Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!

Assalamualaikum W.B.T!
Apa khabar anda di sana? Sihat?
Selesa tak duduk negara kita?
Selesa tak belajar di negara kita?
Selesa tak berkerja di negara kita?
Pelajar dan pekerja asing pula macam mana?
Saya yakin, kita semua selesa dengan keadaan sekarang..
Orang lain je yang tak selesa tengok kita selesa..

"Weyh! Aku tak arrogant la! Aku ni polite tau!"
"Polite tu ape? Bunyi macam pulut je!"
"Itu la masalahnya kalo takde english education!"
"Oh, penting ye sekarang english education!"
Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Itu tak kena, ini tak kena, semua tak kena!
Itu tak boleh, ini tak boleh, apa pun tak boleh!
Semua benda mereka nak kritik! Semua benda mereka tak puas hati!
Semua nak buat provokasi! Baling batu, sembunyi tangan!

Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Mula la nak kritik pemimpin!
"Pentadbiran dia tak sedap la!"
"Tak Nak Najib!"
"Najib Letak Jawatan!"
"100,000 Orang Muda nak Najib Letak Jawatan!"
Pak Lah dah kena, Najib pula mangsa seterusnya..
Habis, korang nak siapa jadi pemimpin?

Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Mula la nak buat demonstrasi sana sini!
Ikut sangat ketua mereka yang kononnya banyak pengaruh tu!
Pembangkang pun, mula la nak sibuk!
Cedera sana, cedera sini, konon mati seorang!
Nak meraih simpati rakyat la tu!
Oh, Raja Drama!

Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Mereka yang nak bersuara, nak hasut orang lain!
Bila orang lain yang kena, mereka pura-pura tak tahu!
Pelajar-pelajar pun tak terlepas dari hasutan mereka!
Mereka fikir pelajar ni mudah sangat nak percaya kata mereka!

Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Agong pun kena?
Mana prinsip rukun negaramu?
"Kesetiaan kepada Raja dan Negara!"
Benda tu yang kau ulang-ulang sejak bangku sekolah!
Namun, malangnya kau tak pernah menghayatinya!
Lagu "Negaraku" pun habis kau balun jadi lagu mengikut nafsumu sendiri!

"Aku memang sangat berani! Lantaklah! Aku peduli apa?"
"Bawak-bawaklah bertaubat!"
"Suka hati aku la!"
"Okay, ada apa-apa nanti, jangan nak mintak aku tolong! Ingat, kerana mulut badan binasa! Kerana jarimu yang liar tu, lokap tempatmu!"
Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Pasukan keselamatan pun berani mereka nak tentang!
Bila pasukan keselamatan balas balik, mula la menimbulkan tuduhan!
Pasukan keselamatan tak bertanggungjawab! Pasukan keselamatan ganas!
Pasukan keselamatan gangster!
Kamu tu yang ganas macam mafia, kamu tak fikir pula!
Polis teriak sikit, dah mula la air mata nak mengalir..
Habis, kalau mereka cakap slow-slow, korang nak dengar ke?

"Cakap! Korang nak siapa jadi pemerintah! Cakap!"
"Siapa-siapa je la! Yang penting bukan Najib, Anwar Ibrahim atau Nik Aziz!"
"Apesal pulak?"
"Huh! Entah la! Hati ini mengatakan mereka-mereka ini penuh dengan konspirasi!"
Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Nak buat itu ini, menyusahkan orang lain!
Fitnah sana, fitnah sini! Tipu sana, tipu sini!
Si pembangkang pula, kembang seluruh bulu dia bila rakyat mula kecam kerajaan!
"Inilah peluang kita! Ini masanya kita tunjukkan!"
"Jom kita hebohkan demonstrasi! Jom heboh-heboh!"
Penyudah? Rakyat sendiri yang susah..
Hak aku sebagai rakyat mana?
Memang anda ada hak untuk bersuara..
Tapi, gunakan medium yang betul..
Apa? Tak kena layan?
Jadi, kena buat demonstrasi la?

Okay, entri ni takda nak meyokong kerajaan mahupun pembangkang..
Tapi, saya sarankan, jangan percaya sangat apa yang korang lihat..
Buat kajian sendiri dan tanya kepada mereka yang lebih pakar..
Ada apa pada politik? Saya juga curious nak tahu!
Tapi tunggu saya dah lepas belajar la!
Pelajar tak boleh sertai mana-mana parti politik..
Nak ambil tahu tu boleh..
Tapi, apa jadi pada pelajar sekarang?
Nak juga menyibuk sokong-sokong sana sini..
Come on la, pinjaman kamu tu pun tak langsai lagi, nak kritik-kritik kerajaan buat apa?
Bagi saya, syukurlah kita hidup dengan selesa kat negara ni..
Kalau tak suka duduk negara ni, pegi cuba duduk negara lain..
Baru kamu tahu betapa amannya Malaysia..
Di sini saya ada titipkan video Bersih 2.0 yang mengecam tindakan pasukan keselamatan..
Korang lihat sendiri dan ulas mengikut logik akal pemikiran matang korang..


Video ni agak berat.. Ada baiknya korang tengok kat youtube je..
Mereka pakai camera video mahal beb!
Jangan tak kembali ke blog ni!
Ada banyak benda yang kita nak selongkar!
Sesungguhnya, semua itu hanya propaganda nak menjatuhkan imej pasukan polis semata-mata!
Okay, dari pengamatan dan pemikiran matang saya sebagai lelaki budiman..
Mereka yang buat demonstrasi ni, kita kena balas dengan cara apa?

Cara lembut..
"Bang, tepi sikit bang.. Tumpang lalu bang.."
"Please, jangan buat bising dah.. "
"Awak tolong jauh sikit.. Saya nak halang mereka tu.."

Cara kasar..
"Woi!! Blah la bangang!!"
"Tepi!! Tepi!! Nak kena sepak ke??"
"Nah, ambik kau pelempang sebijik!! Bising sangat!!"

Cara mana anda rasa yang paling efektif dalam situasi yang sangat kucar-kacir masa tu?
Atau anda nak pasukan keselamatan duduk diam je tengok macam tu..
Keluar la tanduk ahli demonstrasi tu!
Saya sebagai pelajar inginkan keamanan.. Inginkan keselamatan.. Tak sukakan keganasan..
Melalui video itu, sampai nak repeat dua kali polis pukul orang, buat apa?
Negara lain yang main tembak-tembak tak repeat pun!
Tembak-tembak lagi syok kot kalau repeat!


Mungkin anda tak lihat video seumpama ini kat stesen TV..
Tapi, anda bayangkan andai stesen TV menyiarkan video seumpama ini?
Pasti kucar-kacir satu negara!
Mak bapak korang pun tekejut melihat..
Katak kat rumah korang tu mati serta-merta kena serangan jantung!
Mati katak!

"Kitorang dipukul walaupun kitorang tak melawan!"
Habis, kalau tak pukul, macam ko nak ikut apa yang pasukan keselamatan arahkan!
Guna cara lembut, lagi ko menggeliat macam cacing kepanasan!
"Pemimpin kitorang kena tangkap!"
Kalau nak leraikan sesuatu demonstrasi, kita kena tangkap ketua dia!
Kalau kita fikirkan mengikut apa yang polis fikirkan, memang itu cara yang terbaik untuk meleraikan demonstrasi!
"OMG! Dia mati la! Haaaaaaa! (Mata ke atas, tangan ke bahu..)"
Ada juga yang pura-pura mati?
Berapa kau kena bayar? Berapa?
Kau sudah menyebarkan fitnah! Berapa orang anggota polis telah kau fitnah?
Berapa juta rakyat yang tertipu? Kau sanggup menanggung dosa itu?
"Mereka tak bawak First aid Kit la!"
Ada pula masa pasukan keselamatan nak sediakan barang-barang tu semua..
Kalau ada pun, mesti dah tertinggal kat mana-mana!
Lagi pun, mereka cakap demonstrasi ni aman.. Mesti la pasukan keselamatan tak nak sediakan benda alah tu semua!
Si pelakon yang mati masa tu, sesak nafas la konon-kononnya.. Apesal orang kat sekeliling dia tak buat CPR? Geli ke? Nyawa kot! Saya pun sanggup kalau dah sebut pasal nyawa..
Atau, semua itu hanya konspirasi?
Rakyat Malaysia terlalu dimanjakan..
Sampai terlupa betapa payahnya nak mencapai sesuatu kemerdekaan..
Wartawan pula time ni la nak cari makan..
Sebarkan semua keganasan pasukan keselamatan..
Hasut rakyat Malaysia..
Tapi, secara tak langsung, mereka membuka mata rakyat..
"Buat apa nak pegi sokong demonstrasi?"
"Tak nak aku kena lempang macam tu!"
"Demonstrasi bukan cara kita!"
Ambiga oh Ambiga oh Ambiga!
Kalau nak sangat Bersih 2.0, buat la dengan cara yang betul..
Kasihan sikit pada kami student-student ni..
Kami inginkan kedamaian! Kami tak sukakan keganasan!
Anda dah tunjuk contoh yang kurang baik!
Bersih 2.0 anda memang betul untuk kebaikan.. Tapi cara anda itu kurang efektif!
Andai kami ingin pinjaman kami ni menjadi biasiswa, perlukah kami menjalankan demonstrasi seperti anda?

P/s : Orang yang pura-pura mati tu ada kat hospital dan sekarang berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut!

Okay, sekarang hayati video ini dan hayati setiap perkataan yang ingin disampaikan..
Insyaallah akan mendapat kebenaran..



Hah, korang dengarlah apa pak cik tua ni cakap pulak!
Buka mata, buka hati!
Insyaallah, ditunjukkan jalan kebenaran..
Berbaktilah untuk negara!
Bukan negara yang berbakti untuk korang!
Pak cik tua tu memang terbaik!!

Jadi, nasihat saya untuk pelajar-pelajar sekalian..
Korang tak payah nak masuk campur hal ini..
Nanti korang pula rasa macam mana payahnya menjadi pemimpin..
Nanti dah rasa, baru korang tahu..
"Alamak! Susahnya jadi pemimpin.."
"Apalah rakyat ni! Tak reti nak bersyukur ke?"
"Penat aku kerja untuk mereka! Ini yang mereka balas pada aku!"


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...