Oh, Bersih 2.0!

Assalamualaikum W.B.T!
Apa yang anda tahu pasal BERSIH 2.0?
Bukan, langsung tiada kena-mengena dengan Jackass 3.5!
Sebelum kita nak tafsirkan BERSIH 2.0 ni, eloklah kita hayati dulu apa yang mereka-mereka semua tu perjuangkan..


Tuntutan BERSIH 2.0 cukup mudah difahami. Sebahagian besar daripada 8 tuntutan yang diutarakan oleh pihak BERSIH 2.0 itu adalah permintaan asas seorang rakyat biasa seperti saya. Saya sokong tuntutan-tuntutan ini. 8 tuntutan tersebut ialah:

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan undian Pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Namun, amat menyedihkan apabila tuntutan ini direspon secara negatif oleh pihak Kerajaan. Alangkah bagusnya jika Kerajaan memilih pendekatan yang berhikmah dan bijaksana dalam menangani tuntutan-tuntutan ini. Semoga selepas ini pihak Kerajaan jadi Kerajaan yang lebih cerdik dan adil. Saya tidak mahu mengulas rentetan berlakunya isu ini, saya anggap ramai mengikutinya dan masing-masing mempunyai tanggapan masing-masing.  Tidak mengapalah, kita berlapang dada dalam hal ini.

"Tak kira! Saya nak pegi! Nak pegi! Lantaklah!"
"Please! Student tak boleh melibatkan diri dalam hal-hal politik dan seumpamanya!"
"Ingat, kalau kamu kena kick dari IPTA/IPTS, kamu jugak yang susah!"
"Betul jugak!"
"Takpelah, kita tengok kat TV je okay!"
"Okay..!"

Respon Rakyat
Walaupun telah diugut, dilakukan sekatan jalan raya di luar bandaraya bagi menghalang orang ramai masuk ke Kuala Lumpur, ditutup jalan-jalan raya sekitar Kuala Lumpur, ditangkap orang-orang yang berjalan kaki di stesen-stesen LRT dan pengangkutan awam, namun bilangan rakyat yang berjaya menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 amat mengujakan.

Lihat sahaja gambar-gambar berikut yang saya petik dari pelbagai sumber.  Nilaikan sendiri.  Jumlah puluhan ribu ini menandakan sokongan rakyat terhadap 8 tuntutan kepada kerajaan, supaya ditambahbaikkan sistem pilihanraya di negara yang kita cintai ini.  Jika puluhan ribu ini adalah jumlah yang berjaya menembusi rintangan fizikal dan emosi yang dibuat oleh Kerajaan, bayangkan jika semua rintangan, ugutan dan sekatan tidak ada.  Tentu bilangannya mencecah jutaan orang.  Sungguh, sistem pilihanraya kita memerlukan penambahbaikkan.  Diharap pihak tertentu dapat memberi perhatian.


Awal pagi, Kuala Lumpur nampak lengang dan sunyi.. Road Block dijalankan bagi mengelak orang ramai memasuki bandaraya Kuala Lumpur..
Awal pagi.. Sekatan ada di mana-mana..

Antara mereka yang menginginkan sistem pentadbiran negara menjadi lebih baik..

Antara pemimpin PAS yang turun padang bagi memperjuangkan hasrat rakyat..

Sasterawan Negara.. A. Samad Said antara yang mengadiri dan menyokong BERSIH 2.0!

Lautan manusia yang memperjuangkan BERSIH 2.0!

TG Haji Hadi pemimpin berjiwa rakyat antara yang ditahan bersama ratusan rakyat yang lain..

Ribuan rakyat yang menyokong BERSIH 2.0!

Ribuan rakyat berarak ke Stadium Merdeka terpaksa berhadapan dengan anggota keselamatan..

Pelbagai lapisan masyarakat yang turun padang tanpa mengira kaum dan agama..

Ribuan rakyat berkumpul di hadapan Pudu Raya mendengar ucapan dari Dr. Hata Ramli..

Foreigners juga tidak terlepas menyokong.. Gembira mendapat baju patriot!

Ratusan patirot juga berkumpul bagi membantah BERSIH 2.0!

Rakyat biasa dengan anggota keselamatan memang tiada masalah di antara mereka. Yang bermasalah ialah pihak yang berada di atas kepala dua golongan ini. 

Mungkin apa yang dipaparkan di atas berlainan dengan apa yang dipaparkan di Media Perdana.  Gambar-gambar di atas adalah secubit gambaran sebenar apa yang berlaku di tengah-tengah Kuala Lumpur pada 9/7/2011.  Sekurang-kurangnya, saya dan anda tahu ‘the other side of the story’ pihak yang terlibat menyokong tuntutan BERSIH 2.0.

Tahniah buat semua yang terlibat dengan perhimpunan aman ini yang dapat menjaga diri dengan baik dan tidak bertindak kasar dan ganas. Moga-moga usaha kalian diterima ALLAH Ta`ala sebagai hasanah di sisiNYA, amin.

Marilah kita sama-sama berdoa agar negara kita terus menjadi aman, semakin bertambah baik pengurusan negaranya dan moga-moga pemimpin-pemimpin kita diberikan hidayah dan taufiq dari ALLAH seterusnya mudah-mudahan Malaysia menjadi ‘baldatun toiyibatun wa Rabbun ghafur’ (negara yang baik dan mendapat keampunan Tuhan), amin…



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...