Ramuan Merbahaya Dalam Mee Segera!


Assalamualaikum W.B.T!
Salam perpaduan!
Hari ini topik kita mengenai Ramuan Merbahaya Dalam Mee Segera!

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium. Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal. Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

"Ala! Aku tak makan mee segera pun! Apa aku kisah!"
"Habis, ko makan apa berunsurkan mee ni?
"Meggie la!"

Haa.. Untuk mereka yang kurang tahu apa itu mee segera, Meggie atau Mamee juga nama sinonim dia..
Tak kisah la.. Mee sedap ke, Har mee ke, Indo Mee ke, semua itu masuk dalam kategori mee segera..
Nyum! Nyum! Nyum!
Jom kita kaji ada apa dengan mee segera ni!

Kalsium Sulfat: Kapur Paris
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida
Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ)
Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate
Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate
Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol
Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine)
Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf..mungkin menjadi penyebab kanser.

Kebanyakan ramuan mee segera berunsurkan bahan kimia..
Sungguh tak adil! Kenapa harus mee segera!
Bertimbang rasa la sikit kepada pelajar yang merantau macam kami ni!
Ha! Ha! Ha! Ha!
Merantau, merantau jugak..
Make sure kesihatan anda terjamin..
Chillax la!
Kita boleh tukar mee segera dengan makanan lain apa!
Contoh, nasi campur kicap, nasi campur telur, nasi campur ayam..
Yang penting, no more instant noodles for us!





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...