Star of David!

Assalamualaikum W.B.T!
Post ini hanya untuk mereka yang inginkan kebenaran..
Sesungguhnya kebenaran itu berada jelas di mata kita..
Namun, kita sahaja yang berpura menutup mata dan tak nak mengambil tahu..


Ini adalah siri mengenai simbol-simbol dalam teori konspirasi yang mungkin banyak disalah anggap oleh orang ramai. Sejak kemunculan siri video "The Arrival" (berterima kasih pada Abdullah Hasheem, pemula siri The Arrival), ramai orang mula membuka mata tentang konspirasi. Ada yang menganggapnya serius, ada yang sambil lewa, dan ramai yang tidak hiraukan. Tapi, rata-rata yang kita kenal dan jumpa, takut dan obses dengan simbol-simbol ini, seolah-olah segala-galanya adalah dajjal yang punya. Hebat sangatkah dajjal ini? 
Kadang kala, kita juga harus mengkaji dan mengambil tahu mengenai konspirasi..
 Mari kongsikan apa yang umum tahu tentang simbol-simbol konspirasi yang mana sebenarnya, kalau diperhatikan, ianya boleh diterjemahkan kepada simbol islamik dan tauhid. Tak percaya, mari kita selongkar dalam siri Konspirasi: simbol yang di putar cahayanya : Star of David!

SEGITIGA, PIRAMID, TIGA TITIK itu adalah simbol dajjal dan syaitan?

Kalau saya kata simbol-simbol freemason, illuminati dan lain-lain itu adalah sebenarnya milik islam tapi diputar alam oleh dajjal and the gang, adakah anda percaya?

Ia adalah simbol bendera Israel, digunakan oleh Kabbalah dan judaism. Banyak pentagram dan diagram mengunakan simbol ini melibatkan penyembahan syaitan. Banyak di gunakan untuk ritual dan magik. Nampak saja simbol ini, kita terus ingat YAHUDI. Betulkan?

Tahukah anda bahawa Star Of David yang dipakai Israel itu adalah lambang Nabi Daud a.s dan mempunyai maksud yang tersembunyi? Tapi ingin saya memberitahu bahawa ramai remaja-remaja yang baru berkecimpung dalam pengkajian teori konspirasi ini akhirnya jadi takut dengan lambang Star of David itu.. Mereka kata itu lambang syaitan.. Masyallah, jadi, bagi saya ini adalah antara fitnah dajjal.. Bolak balik batil jadi haq dan haq jadi batil.


Star of David ini sebenarnya bermula dari simbol numbor 7, yang mana tengahnya ditarik dan menjadikan sebuah segi tiga. Ini bermakna, ada dua 7 yang di jadikan bentuk segi tiga. 7 yang dimaksudkan dalam istilah Judaism ialah 7 malaikat utama seperti Jibrail, Mikail dan seumpamanya (sedangkan islam ada 10 yang utama). Walaupun begitu, 7 ini juga disebut sebagai 7 hari dalam penciptaan. Selain itu 7 juga dimaksudkan dengan 7 tingkat langit dan bumi. Ini semua dalam Judaism. Malahan, Islam mengesahkan perihal 7 ini (kecuali 7 hari kejadian tu, sedangkan dalam Quran disebut, 6 masa, bukannya 7 hari).

Secara ringkasnya, Shield of David ini (atau di sebut sebagai Star of David) ini, mengandungi maksud 7 petala bumi dan langit, 7 hari, 7 malaikat dan ia adalah 'perisai'.

Jika anda pernah pergi ke Galeri Shah Alam, anda pasti ada terlihat satu keris yg mana ada 'Wafaq' Sulaiman.. Sebijik sama seperti Star of David tu dan di situ dia tulis penerangannya, Wafaq Sulaiman ini untuk kekuatan dalaman dan luaran si pemakai. Bagi saya, bukan Wafaq Sulaiman tu yg terer.. Tapi simbolik di sebaliknya.. Yakni pergabungan alam sgahir dan kabir, 2 kalimah syahadah atau mungkin Nur Muhammad Nur Allah yang tak bercerai-berai yang selalu dibacarakan oleh golongan hakikat.

Kali ini kita sentuh bab piramid pula yang menjadi based untuk Star of David. Sebenarnya, bukan bentuk piramid tu yang penting, tapi tiga bucu yakni tiga titik tu yg penting..


Senang kata, 3 perkara dalam pembentuk 1 bentuk piramid. kalau tengok khatamul nubuwah, juga tiga segi (tapi ada juga yg kata bukan macam tu, tu hanyalah sebahagian). Meskipun demikian, saya ambil pasal 3 perkara yang telah diketahui oleh orang hakikat yakni ALLAH, MUHAMMAD, ADAM. Tiga perkara penting dalam pembentukan 'Institusi Ketuhanan' (mungkin ramai yang kurang faham, tapi silalah mencari perihal ini dengan guru anda sekali. Insyallah akan diterangkan. Anda harus bertanya kepada mereka yang lebih arif mengenai hal ini).

Dan kenapa dua piramid di satukan?
Adakah ia mengenai kalimah syahadah, kunci bagi segalanya.
Alam atas, alam bawah, alam kabir, alam saghir.
(alam malakut, alam penciptaan, alam semesta, alam dalam diri seperti mimpi, khayalan, minda dan lain-lain).
Dan tiap perkara ada oppositenya masing-masing (syurga neraka, bulan bintang, tanah air, lelaki perempuan dan lain-lain).

Ringkasnya, Star of David sebenarnya melambangkan penyatuan yang sejati. Tapi Israel mengunakannya sebagai 'Lambang Kuasa' untuk re-claiming tanah yang kononnya mereka yang punya. Ia bukan hanya sekadar simbol tapi lebih dari itu. Ia simbol ketuhanan, kehambaan dan isi sebenar kenapa 'kita ada di sini'.

 Jadi, kesimpulan dari STAR OF DAVID ini adalah:
- Ia milik Nabi Daud a.s.
- Digelar perisai Nabi Daud (yang mana 'suara' Nabi Daud mampu 'memberhentikan' burung dan apa yang bergerak').
- Juga digelar sebagai 'Seal of Solomon' atau 'cop mohor Nabi Sulaiman a.s' (tentang peguasaan Nabi Sulaiman yang luas).
- Terdiri dari 7 yang jadi segitiga dan digabungkan pula dua segitiga tadi (7 angka spiritual).
- Segi tiga yang mempunyai 3 bucu/titik merujuk pada tiga perkara utama yakni ISLAM, IMAN dan IHSAN yang baru bersatu, gerak seiring, baru teguh.
- 3 perkara yang juga boleh di rujuk sebagai ALLAH, MUHAMMAD dan ADAM (yang mana di 'gunakan' oleh falsafah Trinity Kristian dengan meletakkan sebagai Jesus anak Tuhan).
- 3 perkara yang juga merujuk pada KEPALA, BADAN dan KAKI (tanpa kepala tak boleh hidup, tanpa badan tak bermanfaat dan tanpa kaki tak mampu bergerak).
- Gabungan dua segitiga yakni 2 kalimah syahadah yang tidak boleh dipisah ceraikan.
- Ia di gelar Perisai Daud dan simbol kerajaan Sulaiman, jadi ia bermaksud 'harus pertahankan 3 perkara dan 2 kalimah' seteguh mana kerajaan Sulaiman yang tak mungkin dapat ditandingi oleh mana-mana pihak.

Jadi, siri ini mengajak pembaca supaya melihat simbol konspirasi, dari obses atau takut membuta tuli kepada membawa keimanan yang teguh.

wallahualam..

P/s : Artikel ini hasil penelitian dan perhatian dalam menggabungkan teori konspirasi dan unsur sufi yang mana banyak mengajar penulis bahawa 'semuanya adalah HAQ ALLAH, baik Dajjal, Syaitan mahupun manusia tu sendiri'..

So, apa pandangan anda?
Bagi saya sendiri.. Mungkin ada juga kebenarannya..
Kita hanya perlu terus dan teruskan mengkaji..
Mungkin benar, kebenaran itu takkan datang bergolek begitu sahaja..
Ia memerlukan waktu untuk dihurai dan difahami..
Apa-apa pun, tiada kuasa yang mampu menandingi kekuasaan Allah!
Allah Maha Besar!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...