Adab Berpakaian Dalam Islam!

Haramnya Memakai Pakaian Yang Ada Padanya Shalban Atau Gambar : 


Maksud kata Shalban adalah apa yang ada padanya gambar salib, dan maksud gambar disini adalah gambar bernyawa. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengingkari Aisyah Ummul Mukminin radhiallahu ‘anha ketika Aisyah membuatkan bantal yang bergambar sesuatu yang bernyawa untuk beliau. 
Dari Al-Qasim dari Aisyah radhiallahu ‘anha : "Bahawa Aisyah membeli bantal yang ada padanya gambar-gambar, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berdiri di pintu dan tidak masuk, maka aku (Aisyah) berkata : “Saya bertaubat kepada Allah dari dosa yang kuperbuat.” Beliau berkata : “ Bantal apa ini?” Aisyah berkata : “Untuk engkau duduk di atasnya dan engkau jadikan bantal ”. Beliau berkata : “Sesungguhnya pembuat bantal ini akan diazab di hari kiamat, dikatakan kepada mereka hidupkanlah oleh kalian apa yang telah kalian ciptakan, dan sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada padanya gambar"
An-Nawawi mengatakan : “ Ulama berkata : sebab terhalangnya mereka (iaitu malaiakat) dari rumah yang ada padanya gambar kerana keberadaannya adalah perbuatan maksiat yang keji, dan ada padanya penyamaan terhadap makhluk ciptaan Allah ta'ala, dan sebahagian gambar tersebut adalah sesuatu yang disembah selain Allah ta'ala ” .
Dari Imran bin Haththan bahwa Aisyah radhiallahu ‘anha menceritakan kepadanya, beliau berkata : “Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkan sesuatu pun di dalam rumah yang ada padanya salib kecuali beliau melepaskannya" . Dan lafazh riwayat Ahmad : “ Tidaklah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam meninggalkan pakaian yang bergambar salib dirumah beliau kecuali beliau melepaskannya “
Dari apa yang telah lalu menjadi jelaslah bagi kita dengan sejelas-jelasnya haramnya memakai pakaian yang ada padanya gambar yang bernyawa atau salib, dan barang siapa yang diduga dengan salah satu dari perkara tersebut maka hendaknya dia bertakwa kepada Allah dan agar menghapusnya dan merubah perilakunya. Kemudian apabila dia kehendaki dia dapat mempergunakannya dan mengambil memanfaatkannya, sebagaimana yang dilakukan Aisyah radhiallahu ‘anha, beliau berkata : " Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam datang dari suatu perjalanan dan saya telah memasang tirai dengan kain tipis bergambar bernyawa milik saya pada bagian atas lubang angin rumah saya. Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melihatnya beliau mengoyakkannya, dan beliau berkata : “ Manusia yang paling keras azabnya di hari kiamat adalah orang-orang yang menyaingi ciptaan Allah “. Aisyah berkata : “ Maka kami menjadikan kain tersebut menjadi satu atau dua bantal" .
Masalah : Apakah sah solat orang yang solat dengan pakaian yang ada padanya gambar-gambar atau salib?
Jawapan : Al-Lajnah Ad-Daa`imah berkata di dalam salah satu fatwanya : Tidak boleh seseorang shalat dengan memakai pakaian yang ada padanya.
Gambar-gambar bernyawa apakah gambar manusia, burung, HAIWAN-HAIWAN ternak atau selainnya yang bernyawa, dan tidak boleh bagi seorang muslim untuk memakainya pada selain solat. Namun seseorang yang solat dengan memakai pakaian yang ada padanya gambar bernyawa, solatnya sah, namun dia berdosa, jikalau mengetahui hukum syar'i ….(pada jawapan lain tentang memakai jam atau salib Al-Lajnah menyatakan : ) Tidak boleh memakai jam atau salib, tidak di dalam solat tidak pula pada selainnya sampai salib itu dihilangkan apakah dengan mengeruknya atau dengan sesuatu yang menutupinya, akan tetapi apabila seseorang solat dan jam tangan/salib itu ada padanya maka shalatnya shahih, dan wajib atasnya bersegera menghilangkan salib, karena hal itu bahagian dari syi'ar Nashrani, dan tidak boleh bagi seorang muslim untuk menyerupai mereka .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...