Bahaya Mendengar Musik, Menonton TV Dan Memasang Lampu Ketika Tidur!

Tidur!
Tidur merupakan heaven bagi student-student yang agak sibuk seperti saya..
Jadi, mendapat tidur yang berkualiti dan secukupnya merupakan keutamaan kepada kita semua..

Aduhai.. Sedapnya tido..

Ini bagi yang dapatkan tips tidur dengan lena bagi sesiapa yang tak tahu lagi mengenai hal ini, kalau korang nak tahu kenyataannya setelah terbangun korang akan merasa lebih tegang (stress). Bahkan ada yang merasa seperti tidak tidur semalaman. Senang kata tidur tak puas lah.

Sewaktu kita tidur sebenarnya kalau korang nak tahu otak tidak pernah tidur. Otak selalu menjalankan aktivitinya walaupun tidak sesibuk seperti waktu kita berjaga, iaitu menjalankan sistem metabolisme tubuh. Pada malam hari, seiring menurunnya aktiviti tubuh, rentak gelombang otak pun mengalami penurunan.

Namun apabila kita tidur sambil mendengarkan muzik, television dalam keadaan hidup atau lampu sedang menyala terang, maka gelombang suara atau cahaya yang dipancarkan oleh peralatan tersebut tetap diterima oleh pancaindera pendengaran dan penglihatan kita.

Gelombang suara diterima oleh alat pendengaran di dalam telinga dan gelombang cahaya tetap dapat menembus kelopak mata dan diterima oleh retina dan lensa mata .Gelombang-gelombang tersebut akan diteruskan ke otak kita. Otak yang harusnya berehatkan kembali terangsang untuk bekerja dan mengubah informasi yang masuk.

Apabila hal ini berlangsung sepanjang malam, bermakna kita hanya tidur menurut tubuh luar, tetapi tidak menurut otak.Otak akan terus bekerja mengolah informasi yang masuk tersebut. Jadi jangan biarkan otak Anda keletihan kerana harus tetap bekerja pada malam hari, sedangkan di siang hari otak jugak akan digunakan sepenuhnya melakukan kerja seharian.


Tidur yang berkualiti..
P/s : Kalau room mate bukak pintu bilik masa aku tido, memang aku bengang gila.. Sebab, pandai pulak dorang nak perlahankan speaker atau gelak dorang tuh.. So, sila menghormati antara satu sama lain.. Kalau anda tak suka dibuat sedemikian, jangan berbuat yang demikian kepada orang lain.  Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...