. Dulu jika kita beli kasut Bata, harga mengikut pecahan sen-sen amat popular, begitu juga di McD dan bayar bil elektrik dan air. Kini semuanya dibulatkan kepada 5 sen dan 10 sen.

Nilai 100 sen itu sudah mengecil. Dalam suasana inflasi yang semakin ketara sekarang, walaupun BNM hanya melaporkan angka yang rendah, nilai RM1 sudah hampir tiada. Harga teh tarik melebihi RM1. Masuk tandas awam kini ialah 50 sen, dua orang RM1. Belanja budak sekolah sekurang-kurangnya RM3. Jika BNM mahu menjimatkan kos pengeluaran 1 sen, pengguna juga yang tertekan dengan kos barangan, turut rugi dari segi nilai sen-sen itu.

Mungkin, jika nilai 1 sen itu dibudayakan semula – seperti di Amerika Syarikat yang masih aktif menggunakan Penny (1 sen), Nickel (5 sen), Dime (10 sen), Quarter (25 sen), Half dollar (50 sen) – maka nilai RM1 kita akan lebih bernilai lagi. Pada masa itu mamak mungkin akan memikirkan untuk menaikkan teh tarik hanya kepada RM1.21 sahaja berbanding RM1.30 sekarang.

Walaupun cadangan ini nampak bodoh dan mengarut kerana nilai 1 sen sudah dimansuhkan, kita berharap BNM boleh memikirkan sesuatu atau semula. Rakyat kini sebenarnya mulai gelisah kerana nilai mata wang mereka semakin mengecil. Jika dulu orang kampung boleh berbelanja dapur dan petrol motosikal sekitar RM300 sebulan, kini nilainya sudah menjadi RM250 dan ke bawah dan ke bawah. Ia lebih memeritkan bagi mereka yang tinggal di bandar dan kota raya. Gaji RM2,500 ialah miskin bandar. Tapi majikan masih kedekut dan amat berkira untuk menaikkan gaji. Gaji yang diperoleh tidak setaraf dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kelok gaji dan kelok kos barang dan perkhidmatan tidak seimbang.

Kita berharap pakar-pakar ekonomi negara dapat memikirkan sesuatu mengenainya. Jika ke Britain nilai 1 Pound itu masih cukup besar, tapi RM1 kita sudah terlalu kecil. Bagi saya yang minum teh tarik bersama kawan malam tadi, nilai RM1 hanya untuk disedekahkan kepada orang buta yang silih berganti ke kedai-kedai makan sekitar ibu kota. RM1 sudah mulai tidak dipedulikan. Tapi bagi orang buta yang mengutip RM1 bagi setiap meja – dan berjaya melakukannya ke atas beratus meja setiap malam – mereka itulah sebenarnya yang mewah.

Dan dalam keadaan ekonomi baik atau tidak seperti sekarang, jumlah orang buta (dan buat-buat buta) seperti itu semakin hari semakin ramai…

Apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya ada dekat sini..
Duit RM 1 Malaysia Dipengaruhi Freemason!

Syiling 10 Sen bukti Presiden Umno Dipengaruhi Freemason Yahudi?

Peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus menjadi persoalan gara-gara duit syiling 10 sen keluaran Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden Umno dikaitkan dengan pengaruh freemason atau illuminati kerana logo 'Star of David' yang lazim pada bendera Israel seolah-olah ditempa pada salah satu  permukaan syiling 10 sen baru tersebut.


Pendedahan ini selepas Najib didakwa mempunyai hubungan dengan beberapa intelligent Israel apabila pentadbirannya sanggup membayar RM77 juta kepada Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide tahun lepas.

Najib turut didedah sebagai Ahli Kehormat Persatuan Freemason Malaysia sejak 1980 lalu sehingga sekarang.

Perkembangan terbaru ini, bagi sesetengah pihak, sekaligus menggambarkan bahawa negara kian dikuasai oleh pengaruh Yahudi walaupun rakyat umumnya menolak keganasan kerajaan haram Israel ke atas rakyat Palestin.

P/s : Kesahihan berita ini kurang meyakinkan.. Hanya ahli pemikir dan pengkaji bijaksana yang mampu merungkai semua persoalan.. Tak mustahil juga syiling terbabit mempunyai tahap security yang tinggi bagi mengelak pemalsuan..

Rantai Burung Hantu Haram!


Assalamualaikum W.B.T!
Okay, ini merupakan cerita baru..
Mengapa haram?
Sebab mata dia menakutkan dan membuat budak kecil menangis!
Sebab dia boleh buat tidur malam berulamkan mimpi ngeri!
Sebab dia boleh membuat lelaki merasa terangsang bila melihat gadis yang memakainya..
Sebab dia mampu memanggil makhluk-makhluk halus terutama dari species pijat!
Sebab, dia boleh buat pembaca terkencing dalam seluar!

Pasti ramai yang memilikinya.. Haa! Tunggu apa lagi, buang la cepat! Takpun, hantarkan ke alamat saya! Biar saya jual balik.. Takpun, kalau diperbuat dari emas dan perak, biar saya leburkan dan buat rantai emas!
Okay, semua yang saya mengarut kat atas itu adalah rekaan semata-mata..
Jangan ambil hati okay..
Sekarang, kita akan mengkaji mengapa rantai secomel ini diharamkan..

Simbol burung hantu dipercayai digunakan untuk upacara sihir bagi ahli-ahli freemason..
Arca burung hantu juga banyak terukir di bangunan-bangunan ahli freemason..
Ada pelbagai jenis bahan untuk mengukir arca burung hantu seperti emas, perak, gangsa dan sebagainya..

Washington DC Capitol Hill Owl.. Dikatakan menjadi pusat ahli-ahli freemason melepak..
 Korang dah tahu kan?
Apa lagi?
Nak tanya apa lagi?
Mengapa haram?
Pasal freemason?
Asyik nak freemason je korang ni!
Takdenya freemason!
Pergi mangkat freemason!

Aduhai.. Korang fikir la sendiri!
Bukankah mak kita cakap masa kecil-kecil dulu, "Tak boleh simpan anak patung kat rumah sebab malaikat tak masuk?"
Habis, rantai atau cincin burung hantu ni takde unsur anak patung ke?
Okay, selain anak patung yang menyerupai makhluk hidup, malaikat juga tak masuk rumah yang tertampal poster-poster Justin Bieber atau poster Mazeer Mohamad!
Jadi, sila buang semua okay..
Saya dan Bieber tak bertanggungjawab atas korang yang sangat fanatik kepada kitorang ni..
Ha! Ha! Ha! Ha!
Yang nak simpan tu, simpan la..
Kitorang tak kisah..
Yang penting, jangan ditampal poster itu dan kalau nak tampal jugak, pastikan gambar tidak kelihatan sempurna seperti manusia..
Bagi la gigi hitam banyak sikit..
Letak banyak-banyak jerawat guna marker pen kat muka Bieber..
Kitorang tak kisah pun!
Tak percaya lagi, check sini : Haram Meletakkan Patung Perhiasan Di Rumah!
Dan sini : Adab Berpakaian Dalam Islam!

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Sesungguhnya tuan punya gambar ini akan disiksa pada hari kiamat lalu dikatakan kepadanya : 'HIDUPKAN BARANG YANG DIJADIKAN DAN SESUNGGUHNYA MALAIKAT TIDAK AKAN MASUK RUMAH SESEORANG SELAGI DI DALAMNYA ADA GAMBAR (PATUNG)'." Hadith riwayat Bukhari.

Noh Hujan Ahli Freemason!

Adakah Noh Hujan ahli Freemason?
Kasihan Noh kena tuduh yang bukan-bukan..
Sekarang dah menjadi trend bloggers nak post isu-isu pasal freemason ni..
Saya sendiri tak tahu kenapa..
Mungkin menyumbangkan lagi banyak trafik?
Erm, yea la kot..
Everyday ada je orang nak tahu pasal freemason kan..
Tapi, kalo nak post pun, biar ada bukti yang kukuh..
Jangan nanti jadi fitnah..
Kita jugak yang susah nanti..
Tajuk tidak sekali-kali menuduh Noh adalah ahli freemason!

Lihat lambang Illuminati pada baju Noh..
Okay, berdasarkan gambar..
Adakah sudah cukup bukti untuk kita menuduh Noh adalah ahli freemason?
Andai beliau ahli freemason sekali pun, apa kena mengena dengan anda?
Apa yang anda boleh lakukan?
"Weyh! aku post la banyak-banyak kat blog! Biar peminat dia lari!"
"Kuat sangat ke pengaruh blog ko yang bersarang labah-labah tuh?"

Kotak hitam putih juga dikaitkan dengan Illuminati..
Okay, gambar di atas ditangkap masa AJL (Anugerah Juara Lagu)..
Juga dikaitkan dengan freemason..
AJL pun korang kaitkan dengan freemason?
Topik ini saya memang sangat meluat..
Bak kata Noh, sakit perut aku gelak wei..

Nampak jelas gambar mata satu pada baju Noh..
Nampak tak mata satu itu?
Saya tengok macam biji bearing je..
Kotak hitam putih pada strip tu pulak?
DEMMMM!! Saya terpaksa buang spender kotak hitam putih saya!
Yea la! Nanti orang kaitkan dengan freemason pulak!
Saya terpaksa buang eye drop yang saya pakai kerana ada lambang mata!
Tak pasal-pasal nanti kena tuduh yang bukan-bukan!
Anda faham bukan?
Jangan paranoid sangat pasal freemason..
Nanti terkena diri sendiri..

Jawapan Noh mengenai tuduhan yang dilemparkan kepada beliau..
Noh cakap, " Perkara paling lucu yang tak pernah difikirkan orangaku pakai T-shirt tu pun sebab nak test otak orang-orang yang sukabenda-benda bodoh macam ni, kalo freemason nak pkai aku, maybe aku dah tulis Islam nak jatuh ke apa. Aku lagi waras sebagai seorang muslim, jangan jadi bodoh please? Kalo ni cara korang nak lawan freemason kononnya, aku bagitahu awal-awal ini hanyalah cara nak melaku blog-blog yang kurang perhatian tu.."
 Amboi!
Noh perli saya sekali la!
Ha! Ha! Ha!
Itu la beban yang Noh terpaksa tanggung kerana menjadi public figure..
Nak tak nak, terpaksa terima..

Noh cakap lagi, " Gara-gara sesetengah masyarakat kita suka percaya kepada kepercayaan karut dan suka tuduh  macam-macam, tak bermaksud aku tak boleh pakai baju berlogo apa pun, jangan cetek sangat minda tu nak tuduh suka hati, banyak lagi isu remeh kat negara kita selain nak tuduh orang jadi ahli freemason. Sakit perut aku gelak wei.."
Okay, Noh dah cakap dia bukan ahli freemason, sudah la!
Tutup cerita!
Walaupun jawapan dari Noh agak kasar sikit, kita terpaksa terima la!
Biasa la, darah muda..
Ha! Ha! Ha!


Korang hayati lagu ini..
He! He! He!
Apa-apa pun, all the best HUJAN!





Gereja Terbesar Di Bukit Jalil


Gereja yang akan menjadi gereja terbesar di asia ini diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre akan siap dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.

Kos untuk membina gereja ini ialah RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta. Gereja 6 tingkat dan tercanggih di dunia ini dalam proses untuk menyiapkanya sekarang.

Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa, maka kawasan sempit ini dijangka akan mengalami kesesakan teruk apabila ia siap nanti.







Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa, maka kawasan sempit ini dijangka akan mengalami kesesakan teruk apabila ia siap nanti.


Mengejutkan juga.. Gereja ini mempunyai unsur-unsur freemason!

Jangan terkejut jika setelah selesai pembikinanya nanti, gereja ini akan diisi oleh anak-anak Melayu yang bukan beragama Islam.

Dikhuatiri juga akan lebih ramai lagi remaja Melayu yang beragama Islam yang akan murtad.

Lihatlah saja kepada misi-misinya:


The Mission Statement of the Calvary Convention Centre is:

* To be an inspiration and to benefit all in Malaysia and beyond
* To be a dynamic and positive influence in our society
* To care and to share with those who are without hope
* To equip and train those who desire to serve and help others
* To declare God’s love and His faithfulness to mankind



Persoalannya, perlu ke di negara kita ini dibina sebuah gereja yang sebegitu besar?
 Adakah pihak berkenaan mahu mencabar kedudukan Islam di negara ini?
 Adakah mereka tidak berpuas hati melihat Masjid Jamek Seri Petaling yang sangat besar?
 Namun, keluasan tapak masjid berkenaan tidak sebesar gereja ini.

Illuminati Elements In Linkin Park Clip Video (Iridescent)

Hello there! Can you believe?
Yeah, I'm the one of their DIE-HARD-FANS too!
But, why Linkin Park changed drastically?
We have to consider who their work with!
Linkin Park released a new video for their single “Iridescent”, which is on the Transformers: Dark of the Moon soundtrack.  Like many other videos being released these days, it was loaded with Illuminati symbolism.

So, let's see the truth!

The video opens with an all-seeing eye...


And another immediately after...


Blinded people/slaves. Perhaps the world's population being blinded and manipulated by the elite?


One of many shots of all-seeing eyes and pyramids...


More pyramids...


Transhumanism...


Illuminated eye within what looks like a sun...


Masonic pillars...


The Last Supper. Notice how Mike Shinoda is in the centre, where Jesus is supposed to be...


Alas, Mike with one eye, meaning he is representing Lucifer instead of Jesus...


Chester completely blinded...


How many pyramids can you count?


The snake, which Mike holds throughout the video. We all know what that symbolizes...


Winged disc, as seen in logos such as the one for the Mini Cooper...


Robotic eye...


Mike/Lucifer on his throne with horns, snake and illuminating pyramid. At least we know who Linkin Park worships as lord...


Man controlling humans, possibly referring to Lucifer the "Great Architect". Notice the illuminated pyramid above him...


 And of course, the closing shot is another all-seeing eye...

It’s also interesting to note the lyrics. One verse in particular caught my attention:

“And in the burst of light that blinded every angel 
as if the sky had blown the heavens into stars 
you felt the gravity of temper grace falling into empty space 
no one there to catch you in their arms”


This possibly alludes to the story of Lucifer being cast out of heaven by God.  The use of the phrase “burst of light” may be a reference to Lucifer being called the Light-Bearer.

Overall, this song is possibly be written for the devil, it seems to sympathize with him. I also think the video is one of those that Vigilant Citizen recently mentioned in his article about The Age of Horus: videos that take holy imagery and “de-holify” it and change the meaning into something sinister.

We're not really paranoid about this shit!
Just info for sharing!
just info for y'all to see the truth!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...