Anda akan lupa 90% dari apa yang korang mimpi
dalam masa 5 minit selepas bangun dari tidur anda akan terlupa 50% dari mimpi yang anda alami . dan selepas 10 minit berlalu anda akan terus terlupa 90% dari jalan cerita mimpi anda . kan ?
orang yang dilahirkan buta tidak melihat apa yang ada disekelilingnya , tetapi mereka bermimpi tentang bau , bunyi , sentuhan dan emosi yang mereka rasakan . adalah sukar bagi orang yang mampu melihat untuk membayangkan , tetapi keperluan badan untuk tidur begitu kuat bahawa ia mampu untuk mengendalikan hampir semua keadaan fizikal untuk menjadikannya satu kenyataan .
Setiap orang bermimpi
setiap manusia akan bermimpi . tetapi anatara lelaki dan perempuan mereka akan mendapat mimpi yang berbeza dan berbeza juga reaksi fizikalnya . lelaki lebih cenderung untuk mimpi antara lelaki yang lain manakala perempuan lebih cenderung mimpi sama ada lelaki dan perempuan .
Mimpi dapat mengelakkan anda dari gangguan emosi
dalam kajian untuk tidur , pelajar akan dikejutkan pada awal mimpi masing masing . namun mereka masih dibenarkan tidur selama 8 jam semula . maknanya bila setiap kali mereka bermimpi mereka akan dikejutkan . tetapi mereka semua tetap akan dibenarkan tidur selama 8 jam . kesemua pelajar mengalami kesulitan , kepenatan , mudah marah dan tanda tanda psikosis selepas hanya 3 hari selepas kajian .
Kita hanya akan bermimpi setiap apa yang hanya kita tahu
kebiasaannya kita akan bermimpi seseorang yang kita tak pernah kenal wajahnya . tapi adakah anda tahu fikiran anda tidak mencipta wajah wajah tersebut . mereka sebenarnyawajah nyata dari orang yang memang wujud di muka bumi ini . mereka adalah seseorang yang anda terlihat atau terjumpa dimana mana walau untuk sesaat dalam hidup anda .
Tidak semua orang mimpinya berwarna
menurut penelitian 12% orang normal bermimpi hitam putih . ada yang menyatakan bahawa warna mimpi ini berperanan dalam situasi mimpi seseorang . sebagai contoh pelbagai warna bunga bunga yang cantik di dalam taman yang dapat menenangkan seseorang didalam mimpi . mimpi dikejar anjing , orang jahat , hantu kebanyakkannya berwarna hitam putih .
Berhenti merokok akan mendapat mimpi yang jelas
perokok tegar yang sudah berhenti merokok dilaporkan mengalami banyak mimpi yang lebih jelas daripada biasa . menurut Journal of Abnormal Psychology diantara 293 perokok dipaksa berhenti merokok selama 1 hingga ke 4 minggu . 33% daripadanya dilaporkan mempunyai sekurang kurangnya 1 mimpi tentang merokok . didalam mimpi tersebut , kebanyakkan mereka sendiri merokok dan merasa emosi negatif seperti panik dan berasa bersalah . mimpi tentang merokok adalah hasil rikan daripada keperluan badan tentang nikotin .
Ransangan dari luar mempengaruhi mimpi kita

Ketika bermimpi tubuh kita akan lumpuh
hal ini terjadi untuk mencegah supaya tubuh kita tak bergerak gerak mengikut gerakan dalam mimpi anda . cuba anda bayangkan kalau anda mimpi kena kejar anjing , kalau kaki anda tak lumpuh time tu mesti korang dah lari sampai telanggar semua benda kan . kelenjar mengeluarkan hormon yang membantu menggalakkan tidur dan neuron menghantar isyarat ke sumsum tulang belakang yang menyebabkan tubuh untuk berehat dan kemudian menjadi lumpuh .
No comments:
Post a Comment