Telur Berdiri Semasa Gerhana Bulan!

Assalamualaikum W.B.T!
Perasan atau tak perasan, semalam memang telur ayam berdiri..
Cool kan ciptaan Allah!
Dah bagi kita tengok bulan yang indah..
Bagi tengok lagi kekuasaanNya..
Bertambah-tambah keimanan kita sebagai hambaNya..
Ikut eksperimen yang dijalankan oleh sahabat blogger kita..

Telur berdiri semasa gerhana bulan
Mungkin anda pernah dengar tentang telur berdiri? Tahukah anda, anda boleh melihat keajaiban ini sendiri semasa gerhana bulan berlaku? Mungkin anda akan terasa kerugian kerana Gerhana bulan baru sahaja berlalu (10 Disember 2011 ) dan anda terlepas peluang untuk mencubanya. Fenomena ini boleh berlaku samada semasa gerhana bulan, gerhana matahari serta bulan baru iaitu fasa sebelum berlakunya fasa anak bulan. Gambar dibawah diambil pada (10 Disember 2011).

Telur masih berdiri. 10:40PM 10 Disember 2011
 Fenomena ini berlaku disebabkan tindakan graviti bulan dan matahari yang bergabung lalu menyebabkan sesuatu bendalir akan tertarik ke atas. Putih telur adalah merupakan bendalir yang paling kurang tumpat berbanding kuning telur sehingga menyebabkan putih telur ditarik naik ke atas dan menekan kuning telur ke bawah. Ini menyebabkan bahagian bawah telur menjadi berat sehingga membolehkan telur mampu menegak dengan sendirinya.

Telur berdiri semasa gerhana matahari tahun 2010
Gerhana bulan 10 disember 2011
P/s : Haaa! Kerja kamu nak online je semalam! Kerja nak gi tengok bulan ngan makwe/pakwe je! Kan dah rugi! Hehehe! Takpe, panjang umur next gerhana kita cuba okay!
Telur tiruan buatan China tak dapat berdiri tau!
Ha! Ha! Ha!

Sumber : Penulis Senja

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...