Dah Cukup Cantik Ke?


Dah Cukup Cantik Ke?
Siapa? Kamulah! Kamu.. Yang sedang baca post ni..
Eh, kau lelaki! Kau bagi gadis yang baca!
Kau nak sibuk apehal?
Atau.. Kau pun nak jadi cantik..
Pelik je..
Ha! Ha! Ha!
Okay! Okay!
Lelaki pun cantik la..

Dalam hadith, Nabi digambarkan sebagai seorang yang sangat cantik melebihi cantiknya dan senangnya mata melihat sang bulan purnama. Orang yang menghargai kecantikan bulan purnama akan bisa merasai gambaran kecantikan itu. Betapa Nabi cantik orangnya...

Tapi sekarang ni kita tumpu pada gadis dulu tau!
Kalau di bollywood mungkin kata mereka, Aisywarya Rai, kalau di Hollywood, Paris Hilton adalah yang tercantik dan kalau di Malaysia mungkin Lisa Surihani..

Siapa agaknya yang dapat memberikan definisi yang tepat tentang cantik??
Cantik adalah subjektif. Setiap orang mempunyai definisi cantik masing-masing.
Lain mata, lainlah definisi cantiknya..
Mungkin anda rasa awek anda cantik..
Tapi, tidak bagi orang lain..
Sampai ada yang bergaduh mengenai hal cantik..
Kih! Kih! Kih!
Siap tarik-tarik rambut lagi..


Tiada siapa yang dapat beri definisi tepat tentang cantik.
Matalah yang akan mendefinisi cantik. 
Namun kini, pada pendapat saya barat pun sudah mendefinisi cantik pada dunia dan seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat,kaum dan budaya.

Kalau di barat, the thinner the betterlain pula kalau di Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' selama 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan cepat bertemu jodoh.

Sungguh berbeza definisi cantik ni kan?
Ataupun ada yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita adalah pelik dan tidak masuk akal tapi bagi mereka itulah CANTIK!

Satu kaum di Thailand menganggap leher yang panjang itu cantik. lantas sejak dari umur 5 tahun lagi mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka nampak panjang dan semakin panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula,suku kaum Olan Ulu menganggap telinga panjang itu cantik pada pandangan mata mereka dan bagi mereka itulah kecantikan mereka.
Tapi kini, generasi muda zaman ini tidak lagi mengamalkan amalan ini (mungkin sudah terikut-ikut definisi barat).

PERLUKAH JADI CANTIK?
Di Mexico kaum wanita menghabiskan separuh gaji untuk kecantikan seperti ke salun malahan ada juga pakej bayaran secara ansuran untuk pembedahan plastik.

Atau di Iran pembedahan hidung adalah sangat popular.
Wanita di Iran menghabiskan wang mereka semata-mata utk membuat pembedahan hidung yang diidam-idamkan mereka lantaran kata mereka hidung mereka besar..
tetapi saya tertanya-tanya bukankah mereka islam dan islam melarang mengubah ciptaan Allah..?
wallahua'lam..

Betapa pentingnya cantik bagi seorang wanita itu.
Macam2 sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung malahan hukum agama juga sanggup dilanggar demi cantik.

Tidak kisahlah mereka melanggar hukum agama yang penting mereka cantik. Plastic surgery, botox, liposuction, gastric bipass, sekarang bermain dalam kehidupan wanita untuk cantik.
Walaupun mereka sedar tentang kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi demi cantik.

INNALLAHA JAMIL WA YUHIBBUL JAMAL. ALLAH ITU CANTIK  DAN SUKAKAN KECANTIKAN....

Kata mereka bila mereka cantik barulah ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini tapi bukanlah sampai mengorbankan segala-galanya demi cantik.
Allah sukakan kecantikan tapi bukanlah sampai mengubah ciptaanNya...


Tambahan pula, mereka yg ekstrem mahu kelihatan cantik ini sebenarnya mahu dipandang cantik di mata manusia, bukannya di mata Allah. Semuanya dilakukan untuk mendapat tempat di hati manusia.

Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.

Kalau baju pink seluruh badan perlu pink sehinggalah ke penyepit rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, cantik bukan sekadar di wajah tapi cantik itu pada akhlak dan keimanannya pada Pencipta.
Cantik akan pudar walau cuba untuk dipertahankan tapi akhlak itu hiasan yg kekal pada diri seorang wanita.


Wanita yang cantik akhlaknya maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana suatu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu menjadi buruk kerana Allah sukakan kecantikan dan biarlah cantik itu kerana Allah semata dan definisi cantik itu perlu sesuai dengan islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama semata-mata untuk menjadi cantik.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik di mata Allah dan mata manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hatilah dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita dan gunalah sebaik-baiknya kerana Allah..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...