Mazeer Tak Harapkan Balasan Dari Anda...

Assalamualaikum w.b.t!
Waalaikumussalam w.b.t!
Hye, Apa khabar anda di sana?
Apa khabar iman anda?
Sudahkah anda solat?
Hehe! Solat apa pagi-pagi macam ni kan.. Ye la, mana tahu ada yang belum solat isyak ke..
Ada yang rutin harian dia solat hajat ke, tahajjud ke, istikarah ke..
Kita mana tahu, manusia ni, luar nampak ganas.. Mulut kadang power bahan orang..
Tapi, di sepertiga malam, kita mana tahu dia buat apa?
Saya bagi contoh member saya.. Sungguh! Mulut dia tak bleh blah! Apa-apa tak kena, habis semua dia bantai.. Habis semua dia maki..
Tapi, time kitorang semua sibuk tidur, dia sibuk menyembah Allah s.w.t..
Kadang-kadang, ada bunyi-bunyi hingus beb! Mungkin dia selesema kot.. Tapi, saya yakin, dia menangis..
Macam mana saya tahu? Ye la.. Saya pun mana nak tido awal..
Masa kat rumah sewa lama, ada-ada je aktiviti saya buat.. Masa tu, saya tak aktif sangat blogging ni..
Saya aktif main game dan belajar pasal hack.. Masa tu, boleh la anda gelar saya sebagai hackers!
Geng "ANONYMOUS" ajak saya join diorang.. Tapi, saya malu la.. Saya tak kenal sangat dengan mereka..
Ha! Ha! Okay, saya tipu..
Mengikut pengalaman saya, takde benda bermanfaat saya dapat dengan "bad hack behaviour" ni..
Last time, saya ada seorang member alam maya.. Ye la, tak kenal sangat.. Tapi, saya ni jenis yang peramah.. Semua saya layan.. Lelaki ke, pompuan ke, Saya okay je.. Yang penting, mereka menghormati hubungan persahabatan even tak pernah bersua muka..
Tapi, dia ni kuat gila bahan orang.. Ye la.. Dia bahan kat wall facebook saya kot, gila! Malu la saya dengan member-member..
Dia tu pulak, tak sedar diri.. Dah la tak penah jumpa saya, suka hati dia je nak bahan kaw-kaw..
Disebabkan saya dah bengang sangat dengan dia, saya pun hack facebook dia..
Saya tukar password dia.. Haha! Merana nak add balik member-member dia yang mencecah seribu tu..
Bukan apa, boleh dikatakan banyak benda saya tolong dia.. Saya bukan harap apa-apa balasan pun.. Saya tak mintak ucapan terima kasih pun.. Tapi, agak-agak la.. At least, hormat la saya sikit sebagai kawan kamu..
Lepas tu, dia buat akaun baru.. Orang pertama yang dia add, saya la.. Terharu dan berbaur rasa bersalah dalam diri ini..
Sangat menyesal.. Apa taknya, password yang saya tukar tu, bukan calang-calang.. Saya letak key gen kot.. Macam mana nak dapat balik..
Dah la tukar password, saya gi "FREEZE" lagi..
Korang tak faham? Hah, tak yah faham la, tak penting pun..
Pastu, saya bagitahu la saya yang buat benda bodoh tu.. Nasib baik dia maafkan saya selepas merajuk selama sebulan..
Alhamdulillah.. Saya dah taubat hack orang dan dia pun dah taubat maki orang..
Masing-masing mendapat pengajaran..
Semua softwares psal hack saya dah buang.. Saya takut saya "terguna" lagi.. Tapi, saya masih ada lagi semua buku pasal hack, siapa nak?
He! He! He!
Sebenarnya, masih guna.. Guna pun untuk hack wireless.. Itu pun guna kalo betul-betul keadaan mendesak atau darurat ataupun sangap sangat online..

Bang, ajar sikit hack bank pelase.. Saya sangat memerlukan duit nak beli PC ALIENWARE ni.. Please bang! Hahahaha!
Okay, cukup cerita pasal hack yang tak bermanfaat dan menyusahkan orang tu..
Saya tak nak la cerita pasal "ANONYMOUS" tu, korang dah sedia maklum kan..
Saya tak nak ulas.. Saya tak tahu nak sokong siapa.. Memang betul, kerajaan tak boleh nak block mana-mana website yang semua orang suka..
Bayangkan, member-member geng-geng "ANONYMOUS" tu ada akaun premium kat direct file sharing?
Mestilah dorang bengang.. Saya pun bengang sebab semua link free download tempat saya menyedut movies+softwares+games semua kena block!
Tapi, saya tak menyokong perbuatan mereka apatah menyokong kerajaan yang kelihatan agak korup dah sekarang ni.. Saya berdiri atas pagar.. Saya tengah-tengah tau..
Sungguh! Hebat mana pun kamu, mesti ada orang yang lagi hebat dari kamu..
Dalam mana pun lubang kamu bersembunyi, mesti akan kantoi jugak!
Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga..

"Oh, bulan.. Sampaikan kata hatiku kepadanya.. Katakan kepadanya aku sangat mencintainya.. Aku ingin memilikinya.. Aku ingin menjadi yang halal baginya.."
Ha! Ha! Ha!
Itu lagu untuk bulan.. Kan skang tengah gerhana! Tapi, Saya dah agak terlewat nak publish post ni..
Penat mundar-mandir, mundar-mandir macam cicak kubing nak tengok gerhana bulan.. Malangnya, teleskop takde, nampak bulan penuh je la..
Ya Allah, dapat nampak bulan penuh je dah rasa bertambah iman ni.. Apa lagi gerhana bulan.. Sungguh, lain manusia lain perasaannya..
Semoga korang juga rasa benda yang sama..

Oh, bulan.. Saya sangat kagum dengan kechantekan mu.. Allah maha besar.. Tiada tuhan yang leyak disembah melainkan Engkau..
Okay, sebelum kta teruskan lagi, mari kita kaji bagaimana gerhana bulan berlaku..
Gerhana bulan terjadi ketika bayangan bumi menutup sebahagian atau keseluruhan bulan. Ini terjadi apabila bumi berada di antara matahari dan bulan pada satu garis lurus yang sama, sehingga sinar matahari tidak dapat mencapai bulan karena dihalang oleh bumi.. Gerhana bulan ada tiga jenis iaitu gerhana bulan penuh, gerhana bulan sebahagian dan gerana bulan penumbra.. Ia disebabkan oleh pasang surut air laut..
Okay cukup.. Saya pun dah lupa-lupa ingat.. Saya yakin korang pun dah sedia maklum mengenai hal ini semasa di bangku sekolah.. Correct me if I make mistake!
Ada apa-apa kejadian pelik tak?
Mana tahu ada telur berdiri ke, zombie keluar dari kubur ke, Kak Limah balik rumah ke, Kak Bedah balik kedah ke..
Hahahahaha!

Okay, actually, esok saya takde kelas.. Semalam ada, tapi saya malas nak pegi.. Ye la, first week tuh, gila! Itu adalah pencarian "ketua kelas!"..
Hehehe! Dah masuk U pun masih ada ketua kelas..
Saya takut la.. Kalo jadi class rep, ada banyak benda kena buat.. Ada kawan-kawan pakat nak kenakan saya.. Hah, penyudah, baik saya ponteng..
Hahahaha!
Okay, banyak gila saya melalutkan.. Siapa baca sampai part ni, sila komen, "Cool Mazeer!
Saya janji akan senantiasa melawat blog anda andai anda blogger..
Adalah anda lihat komen saya menyerikan lagi post-post anda tu..
Ya la.. Post saya ni macam takde isi je kan.. Saya pun malu nak publish.. Kalo artis nak post benda-benda remeh-temeh boleh la kot, kalo saya yang mirip ngan artis je? Siapa nak baca?
Kah! Kah! Kah!

Sungguh! Saya dah tak sabar nak masuk bulan ramadhan.. Saya rasa saya sangat rosak dah ni.. Bulan ramadhan je la masanya nak repair balik..
Betul, kita ni macam kereta rosak.. Yup! Kereta kalo dah guna lama, mesti cat dia calar, engine dia tak bunyi tak sedap,  tayar dah botak, cermin dah pecah dan macam-macam lagi..
Begitu jugak la kita manusia ni.. Bulan ramadhan tu macam pusat repair kereta tau..
Masa tu la kita nak repair semua.. Pasang turbo, Pasang nos, Pasang tinted, pasang itu, pasang ini..
Saya rindu nak solat tarawih kat kampung.. Dulu solat terawih selalu full.. Dalam sebulan tu, sekali je miss, masa malam raya.. Yup! Bantu mak kemas-kemas apa yang patut.. Miss pun, miss full je, solat jugak tapi amek lapan je.. Masa tarawih tu jugak la saya buat pertama kali dalam seumur hidup saya solat sunat gerhana bulan..
Wowowowo! Cool beb!
 Kat kampung, tak perlu nak banyak fikir..
Ambik full pun takpe.. Kat sini? Oh no! Surau tetapkan sampai lapan je.. Pastu, kalo nak sambung, sambung la kat rumah..
Saya, kalo dah balik rumah, menghadap lappy buruk saya ni.. Memang asyik sampai tetido kat tempat kejadian la..
Yup, lappy saya memang buruk.. Tapi, saya sayang sangat kat dia ni.. Banyak benda saya dah lalui dengan dia.. Banyak benda saya belajar dengan menggunakan dia..
Skang saya tengah kumpul duit.. Kalo nak beli yang biasa-biasa je, dah lama saya beli.. Actually, saya nak beli yang superb sikit..
Tengok la macam mana.. Lappy ni masih okay kot, tengok si pemakai jugak la.. Kalo anda pandai maintenance, okay la dia tu..

Okay, berbalik kepada tajuk post untuk hari ini..
"Mazeer Tak Harapkan Balasan Dari Anda..."
Siapa-siapa pun yang rasa Mazeer pernah bantu mereka.. Apa-apa la, minta bantu ke, terbantu ke, paksa bantu ke, Semua tu Mazeer halalkan..
Bukan apa, kadang Mazeer Offline jugak.. Gila online 24 jam??
Korang jangan la merajuk kalo Mazeer tak bantu lagi.. Nanti Mazeer bantu la..
Lagi satu, Mazeer tak harap pun ucapan terima kasih dari korang..
Mazeer memang suka bantu orang.. Siapa-siapa la.. 
Kebanyakan, semua orang-orang tak dikenali..
Hahahaha!
Entah, berapa banyak password dah Mazeer simpan dalam otak ni..
Semua pun dah vanish dah..
Ingatan Mazeer memang sangat kuat.. Tapi, boleh dikurangkan untuk benda-benda macam ni..
Jangan terasa pulak, Mazeer tak maksudkan kamu..
Benda free, kita kongsikan.. Benda berbayar, kamu belanja, boleh?
Hahahaha!
Lagi satu, jangan la balik-balik nak ucap thanks..
Saya pulak jadi malu..
Ye la.. Apa la sangat saya bantu tu.. Sikit je kot..
Okay?
Okay, cukup! Saya nak gi solat subuh jap!
Assalamualakum w.b.t!
Waalaikumussalam w.b.t!

Yours sincerely ;

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...