Kucing Terkaya Di Dunia!

Seekor kucing hitam mungkin tidak tahu yang dirinya telah menjadi kucing terkaya di dunia apabila tuannya meninggal dunia dan mewariskan hartanya kepada kucing itu.

Seekor kucing terbiar yang diselamatkan di jalan raya di bandar raya Rome ini, mewarisi harta berjumlah AS$13 juta (RM39 juta) daripada tuannya, balu seorang jutawan hartanah.
Kucing hitam yang bertuah itu asalnya dipungut dari jalanan dan dijaga rapi oleh tuannya yang kaya raya.

Gambar sekadar hiasan..

Maria Assunta meninggalkan hartanya kepada kucing kesayangannya itu, Tommaso, selepas meninggal dunia dua minggu lalu ketika berusia 94 tahun. Kekayaan yang diwarisi kucing itu, termasuk wang tunai dan juga hartanah di Rome dan Milan serta tanah di Calabria.
Ketika mula sakit dua tahun lalu, Assunta yang tidak mempunyai anak, mula memastikan Tommaso dijaga dengan baik selepas kematiannya. – Agensi .


Pastinya anda tertanya-tanya, bagaimana agaknya si kucing akan menguruskan wang yang begitu besar nilainya sedangkan si kucing hanya mempunyai otak tidak akal.
Mewariskan sesuatu harta kepada seekor haiwan bukan tindakan yang bijak. Ada banyak lagi badan-badan sukarela memerlukan dana seperti rumah nak yatim dan rumah warga tua.

Hanya dengan menjadi teman dan pengubat kesunyian seorang warga tua, seekor kucing telah mendapat harta jutaan ringgit yang kucing itu pun tidak sedar akan durian runtuh yang telah diterimanya. Ketika kita masih muda dan bertenaga ini, jagalah ibu bapa kita yang banyak berkorban untuk kita. Mereka perlukan khidmat kita dalam melalui kehidupan mereka. 

Mereka telah banyak berkorban untuk kita. Tetapi apakah perkara yang telah dilakukan oleh kita untuk mereka? Jika sudah lama pembaca tidak hubungi ibu bapa di kampung, gunakan kesempatan ini untuk menelefon mereka, atau lebih baik menziarahi mereka, berbakti kepada mereka sementara mereka masih ada.
 Ingatlah, amalan sebesar gunung pun kalau tidak mendapat redha ibu bapa, ianya akan “tersangkut” juga sehingga diredhai ibu bapa. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...