Tak Perlu Nak Politik Sangat!

Assalamualaikum W.B.T!
Tak perlu nak libatkan diri dalam politik sangat!
Yup! Sekarang ni, di mana-mana ada je kita tengok orang nak kecam pentadbiran negara kita..
Facebook, blog, twitter dan sebagainya merupakan medium utama untuk mereka "bersuara"..
Kononlah.. Orang-orang macam ni memang sangat "berani"..
"Kami Tak Nak Najib!"
"Najib Letak Jawatan!"
Kalau berani sangat, jumpa la Najib sendiri beb!
Jangan nak baling batu sembunyi tangan..
Saya nak maklumkan, saya langsung tak minat politik..
So, saya tak sokong kerajaan maupun pihak pembangkang..


Bukan apa, orang-orang macam ni, kerja nak menghasut orang je..
Nanti bila orang yang mereka dah hasut tu kena musibah akibat hasutan dorang, ada dorang nak bantu?
Orang yang dah kena hasut tu pulak, jangan lupa pepatah "Kerana Mulut Badan Binasa"..
Jangan nanti dah binasa baru nak menyesal..
Nasi dah jadi bubur..
So, sebelum nak buat apa-apa, fikir baik-baik dulu..
Fikirkan masa depan dan perjalanan korang yang masih panjang tu..

Okay, tujuan post ni sebenarnya nak menasihatkan budak-budak yang masih bersekolah mahupun yang masih belajar kat IPT/IPTS!
Epik politik ini bermula sejak lama dulu..
Tapi, budak-budak remaja ni kononnya mula la tak puas hati bila SKMM block 10 direct file sharing website..
Come on beb! Kerajaan block tu mesti ada sebabnya.. Apa yang anda tahu pasal negara?
Anda tahu sangat ke?
Tak perlu nak bengang sangat la!
Saya pun downloader tegar! Kerajaan block website tu, kita cari alternatif lain!
Okay, yang terkini, kes Bersih 2.0!
Saya tahu la Ambiga tu banyak pengaruh.. Tapi, hormat la kerajaan beb!
Fikir negara ni takde undang-undang ke?
Memang betul, demonstrasi tu untuk kebaikan..
Tapi, apa yang kita tengok, lagi banyak keburukan dari kebaikan dia..
Cedera sana sini, road block sana sini, baik ke tu?
Namun, kat situ jugak la pihak pembangkang ambil kesempatan tumpang sekaki..
Anda faham kan?
Sambil menyelam mereka minum air..
Provoke sana, provoke sini..
Bila dah cedera, tuduh pasukan keselamatan..
Pastu, pasukan keselamatan pulak yang jadi mangsa dunia..
Kritik sana, kritik sini..
Padahal, mereka hanya menjalankan tugas..
Tengok, anda sendiri pun dah kecam pasukan keselamatan..
Siapa kuasa tertinggi pasukan keselamatan?
Anda kecam anak buah dia, anda kecam dia jugak la!
Beraninya korang..


Okay, post ni bukan nak kecam siapa-siapa..
Hanya untuk menyedarkan korang..
Saya juga sokong Bersih 2.0 secara tidak langsung..
Tapi, cara nak sokong tu kita kena consider..
Saya nak student-student terutama yang ada akaun facebook mahupun blog..
Korang jangan nak kritik kerajaan sangat la!
Pinjaman korang dari mana?
Budak sekolah tu, jangan nak bising sangat la!
Fokus study dulu! Nanti dah langsai semua hutang pinjaman, lantak koranglah nak jadi apa!
So, jangan nak gatal-gatal kecam kerajaan..
Kita boleh belajar dengan selesa dah cukup baik dah..
Tak perlu nak sokong mana-mana parti politik..
Ambil tahu takpe, tapi jangan gatal-gatal nak declare korang penyokong mereka!
So, tak payah nak politik sangat lah!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...