Sebab Mengapa Perempuan Bertudung Lebih Baik ..^^



Bismillahirrahmanirrahim..

Salam Alaik..
Post untuk pertama kalinya ne..
Ana nak share sesuatu ttg satu perkara asas dalam syariat Islam..
Bertudung..

Mungkin yg belum bertudung.. Tidak apa2..
Perlahan2 ya berubah..
Mula2 cuba untuk bertudung kecil2 dulu..
Selepas tu.. cuba bertudung yg tutup dada pula..
Lama2 anda selesa untuk bertudung..^^
Supaya hati anda sentiasa istiqamah untuk bertudung.. 
Cuba cari kawan2 yg mampu mmbawa anda untuk mgenal cara hidup dalam Islam..
Insya Allah.. Anda akan terasa nikmat bertudung sebenar-benarnya..
Mesti cuba r.. Kalo tak cuba.. Mana dapat tahu dan rasa sendiri kan? ^^

Tapi untuk sebenarnya.. Anda seharusnya bertudung..^^
Tidak boleh mengingkari perintah Allah walau apa keadaan skalipun..
Tiada alasan kita untuk tidak bertudung..
Siapalah kita untuk mengatakan "Ah, Tidak mahu!, Nantilah, Ok2.. Esok sya cuba.."
Mati tu bila2 sja.. Kita tak thu esok Allah bg pluang lg tak untuk kita hidup..=)
Kesian n2t kita kalo Allah dah sentap nyawa dgn cara tak baik.. Tambah lgi kita tak sempat nak berubah..
Konfirm anda dpt agak apa yg anda trima di akhirat kelak..^^

Hm.. Ya mungkin.. Kita slalu jga mendngr crita ttg zaman Rasulullah..
Ttg seorang pelacur yg masuk syurga sbb bg Anjing minum guna kasutnya..
Seorang wanita yang sgt suka berhibur pada zaman Rasulullah tp dimuliakan Allah smsa dlm syurga sebab dia akan berhenti berhibur krn menghormati setiap azan berkumandang..
Mcm nampak sgt mereka lgi lah mcm tak bertudung kan?
Itu kan kehendak Allah.. Kita tak thu sbnrnya mungkin sblum pelacur tu masuk syurga.. Dia penah jga kan kena seksa dlm neraka Allah.. Kita mana tahu kan?
Itu pun diceritakan hanya sebahagian sahaja..
Kta pun tak thu apa yg terjadi pada waktu itu kan?
Wallahualam.. ^^

 Sekarang..
Tak perlulah kita terlalu meminta untuk membandingkan apa yg berlaku pd zaman Rasulullah dgn skrg..
Ketika itu.. Rasulullah sdang menyebarkan Islam.. Jd.. Tak semua org tahu ttg Islam..
Yang kita di zaman skrg..
Islam hampir tersebar ke seluruh global..
Dari kita untuk mempelajarinya scr mendalam dan memperbaiki diri..

Apa lgi yg kita ni sgt beruntung..
Al-Quran telah dibukukan oleh sahabat Rasulullah untuk memudahkan kita membuat rujukan..
Pada zaman Raulullah.. Al-Quran belum lgi dibukukan..
Masih mngharapkan para hafiz dan hafizah yg menghafaz Al-Quran..
Jd.. Rujukan utama yg mereka perolehi hanya pda Nabi Muhammad dan para murabbi di sekitar Madinah pada waktu itu..^^

Alahai..
terlebih intro dah..^^
Ok2.. Back to the topic..
Post kali ne ttg hikmah atau mengapa org yg bertudung tu lebih baik..
Baca perlahan2 dan berlapang dada setiap hikmah yg ada pada bertudung..
Mga hati anda dapt merasakan sesuatu yg positif ttg bertudung.. ^^
Amin..



Tuntutan agama.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya:
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya."

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
*Rasulullah menjawab: "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya."

Mengurangkan dosa.

Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat.
Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat.
Tahukah berapa ribu helai rambut anda?
Dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

Lebih pintar dan tenang.

Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa.
Cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung.
Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak.
Otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

Bukti melalui buku Dr. Danial Zainal Abidin dalam Buku Quran Saintifik mengatakan:

Artikel Highest Phosphorus Foods, Canadian Neuro-Optic Research Institute:
"Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah farenheit ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini akan menjejaskan kesihatan otak.
Justeru itu, kepala hendaklah ditutup untuk melindungi bahagian kepala."


Membezakan samada wanita itu
muslim atau non-muslim.

Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung.
Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim.
Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer..
Jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka..
Di mana orang yang merdeka wajib bertudung.
Manakala dalam tafsiran yang lain..
Dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah
wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.


Tidak membazir.

Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut.
Warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo.
Pewarna mahal atau pergi ke salun.


Mengelakkan gangguan golongan yang berhati jahat.

Sebagai perumpamaan..
Andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu show..
Yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi)..
Sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk mendapatkan wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya.
Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap bertudung.
Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan tudung mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.

Lebih sopan dan manis.

Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis.
(Jadi anda ada value added sebenarnya..^^)


Rambut lebih tahan lama dan sihat.

Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut.
Walaupun anda memakai syampoo pelindung..
Hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

Menjadikan diri anda “Mahal”.

Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

Lebih dihormati.

Wanita bertudung lebih dihormati ramai..
setiap tutur katanya menjadi panduan..
dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi

Dalil Berkaitan Kewajipan Bertudung.

Dalam firman Allah dalam surah Al-Ahzab: Ayat 56 yang bermaksud:

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


Rumusan.

Ingatlah wahai muslimah sekalian..
Andainya anda menganggap pakaian haram yang anda peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang disarankan oleh Allah..
Sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa pakaian yang disarankan oleh Allah itu adalah tidak cantik..
Di masa anda menyatakan demikian.
Maka anda di saat itu sedang melakukan kesyirikan yang tidak kurang besarnya..
Dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan anda itu sebenarnya menunjukkan anda sedang memprotes apa yang telah diperintahkan oleh Allah..

Moga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kalian.. 
Barakallahufik..^^

Sumber:
  1. Tafsir Al-Quran.
  2. M/s 228-230, Hikmat Menutup Aurat, Dr.Danial Zainal Abidin, Quran Saintifik (Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains).
  3. M/s 85, Batas Aurat, Husna Hassan, Majalah Solusi Isu 25, 2011, Telaga Biru. Sdn.Bhd.
  4. Risalah I-Kent Edisi 12, Sampai Bila Mahu Buka?, (2011).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...