Salam Persahabatan Malaysia Indonesia!


Assalamualaikum W.B.T!
Salam satu nusantara!
Sebelum ini saya ada menerbitkan post yang bertajuk "Pesan Damai Untuk Malaysia dan Indonesia!" hasil nukilan seorang sahabat kita dari Indonesia yang inginkan keamanan..
Siapa tidak mahukan keamanan?
Semua manusia mahukan keamanan..
Malaysia dan Indonesia adalah serumpun..
Bahasa kita tidak jauh perbezaannya..
Saya sendiri mampu memahami cerita sinetron tanpa bantuan sari kata..


 ANTI-MALINGSIA!
Istilah ANTI-MALINGSIA memang sangat menusuk ke jantung warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi..
Facebook page ANTI-MALINGSIA memang banyak menimbulkan kontroversi dan provokasi..
Ada apa dengan ANTI-MALINGSIA?
Sudah semestinya perkataan MALING=PENCURI membuat rakyat Malaysia kurang berpuas hati..
Saya tidak nafikan terdapat juga Facebook page yang ANTI-INDONESIA..
Namun, bagi saya yang hanya inginkan keamanan, saya menyeru kepada mereka yang lembut hatinya agar tidak sesekali melayan page-page yang sedemikian rupa..
Ia mampu mengaburi pandangan dan menghasut hati anda..

PERANG CYBER!
Seperti yang kita ketahui, perlawanan Malaysia menentang Indonesia semalam memang amat sengit sehingga membawa kepada penentuan penalti..
Perlawanan yang sangat bersejarah itu disaksikan oleh jutaan peminat bola sepak Malaysia mahupun Indonesia dan kemenangan berada di pihak Malaysia..
Jangan beranggapan andai Malaysia memenangi pingat emas kita boleh memperlekehkan Indonesia..
Mungkin rezeki di pihak Malaysia..
Syabas buat Indonesia yang mengumpul bilangan emas tertinggi..
Namun, akibat kekalahan Indonesia dalam bola sepak, sudah ada hackers yang menggodam laman web kerajaan Malaysia..
Benar, mereka umpama menyiram minyak tanah ke dalam api yang sedang membakar..
Jadi, saya menyeru..
Andai anda hackers yang lembut hatinya, jangan menambah andaian buruk warga Malaysia terhadap anda..
Mungkin anda rasa hebat..
Tapi, akibatnya??
Ia menaikkan lagi kemarahan Malaysia terhadap Indonesia..
Dan ia melibatkan seluruh rakyat anda..
Tidakkah anda rasa bersalah?

AMAH INDONESIA!
Tidak dapat saya nafikan, kami juga bengang dengan tindakan warga Malaysia yang menyiksa amah Indonesia..
Kami tidak sedikit pun menyokong penyiksaan itu malah kami juga bengang dan berharap kes tersebut dibawa ke muka pengadilan dan pelaku diberikan hukuman yang setimpal..
Jadi, mengapa harus dibesar-besarkan?
Ada juga amah yang sanggup menyiksa anak warga Malaysia dan melarikan harta benda tuan mereka..
Jadi, saya rasa, kita tidak perlu memperbesarkannya..
Hal mereka biarkan mereka yang selesaikan..
Tidak perlulah kita menjadi golongan munafik..

FACEBOOKERS DAN BLOGGERS!
Update status dan post maki-makian terhadap negara orang merupakan perbuatan yang sangat bodoh..
SIAPA PUN AKAN MARAH SEKIRANYA ANDA MEMAKI DAN MENGHINA NEGARANYA!
Jadi, saya menyeru kepada mereka yang lembut hatinya agar membuang semua post yang berunsurkan makian..
Mungkin anda berasa hebat tapi kesannya akan meluas dan tempias kemarahan itu akan mengena kepada orang lain yang tidak bersalah..

DALAM SETANDAN PISANG BUKAN SEMUA BUSUK!
Tak kira Malaysia mahupun Indonesia..
Pasti terdapat duri dalam daging yang suka memecahbelahkan dan menimbulkan provokasi..
Jadi, kita tidak seharusnya mengikut jejak langkah mereka itu..
Apa yang boleh kita nasihat, nasihat semampu kita..
Jika dia mengambil keputusan untuk terus berlaku sedemikian, biarkan saja..
Yang pastinya, jangan layan..
Pandai juga mereka senyap nanti..

UMAT ISLAM!
Malaysia dan Indonesia..
Kita serumpun!
Kita seagama!
Kita saudara!
Lupakan persengketaan!
Hentikan penghinaan!
Salam Persahabatan Malaysia Indonesia!


Daripada Abu Hurairah r.a. Ia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda : Janganlah kamu saling dengki-mendengki, janganlah kamu saling tipu-menipu,janganlah kamu saling benci-membenci, janganlah kamu saling belakang-membelakangi(musuh-memusuhi) dan janganlah sesetengah kamu menjual atas jualan setengah kamu yang lain, tidak boleh ia menganiayai, dan tidak boleh mengecewakannya, dan tidak boleh membohonginya, dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini, sambil ia menunjuk ke dadanya tiga kali, cukuplah kejahatan seseorang itu menghina saudaranya yang Islam.
(Riwayat Islam)



P/s : Mulut tanpa akal yang bicara = Kosong
Mulut dengan kemarahan yang bicara = Bodoh
Mulut dengan akal yang bicara adalah yang terbaik..
Jangan kerana mulut badan binasa..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...