Kemalangan Termahal Di Dunia!


Kemalangan Tiga Kereta Ferrari Remuk Berkecai!
Memandu dengan laju dikatakan penyebab beberapa buah kereta mewah bernilai AS$4 juta (RM12.54 juta) musnah dalam satu kemalangan jalan raya di sini, semalam. Lapan Ferrari dan sebuah Lamborghini serta sebuah Toyota Prius adalah antara kenderaan kereta yang terlibat dalam kemalangan itu.

Polis trafik Jepun sedang menyiasat nahas kereta mewah di lebuh raya Chugoku, semalam.
Menurut beberapa saksi, ia berlaku apabila satu daripada kenderaan yang dipandu laju, tergelincir di atas permukaan jalan yang licin. Rakaman televisyen menunjukkan beberapa buah Ferrari, remuk kebanyakannya berwarna merah dan serpihan kenderaan berada di atas jalan sepanjang 400 meter di lebuh raya Chugoku, jalan utama ke selatan Honshu.

Sekumpulan 20 kereta mewah bergerak dalam konvoi semalam di atas lebuh raya yang basah apabila kereta Ferrari yang menjadi ketua konvoi itu tergelincir ke arah pagar jalan, kata polis. Pemandu yang di belakang, terus menekan brek tetapi sudah terlewat.
“Saya tidak pernah lihat kejadian begini. Jarang kereta Ferrari bergerak dalam satu konvoi besar,” kata peronda lebuh raya, Leftenan Eiichiro Kamitani. Kamitani berkata, lima lelaki dan lima wanita, cedera ringan akibat kemalangan itu.

“Mungkin mereka memandu secara berpasangan,” katanya. “Kemalangan ini mungkin disebabkan memandu dengan laju tetapi kami masih menyiasat punca sebenar,” tambahnya lagi. Toyota Prius dan sebuah lagi Toyota turut terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan 14 kereta remuk teruk tetapi dipercayai bukan ahli konvoi itu.

Tiga lagi kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu adalah kenderaan jenis Mercedes-Benz. Menurut seorang saksi, “Mereka memandu selaju 140 hingga160 kilometer sejam. Salah satu daripada kereta itu berpusing dan menyebabkan kemalangan.” Had laju di lebuh raya itu 80 kilometer sejam.
P/s : Van mayat akan membawa kita ke tanah perkuburan apabila kita mati kelak, di mana kita akan ditinggalkan sendirian dan tiada lagi ibadah yang boleh dibuat kecuali tiga, iaitu doa anak yang soleh solehah, amal jariah dan ilmu yang bermanfaat. Sudah kah kita menyediakan 3 perkara ini sementara kita masih lagi di dunia ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...