Jangan Pernah Berubah!

Assalamualaikum w.b.t!
Lama rasanya tak update blog neyh!
Yup, busy memanjang..
Update yang saya maksudkan adalah update cerita pasal saya..
Ha! Ha! Ha!
Seriously, saya dah tak ada gambar lain dah nak letak!
Bukan tak nak update!
Kalo update pun, siapa nak baca?
Ha! Ha! Joke!
Actually, Ada member-member suruh saya buat tutotials beb!
Terpaksa update pasal tutorials dulu.. Mereka dah nak pakai kan..
Semalam pun rasa nak update gak! Tapi, ada dua orang member kacak tu suh saya edit blog dorang pulak!
Saya memang suka edit-edit blog neyh.. Tapi, saya tak suka edit blog saya..
Pelik kan?
Lantaklah blog saya neyh.. Pandai-pandai la dia..
Jatuh, ko bangun la sendiri ya blog!
Ha! Ha! Ha!
Tadi baru je siap edit blog member sorang lagi..
Tapi, dia dah offline, tak sempat nak tanya pendapat dia,,
Adeyh, member neyh gelar saya mentor dia..
So, sebagai protege saya, kamu pandai-pandai la ya!
Kih! Kih! Kih!
Ada jugak ke mentor-protege dalam dunia blog?
Habis, kalo dia protege saya, siapa sifu saya?
Huh! Masa saya mula-mula buat blog dulu, takde sorang pun nak ajar beb!
Nak mati saya main coding..
Ya la! Saya bukan amek kos multimedia!
Saya dah jauh terpesong neyh!
Masa mula-mula buat blog dulu, penuh semua dengan kartun-kartun comel..
Jam la, kalendar la, greetings la dan macam-macam la!
Itu nak letak, ini nak letak, semua nak letak!
 kat header tu siap letak special words yang berkelip-kelip lagi untuk pengunjung kononnya.. 
Tapi, semua tu sampah buat berat blog dan buat pengunjung bengang dengan blog saya..
Ha! Ha! Ha!
Dorang tak cakap.. Saya assume je!
Sebab, saya mengalami perasaan sedemikian kalo masuk blog member-member yang banyak sangat widget dia..
Bagi saya, lagi simple sesuatu blog, lagi baiklah penerimaan masyarakat..
Ha! Ha! Ha!
Saya sayang sahabat saya!
Okay, cukup.. Tujuan post saya kali neyh adalah untuk bercerita mengenai kisah sang kancil dan buaya..
Eh, bukan.. Saya nak bercerita mengenai seorang saudara baru kita neyh..
Saya lagi suka memanggil kawan saya neyh Amar..
Amar neyh chinese dan mula berminat mengenai agama islam semasa kami berada di tingkatan empat..
Kalau jumpa dengan Amar neyh, saya asyik berdebat je dengan dia..
Semua dia nak pertikaikan..
Saya akui, saya bukanlah seorang muslimin yang baik dan arif pasal agama..
Untuk dijadikan contoh, apatah lagi..
Apa yang saya tahu, saya cakap la.. Kalo saya tak tahu, saya suruh si Amar tu jumpa ustazah!
Ha! Ha! Ha!
Sungguh Amar neyh banyak sangat baca buku.. Saya pun rasa nak gila kalo berderbat dengan dia..
Masa tu, dia asyik mempertahankan agama dia, kristian. Saya teringat soalan dia..
"Mengapa ada tanda salib tiba-tiba di dalam sebuah masjid tu?"
Baru je nak luahkan pedapat saya, ustazah datang.. Dia terpaksa keluar dari kelas saya masa tu sebab dia duduk dalam kelas bersebelahan.
Kemudian, masa rehat, saya bawa dia jumpa ustazah.. Saya tahu, apa yang saya cakap mesti dia nak sangkal.. Jadi, baik saya bagi je dia neyh sama ustazah.. Biar ustazah yang jawab semua soalan dia..
Ha! Ha! Ha!
Naik tingkatan lima, saya dengar Amar dah memeluk islam dengan nama Amar Bin Abdulllah..
Alhamdulillah..
Setelah saya kaji selidik, Amar memeluk islam tanpa pengetahuan keluarganya..
Ada seorang member saya cakap yang tak baik pasal memeluk islam secara rahsia kepada Amar..
Member saya tu cakap, "Apa guna ko masuk islam kalo ko berahsia? Baik ko tak payah masuk islam!"
Saya memang tak suka mulut member saya satu neyh.. Main lepas je tanpa berfikir..
Astaghfirullahalhazim.. Kesian Amar.. Bukan apa beb! Kita harus faham keadaan Amar..
Parents dia mestilah menentang keputusan dia habis-habisan kalo dapat tahu dia nak memeluk islam..
Sebab, hari tu, dia ada cakap.. Masa dia bagitahu kat parents dia yang dia nak memeluk islam, parents dia marah sangat..
Cuba anda bayangkan anak anda ingin menukar agama.. Apa perasaan anda? Apa yang anda akan lakukan?
Itulah yang terpaksa Amar lalui..
So, sehingga sekarang.. amar masih merahsiakan keislaman dia..
Amar juga membuat saya terkenang kembali Rayuan Rindu!

Hope sahabat saya berpendirian taguh untuk selamanya!

Okay, kami dah lama tak jumpa.. Rupa-rupanya, si amar neyh duduk Selangor jugak!
Amar belajar kat SEGI ambil jurusan perakaunan..
Saya terjumpa dia kat facebook beb! 
Soalan pertama yang saya tanya dia, "Apa khabar iman kamu?"
Haha! Dia tak jawab.. Terus delete status tu.. Saya pun terlupa yang dia tak boleh nak dedahkan lagi..
Kemudian, dia ajak saya minum kopi..
"Agak-agak la! Saya mana minum kopi!" Detik hati saya ketika itu..
Kemudian, berjumpalah saya dengan si Amar kat Giant seksyen 13..
"Hei, Mazeer Assalamualaikum!" Kata si Amar kepada saya.
"Waalaikumussalam! Ko masih ingat saya ka?" Balas saya.
"Iya la!" Jawabnya pantas.
"Jadi, kenapa panggil saya Mazeer?" Kata saya sambil tergelak.
Kemudian, kami duduk lepak sambil menikmati ice blog.
"Apa khabar iman kamu?" Soal saya dengan senyuman manis.
"Alhamdulillah.." Jawabnya singkat.
Persoalan yang bermain di benak saya sudah terjawab dengan sempurna..
Saya bersyukur kerana Allah s.w.t memelihara sahabat saya ni.. Bukan mudah nak mendapatkan hidayah daripada Allah.. Amar merupakan antara mereka yang bertuah berbanding jutaan yang lain..
Kita yang sedia memeluk islam neyh pun susah nak dapat hidayah daripadaNya..
Sungguh ramai manusia hari ini beragama islam atas nama je!
Yup! Seperti yang saya katakan.. Saya pun bukan baik sangat.. Namun, saudara Amar kita neyh masih perlukan bimbingan.. Jadi, rasanya sudah menjadi tugas saya untuk membimbingnya sekadar yang termampu..
Saya tak mahu Amar kembali ke agama asal..
Sebab, ada ramai saudara baru yang meninggalkan islam kerana tiada bimbingan dan sokongan daripada kita..

  ST12 - Kebesaranmu By MazeerMohamad
(Kalo suka dengan lagu neyh muat turun secara percuma sekarang! tekan anak panah yang tunjuk ke bawah tu! Apa? Tak nampak? Tu, yang sebelah kanan tu!)

Heh! Saya suka kawan dengan Amar neyh.. Even dia sedikit nerd dan agak banyak cakap, saya suka..
Melalui dia, saya dapat belajar banyak benda baru..
Nak tahu apa benda itu? Salah satunya adalah saham!
Nombor! Nombor! Saya trauma! Saya tak suka nombor!
He! He! He!
Rancak je dia borak pasal saham dia.. 
Dia tak ajak saya melabur pun.. Nak kaya sorang-sorang la tu!
He! He! Saya gurau je!
Saya nak melabur guna apa? Saya mana ada modal!
Kah Kah! Kah!
Saya tertarik dengan kata-kata dia, "Masa kita duduk lepak minum neyh, kita tak tahu berapa billion dah saham bertukar milik.."
Pergh! Saya bukan terfikir itu.. Saya terfikir berapa ramai manusia yang dicabut nyawanya semasa kami lepak minum masa tu..
Sebab, saya langsung tak minat saham dowh!
Kemudian, Amar bercerita la pasal hidup dia.. Amar kerja part time dengan Aunty dia..
Bila saya tanya, "Dah ada awek?"
Ha! Ha! Terus senyap tanpa kata-kata.. 
Seriously la, Amar hensem beb! Mustahil takde awek..
Pastu, saya tanya la mengenai wanita idaman dia pulak..
"Saya nak, wanita yang kalo saya bagi 100 000rm, dia pandai manage! Pandai belanja untuk kami sekeluarga!" Jawabnya.
Agak lama kami berborak.. Sampai saya pun rasa penat duduk di tepi jalan tu..
Pastu, kami sambung lagi kat kedai mamak..
"Sebenarnya, saya ada minat dengan seorang perempuan neyh! Saya suka sangat dengan dia.. Dia tak kaki facebook.. Kalo bercakap, dia cakap benda-benda berfaedah je.." Kata Amar.
"Jadi, ko mau saya bagi tips ka?" Jawabku.
"Ko ada awek ka?" Tanyanya.
Dah! Saya terdiam. Macamlah orang takde awek tak boleh nak bagi tips.
Tutup cerita!

Oleh kerana Amar cuti esok hari, saya mempelawa dia untuk bermalam di rumah sewa neyh..
Semasa jalan, naik tangga, naik lif, masuk rumah, Amar asyik borak saham je!
Pastu, saya cakap, "Sudahlah sahammu tuh! Ko pigi tidur la!"
Ha! Ha! Ha!
Kalo kawan lama sudah jumpa, mana boleh tidur beb!
Apa lagi, borak la sampai pagi..
Banyak sangat la kami borakkan.. Pasal agama, pasal politik, pasal blog, semua pasal-pasal la!
Kemudian, saya rasa penat, saya cuba la untuk tidur..
Amar lepak online..
Habis semua benda dalam lappy saya dia selongkar..
Dia buka blog saya.. Cakap itu ini, soal saya itu ini, saya yang dah tutup mata terpaksa la menjawab..
Kemudian, dia buka blog feveret saya neyh.. J - Surau Nurul Yaqin
Buat seketika dia terdiam..
"Pandai jugak ko diam.." Bisik hati saya.
"Apa yang paling dekat dengan kita di dunia neyh?"
"Paling jauh?"
"Apa yang paling besar?"
"Apa yang paling berat di dunia neyh?"
"Paling ringan?"
"Yang paling tajam?"
Aduh, banyak lagi soal dia!
Ha! Ha! Ha!
Teka-teki Imam Al-Ghazali tu saya jawab dengan selambanya sebab saya dah baca..
Kemudian, dia buka blog Arjuna dengan blog N.A.M.N~
"Yang itu blog member saya.. Saya saja bookmark blog mereka tuh sebab saya suka baca.. Banyak pengisian yang memberi manfaat kepada saya.."
Saya cakap pada Amar sebelum dia bertanya apa-apa.
Memang banyak tanya budak neyh!

Buat pertama kalinya di rumah baru neyh saya mengimamkan solat subuh..
Rumah neyh bukan takde orang solat.. Cuma, semua solat sorang-sorang je..
Huh! Sungguh tenang dapat solat berjemaah.. Lain feel dia dari solat sorang-sorang..
Amar neyh pemalu juga orangnya.. Saya sediakan breakfast, malu-malu kucing nak makan..
"Ya la.. Saya tahu, makanan saya sediakan neyh tak sedap!" Sindir saya.
"Eh, bukanlah!" Jawabnya.
Sungguh, saya amat memuliakan mereka yang mengunjungi rumah saya even rumah neyh rumah sewa.
Saya sediakan apa yang termampu je la..
Kalo je rumah kat kampung, dah saya sedia lauk pauk yang sedap-sedap masakan ibu..
Wuu! I miss you mum!
Rumah sewa, apa ada? Saya mampu sediakan sosej berbalut roti dengan teh kosong je!
"Eh, janganlah buat muka sedih di depan rezeki!" Kata saya.
"Tak, saya mengantuk bah!" Jawab Amar.
Ha! Ha! Susah siyot nak paksa dia habiskan sosej berbalut roti tu!
Kemudian, setiap pertemuan mesti ada perpisahan.. Perpisahan tu yang saya paling tak suka..
"Mazeer, petang neyh kita pegi sunway pyramid, nak?" Pelawa Amar.
"Aduh, minggu depan je la! Saya malas lagi nak jalan neyh!" Jawab saya.
"Jangan pernah berubah tau!" Kata saya.
"Okay!" Jawab amar.
Jangan pernah berubah yang saya maksudkan tu adalah pegangan agamanya..
Sebab, melalui apa yang dia ceritakan kepada saya, apa yang dapat saya dapat simpulkan..
Sungguh besar cabaran untuk dia terus berpegang kepada agama islam.
"Semoga Allah terus memberikan taufik dan hidayahNya kepada Amar.
Semoga Allah sentiasa memelihara Amar.
Semoga Allah memberikan kekuatan hati kepada Amar."
~Amin~

"Ya Allah, hambaMu ini insan yang hina bersujud kepadamu memohon keampunanMu.. Sungguh, dosaku tidak terkira banyaknya.. Sungguh hambaMu tak layak untuk memiliki syurgaMu.. Hamba memohon taufik dan hidayahMu agar hamba mampu bertaubat sebelum ajal datang menjemput.."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...