Rantai Burung Hantu Haram!


Assalamualaikum W.B.T!
Okay, ini merupakan cerita baru..
Mengapa haram?
Sebab mata dia menakutkan dan membuat budak kecil menangis!
Sebab dia boleh buat tidur malam berulamkan mimpi ngeri!
Sebab dia boleh membuat lelaki merasa terangsang bila melihat gadis yang memakainya..
Sebab dia mampu memanggil makhluk-makhluk halus terutama dari species pijat!
Sebab, dia boleh buat pembaca terkencing dalam seluar!

Pasti ramai yang memilikinya.. Haa! Tunggu apa lagi, buang la cepat! Takpun, hantarkan ke alamat saya! Biar saya jual balik.. Takpun, kalau diperbuat dari emas dan perak, biar saya leburkan dan buat rantai emas!
Okay, semua yang saya mengarut kat atas itu adalah rekaan semata-mata..
Jangan ambil hati okay..
Sekarang, kita akan mengkaji mengapa rantai secomel ini diharamkan..

Simbol burung hantu dipercayai digunakan untuk upacara sihir bagi ahli-ahli freemason..
Arca burung hantu juga banyak terukir di bangunan-bangunan ahli freemason..
Ada pelbagai jenis bahan untuk mengukir arca burung hantu seperti emas, perak, gangsa dan sebagainya..

Washington DC Capitol Hill Owl.. Dikatakan menjadi pusat ahli-ahli freemason melepak..
 Korang dah tahu kan?
Apa lagi?
Nak tanya apa lagi?
Mengapa haram?
Pasal freemason?
Asyik nak freemason je korang ni!
Takdenya freemason!
Pergi mangkat freemason!

Aduhai.. Korang fikir la sendiri!
Bukankah mak kita cakap masa kecil-kecil dulu, "Tak boleh simpan anak patung kat rumah sebab malaikat tak masuk?"
Habis, rantai atau cincin burung hantu ni takde unsur anak patung ke?
Okay, selain anak patung yang menyerupai makhluk hidup, malaikat juga tak masuk rumah yang tertampal poster-poster Justin Bieber atau poster Mazeer Mohamad!
Jadi, sila buang semua okay..
Saya dan Bieber tak bertanggungjawab atas korang yang sangat fanatik kepada kitorang ni..
Ha! Ha! Ha! Ha!
Yang nak simpan tu, simpan la..
Kitorang tak kisah..
Yang penting, jangan ditampal poster itu dan kalau nak tampal jugak, pastikan gambar tidak kelihatan sempurna seperti manusia..
Bagi la gigi hitam banyak sikit..
Letak banyak-banyak jerawat guna marker pen kat muka Bieber..
Kitorang tak kisah pun!
Tak percaya lagi, check sini : Haram Meletakkan Patung Perhiasan Di Rumah!
Dan sini : Adab Berpakaian Dalam Islam!

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Sesungguhnya tuan punya gambar ini akan disiksa pada hari kiamat lalu dikatakan kepadanya : 'HIDUPKAN BARANG YANG DIJADIKAN DAN SESUNGGUHNYA MALAIKAT TIDAK AKAN MASUK RUMAH SESEORANG SELAGI DI DALAMNYA ADA GAMBAR (PATUNG)'." Hadith riwayat Bukhari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...