Luahan Hatiku...

Assalamualaikum!
Semoga anda semua baik-baik saja di samping keluarga terchenta..
Sejak akhir-akhir ini, aku seringkali tidak dapat melelapkan mata..
Aku tak tahu kenapa..
Yup! Aku merindukan seseorang..
Awek? Aku mana ada awek..
Chenta yang tak kesampaian adalah..
Ha! Ha! Ha!
Okay, kita lupakan semua itu..
Luahan hati Mazeer Mohamad..
Bukan niat hati untuk menolak takdir yang telah menimpa..
Hanya ingin menyedapkan hati ini membayangkan andai abang aku yang bernama Yunus Bin Mohamad dapat meneruskan hidupnya sehingga kini..
Mungkin ahli keluargaku yang lain menyangka aku sudah melupakan arwah..
TIDAK SEKALI-KALI!





Kerana.. Diriku masih tidak pernah mendapat kasih sayang seorang abang, apatah kasih sayang seorang kakak..
Yup! Aku ada abang, ada kakak..
Maaflah andai tulisan ini menyinggung perasaan korang..
Aku buntu.. Aku tiada tempat untuk mengadu..
Mengadu pada korang??
Lagi lah tak!
Ntah, korang anggap aku neyh adik korang ke tak..
Yup! Aku masih ingat..
Masa kecil-kecil dulu..
Kamu mengatakan yang kamu hanya ada empat orang adik-beradik..
Rasanya kamu malu dengan kehadiran kami..
Aku mungkin masih kecil..
Tapi, kamu?
Aku yakin kamu sudah mampu berfikiran waras dan pernah kamu terfikir akan perasaan kami?
Ya Allah..
"SATU AYAH, LAIN IBU DIPANGGIL ADIK-BERADIK TIRI?? APA GUNA KAMU BELAJAR TINGGI-TINGGI MENCECAH LANGIT??"
Kalo nak sangat kepastian, pegi la tanya siapa-siapa ya..
Mungkin juga aku yang beriya-iya nak sangat kamu anggap aku neyh sebahagian dari keluarga kamu..
Maaf, kamu silap..
Aku hanya malu.. Keluarga-keluarga yang lain okay ja..
Adik beradik bersatu-padu walaupun ramai..
Kita? Dah lah sikit..
Masing-masing nak hal-hal sendiri pulak..
Come on lah..
Bila lagi nak membanggakan dan menyenangkan hati ayah?
Kamu tak pernah terfikir betapa penat lelah ayah dengan penyakit yang ditanggungnya menyara kita?
Andai Allah dapat dapat mengeluarkan rasa sayangku pada ayah yang aku pendam di hati ini, nescaya kamu takkan lihat cerahnya langit..
Semua terbalut oleh kasih sayangku..
Namun, kamu juga yang mendapat kasih sayang lebih daripada ayah..
Aku dan adik?
Mangsa melepas geram adalah kan..
Ayah bersabung nyawa ke "sana"..
Ada kamu nak doakan keselamatan ayah?
Pernah kamu rasa tak dapat tidur malam memikirkan keselamatan ayah?
Yang kamu doakan adalah mendapat hasilnya..
Kembalilah ke pangkal jalan..
Itu ayah aku.. Ayah kamu.. Ayah kita..
Tidakkah sedetik pun kamu merasakan perasaan yang sama sepertiku??
Ya Allah.. Berilah petunjuk kepada saudaraku ya Allah..
Aku pulak yang segan..
Mengadu pada adik, memang taklah..
Mungkin juga dia ini sudah mengikuti jejak-jejak mereka..
Walaupun aku tahu dia sedia mendengar apa yang ingin aku perkatakan, memang dia takkan pernah memahamiku..
Andai abangku masih hidup, aku tahu..
Dialah jadi tempat mengaduku selain ibu..
Dia akan senantiasa mendengar luahanku..
Dia akan senantiasa memikirkan kebajikan adik-adiknya..
Aku tahu, aku mesti rapat dengan dia..
Otak dia mesti cerdas..
Dan antara kami semua, dia mesti yang paling kacak..
Yup! Gambar masa dia baby sebelum meninggal dapat membuktikan..

Abang..
Telah lama aku mengidam untuk memanggil seseorang yang layak bergelar abang..
Abang aku akan menjaga aku dan adik..
Abang aku takkan fikir pasal makwe dia..
Dia akan utamakan adik-adik dia berbanding hal-hal macam tuh..
Aku tahu..
Sebab dia abang aku..
Darah daging aku..
Dia takkan tersesat seperti yang lain-lainnya..
Abang mesti akan selalu menanyakan khabarku..
Andai abang masih hidup, aku takkan susah macam ni..
Kais pagi makan pagi, kais petang tak makan-makan..
Hanya Allah tahu derita hatiku..
Bibirku menguntumkan senyuman..
Gelak tawaku bagai kanak-kanak riang..
Namun, rahsia yang ada dalam hati, siapa yang tahu?
Yang pastinya, mesti ada seorang lagi insan yang menyayangi ibu dan ayahku sepertimana aku menyayangi mereka..
Akan bertambah lagi seorang insan yang akan senantiasa mendoakan mereka berdua..
Yup! Dialah abangku..
Nama di Yunus..

Siapa tahu, wajahku yang kelihatan begitu riang seringkali menangis di tengah malam mengenangkan nasibku?
Bukan tidak bersyukur..
Bukan tak mampu bersabar..
Kadang-kadang, kita perlu melepaskan segalanya untuk mententeramkan jiwa..
Kadang-kadang aku tak layan kawan-kawan..
Bukan bermaksud aku sombong..
Aku memerlukan masa untuk bersendirian..
Selepas beberapa ketika, aku akan menjadi periang semula..
Insyaallah..


Andai abang aku ada, mesti dia akan jadi tempat mengaduku..
Yup! Takde makwe nak mengadu..
Tak macam korang..
Tak perlu jauh-jauh..
Aku tujukan untuk adik-beradik aku..
Mata dibutakan oleh percintaan..
Bukan aku tak nak atau tak mampu nak mencari makwe..
Dan bukan aku aku jealous atau larang korang mempunyai makwe/pakwe..
Andai mencari makwe/pakwe, pastikanlah makwe/pakwe korang tuh baik akhlaknya..
Aku yakin dengan kechantekan dan paras rupa mereka..
Sebab, pilihan korang memang superb!
Agamanya? Akhlaknya?
Mampu tak mereka membimbing kamu kelak?
Aku taklah baik mana pun..
Sekadar memberi nasihat..
Andai aku sebagai ahli keluarga kamu tidak memberi nasihat, siapa lagi??
Diriku masih mencari seseorang yang mampu mengingatkanku..
Semoga Allah mempertemukanku padanya kelak..
Takkan kamu nak tersesat seumur hidup..
Andai abang aku ada, dia takkan fikir pasal kahwin-kahwin dulu..
Takkan la dia nak semak-semak fikir pasal makwe..
Apa yang dia fikirkan, bagaimana untuk menyenangkan ibu bapanya..
Bagaimana nak menyenangkan adik-adiknya..

Ya, mungkin aku tiada hak untuk meluahkan semua ini..
Aku dan kamu berlainan ibu..
Tapi, kita adik beradik kandung..
Aku tak minta kamu menyayangi aku..
Aku minta kamu menghormati ibuku..
Walaupun berat sangat untuk menyayanginya, cukuplah dengan menghormati dan menjaga hatinya..
Bukan mengumpat mahupun memburuk-burukkannya di mata orang..
Kamu tiada sedar..
Kamu hanya memburuk-burukkan diri kamu sendiri..
Pernah dengar pepatah "anak tak sedar diuntung??"
Itulah yang aku dengar dari mulut orang yang kamu sebarkan berita itu..
Ingat siapa yang menjaga kamu masa kecil-kecil dulu?
Ibuku melebihkan kamu dari aku dan adik..
Kami mengalah..
Sebab, kami sangat menghormati kamu..
Aku mengaku..
Dulu aku memang nakal.. Aku suka buat kamu marah..
Tapi, Kamu cuba fikir sendiri..
Mungkin, aku takda abang yang nak didik aku kan..
Andai abang aku ada, abang aku mesti didik aku baik-baik..
Abang mesti ajar aku semua mata pelajaran..
Aku mesti jadi pandai macam dia..
Sebab aku tahu, abang aku mesti jauh lagi pandai dari aku..
Dulu kamu boleh suka-suka cakap itu ini tentang ibu kami..
Kami diam..
Sekarang, kamu cuba la..
Andai darahku mengalir ke bumi demi mempertahankan maruah ibuku, aku tidak kisah..

Andai kamu merasakan wang ringgit adalah sumber utama kegembiraan, kamu silap..
Nasihat dan semangat..
 Itulah aku perlukan..
Andai abang aku ada, mesti dia menjadi inspirasi aku untuk meneruskan kehidupan..
Dia mesti senantiasa menyuntik semangat dan nasihat untuk aku meneruskan kehidupan..
Bukan membebankanku..
Bukan membuatku bertambah celaru..
Dan tidak sekali-kali dengki kepadaku..

Mungkin fikiran aku sangat bercelaru masa ini..
Jauh di perantauan..
Tiada siapa menjaga ibu dan ayah..
Aku bukan nak mengaku diri aku baik..
Jauh sekali..
Tapi, anak mana yang tak sayang ibu ayah?
Jauh lagi perjalananku..
Aku harap, aku sempat membalas jasa ibu ayah yang takkan pernah ternilai dengan wang ringgit..
Andai abang aku ada, mungkin aku tak perlu memikul beban yang tak tertanggungkan ini..
Sebab, aku yakin, abang mampu memikulnya untuk aku..
Mungkin aku jenis yang pendiam..
Mungkin juga sukar untuk mendekatiku..
Andai kamu berjaya mendekatiku..
Insyaallah..
Kamu akan mendapat seorang sahabat yang kamu boleh percayai..
Mungkin hanya abang aku mampu menguntai segala yang bermain di benakku..

Andai aku punya ramai bestfriend pun..
Takkan semua rahsia aku nak cerita pada dorang kan?
Aku tahu, mereka juga meyimpan banyak rahsia dari pengetahuanku..
Jadi, ada baiknya aku hanya menyimpan rahsiaku..
Andai abang aku ada, akanku cerita semua rahsiaku kepadanya..
Sebab aku tahu, dialah yang akan lebih memahamiku selain ibuku..
Bukan tak boleh nak cari abang angkat..
Senang ja pun..
Tapi, nanti lain pulak jadinya..
Kih! Kih! Kih!

Jadi, kepada sesiapa yang masih mempunyai abang/kakak, hargailah..
Sebab, bukan semua insan dapat merasakan nikmatnya..
Kepada adik-adik pula, jangan keras kepala sangat..
 Kadang-kadang kamu kena bertolak-ansur dengan abang/kakak kamu..
Mentang-mentang adik, nak abang/akak je nak mengalah..
Kadang apa yang abang/kakak cakap tuh ada betulnya dan pastinya untuk kebaikan kamu kelak..
Aku titipkah Al-Fatihah untuk arwah..
Amin..
Semoga roh tenang di sisi Allah..
Mazeer rindu abang..
Tak sabar nak jumpa abang..
Insyaallah..

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...