KEPUTUSAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM 9 JANUARI 2012!

Siaran Langsung keputusan kes liwat Anwar Ibrahim 2012.Sebelum ini Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan menangguh berhubung kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tahun lalu.Dan hari ini keputusan perbicaraan akan diketahui.

Dalam pada itu,Anwar mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan(sebatan dikecualikan atas faktor usia), jika sabit kesalahan.



Ini merupakan pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar.Di mana pada tahun 2000, beliau telah didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.

Sehubungan itu,satu perhimpunan “Bebaskan Anwar 901” juga diadakan oleh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini.
Ikuti keputusan “Kes Liwat Anwar Ibrahim” yang akan dikemaskini dari masa ke semasa dalam ruangan ini.”Bersalah atau tidak ?”.
Gambar diatas menunjukkan Dato Seri Anwar Ibrahim mula tiba di Mahkamah dan dikerumuni penyokong dan wartawan.Perbicaraan dijangka akan berlangsung,Anwar dan keluarganya tiba sambil diberi sambutan gemuruh dengan laungan “reformasi’ bergema sekitar kawasan ini.
Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.
Para penyokong Anwar Ibrahim bersorak gembira mendengar keputusan Anwar bebas

Anwar Bebas
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...